Pakatan Harapan melahirkan kekesalannya terhadap tindakan speaker
Dewan Rakyat yang menangguhkan sidang lebih awal dan tidak memberi
laluan terhadap usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 dibahas.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah berkata
tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang pada jam 4
petang, sedangkan waktu lazim mesyuarat sehingga 5.30 petang, amat
mengejutkan.
“Lagipun, untuk perkara penting seperti ini, dewan boleh saja
bersidang sehingga lewat malam, contohnya, dewan bersidang sehingga
hampir jam 5 pagi pada hari sebelumnya.
“Tindakan speaker ini menghina dewan. Ia juga menyebabkan perbahasan atas RUU355 tertangguh sekali lagi, iaitu kali ketiga.
“Ini membawa fitnah , iaitu seolah-olah mempermainkan RUU355,” kata bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.
“Ini membawa fitnah , iaitu seolah-olah mempermainkan RUU355,” kata bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu.
Pandikar semalam menggunakan kuasanya untuk menangguhkan sidang ke sesi selanjutnya pada 24 Julai ini.
Penangguhan itu mendorong anggota parlimen pembangkang bangkit
mengecam keputusan itu kerana tidak diberi peluang membahaskannya.
Usul Hadi dibawa ke sidang pada jam 12 tengah hari dan disokong oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang menyampaikan penjelasan panjang lebar.
Usul Hadi dibawa ke sidang pada jam 12 tengah hari dan disokong oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang menyampaikan penjelasan panjang lebar.
Dalam kenyataan hari ini, Saifuddin juga berkata tidak timbul isu
anggota parlimen HARAPAN cuba menghalang pindaan itu daripada
dibentangkan.
Katanya, sebelum pembentangan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, anggota parlimen parti itu hanya membangkitkan soalan berkaitan
peraturan mesyuarat kepada speaker.
“Ia bukan soalan kepada YB Marang (Hadi) atau RUU355. Ia soalan yang ditujukan kepada speaker,” katanya.
“Tiada anggota parlimen HARAPAN yang mencelah atau melakukan apa-apa yang boleh ditafsirkan sebagai menghalang ketika YB Marang membentangkan RUU355 dan ketika ia disokong oleh seorang lagi YB daripada PAS.”

Hormat hak Hadi
Saiffuddin justeru berkata HARAPAN menghormati hak Hadi untuk membawa usul persendirian dan membentangkannya.
“Tidak timbul isu anggota parlimen HARAPAN menentang RUU355 kerana ia belum pun dibahaskan lagi,” katanya.
Beliau berhujah, meminta penjelasan berkaitan kandungan usul,
mencadangkan langkah lebih menyeluruh, menyoal peraturan mesyuarat dan
menggunakan pendekatan maqasid shariah, tidak boleh dianggap menentang
usul itu, menolak syariah atau menolak Islam.
HARAPAN menegaskan bahawa perjanjian parti-parti dalam gabungan itu
yang mendukung Perlembagaan Persekutuan, termasuk Perkara 3, iaitu
berkaitan kedudukan Islam.
Malaysiakini 7/4/17
Solusi yang tepat jangan anda putus asah… KI .angen jallo akan membantu anda semua dengan Angka ritual/GHOIB: butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin 100% jebol Apabila ada waktu silahkan Hub: KI agen jallo DI NO: [[[ 085-283 790 444 ]]] ANGKA GHOIB: SINGAPUR 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB: HONGKONG 2D/3D/4D/ ANGKA GHOIB; TEXAS ANGKA GHOIB; TOTO/ MAGNUM 4D/5D/6D/ ANGKA GHOIB; LAOS/JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI
ReplyDeleteTRIM’S ROO,MX SOBAT

TRIM’S ROO,MX SOBAT