Timbalan Presiden Generasi Baru Datuk Seri Khairuddin
Abu Hassan berkata permohonan partinya itu diharap dapat
dipertimbangkan Majlis Presiden PH.
KUALA
LUMPUR: Parti bekas senator Datuk Ezam Mohd Nor dan bekas pemimpin Umno
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan hari ini menghantar permohonan
untuk menyertai gabungan Pakatan Harapan (PH) bersama parti pembangkang
lain.
Khairuddin berkata permohonan partinya itu diharap dapat
dipertimbangkan oleh Majlis Presiden PH untuk diterima dalam gabungan
pembangkang itu.
“Saya nak ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih kepada
sekretariat PH kerana sudi menerima kunjungan kami dengan niat untuk
menyerahkan secara rasmi surat parti Generasi Baru memohon menjadi
sebahagian rakan PH.
“Kami letak harapan tinggi dan doa majlis presiden buat pertimbangan
sewajarnya ke arah hendak luluskan permohonan kami nak jadi rakan PH.
“Kami dalam proses nak tukar nama kepada parti bebas rasuah dan masih
diperimbangkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya di
Pejabat Pembangkang di Parlimen.
Khairuddin hari ini hadir di Parlimen menyerahkan surat permohonan
partinya di dalam PH kepada Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Katanya, pada masa ini beliau masih belum memikirkan untuk bertanding
di mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Matlamat kami fokus nak jatuhkan kerajaan yang sedang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Nak bertanding atau tak, masalah lain. Apa pun kita kena akur dengan
majlis presiden PH. Andai kata mereka beri kerusi untuk bertanding,
Alhamdulillah kita terima dan andai kata kami tak diberi sebarang kerusi
bertanding kita terima dengan hati terbuka,” katanya.
Sementara itu, Fahmi yang mewakili PH berkata beliau menerima permohonan Khairuddin untuk partinya menyertai PH.
“Petang ini kita menerima surat permohonan (parti Khairuddin) sertai PH,” katanya
No comments:
Post a Comment