27/6/16
NEW JERSEY – Seorang kanak-kanak berusia enam
tahun di New Jersey, Amerika Syarikat menembak mati adiknya yang
baru berumur empat tahun dengan senjata api. Dianggap bertanggung jawab,
ibu kedua anak itu pun ditangkap polis setempat.
Sejumlah media AS pada Ahad 26 Jun 2016 melaporkan, korban yang
identitinya belum dirilis itu meninggal setelah dibawa ke University
Hospital di Newark, akibat luka tembak. Menurut laporan polis ,
penembakan itu merupakan tindakan tidak sengaja.
Polis belum menjelaskan detail peristiwa tersebut, namun polis dan
penyiasat gabungan Essex County sedang menyiasat insiden tersebut. Ibu
kedua anak lelaki itu, Itiyanah Spruill didakwa atas tuduhan
‘membahayakan keselamatan anak’. Perempuan berusia 22 tahun itu ditahan
dan dibebaskan dengan jaminan USD300 ribu
Datuk Bandar New Jersey, Lester E. Taylor III, meratapi insiden
penembakan di wilayahnya di saat Pemerintah Presiden Barack Obama
menyerukan pengawalan senjata di kalangan penduduk awam. ”Ini adalah insiden
yang sangat dikesali dari pengalaman kami dengan dia dan
keluarganya,” katanya mengacu pada keluarga korban.
Tetangga keluarga Spruill, Vania Limage, kepada CBS New York, 27/6/2016 , mengecam keteledoran keluarga kerana anak kecil boleh memperoleh senjata api.
"Ini gila, kerana mereka harus memiliki tempat yang selamat. Kerana yang
telah terjadi dalam berita yang berulang, di mana anda mendengar
tentang insiden-insiden yang terjadi. Jadi, jangan menyerahkan senjata
kepada anak berusia empat tahun dan enam tahun,” katanya.
Masalah pengawalan senjata telah di bawah sorotan di AS setelah terjadi pembantaian di kelab gay Pulse, Orlando, yang menewaskan 49 orang termasuk pelakunya, Omar Mateen.
No comments:
Post a Comment