Sinar Harian
SHAH ALAM - "Bila satu benda naik sahaja...yang lain pun biasanya akan
ikut naik," demikian pandangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berhubung laporan kenaikan harga
gula yang naik 11 sen semalam.
Ujarnya lagi, apa yang membimbangkan adalah barangan yang tiada kaitan
dengan gula pun dijangka turut naik sehinggakan akan dikhuatiri
membebankan pengguna.
"Tetapi pada saya lebih melibatkan etika peniaga yang suka menaikkan
harga, sehinggakan harga ayam yang tidak pakai gula pun naik," katanya
kepada Sinar Online.
Mulai semalam harga gula naik daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.
Sinar Harian memetik laporan Oriental Daily, punca kenaikan ini adalah
disebabkan peningkatan harga gula di pasaran antarabangsa, ditambah pula
penyusutan nilai ringgit, sekali gus mendorong kos yang ditanggung
kilang pengeluar gula tempatan turut meningkat.
Difahamkan, kenaikan ini telah diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Oleh itu ujarnya, dalam hal ini pengguna perlu bijak memanipulasikan keadaan bagi memastikan mereka tidak berasa terbeban.
"Sebenarnya kita perlu ambil satu keadaan baharu itu, kaji dan buat sesuatu yang boleh mengubah
No comments:
Post a Comment