Friday, January 6, 2017

Pasang Nombor yang Sama Sejak 1989, Akhirnya Wanita Ini Menang Jugak

 5 Januari 2017


 
TLANTIC LOTTERY/BBC -Olga Beno memenangi loteri  setelah memasang angka yang sama sejak 1989.


OTTAWA   - Seorang wanita Kanada memenangi loteri sebesar 5.3 juta dolar Kanada .
Perempuan itu mendapat rezeki nombor tersebut setelah memasang angka yang dilihatnya dalam mimpi.

Olga Beno, nama perempuan itu, mengaku sudah memimpikan angka-angka tersebut pada Mei 1989.
Sejak itu, dia terus memasangnya untuk loteri sampai pada akhirnya rangkaian angka itu keluar dalam undian pada 28 Disember 2016.

"Saya hafal angka-angka itu di luar kepala. Saya fikir saya melihatnya pada layar televisyen usai pengundian berlangsung. Tapi mata saya tidak terlalu baik, jadi saya melupakannya," kata Beno seperti dikutip Atlantic Lottery.

Keesokan paginya dia membaca akhbar dan melihat rangkaian angka yang menjadi pemenang loteri.
"Pertama saya fikir, mustahil. Ada kesalahan di surat khabar. Lalu saya berkata kepada adik saya, 'Sepertinya saya menang loteri'. Dia berkata, 'Telepon saya lagi kalau kamu siap berkata yang sejujurnya'," kata Olga.

Kemenangan dalam loteri ini amat besar artinya bagi Beno mengingat dia mengidap kanser tahap empat dan harus menjual rumahnya untuk membiayai perubatan.

Selain untuk berubat, Olga merancang membangun rumah bergaya peternakan dengan menggunakan wang kemenangannya.
 Sumber:KOMPAS.com

No comments:

Post a Comment