Pemain Pulau Pinang itu yang merangkul Anugerah
Puskas Fifa 2016 untuk jaringan gol paling cantik, membuktikan kejayaan
itu bukan kerana 'nasib' apabila melakukan 1 lagi kejutan hebat malam
tadi.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri, yang
merangkul Anugerah Puskas Fifa 2016 untuk jaringan gol paling cantik,
membuktikan kejayaan itu bukan kerana ‘nasib’ apabila melakukan 1 lagi
kejutan hebat malam tadi.
Tendangan bebas menyebabkan orang ramai di Stadium Hang Jebat, Melaka
terpegun dengan kekaguman beliau sebaik sahaja bola melengkung ke arah
sudut kiri atas tiang gawang sebelum melonjak ke arah rakan sepasukannya
S Kumaahran yang menyempurnakan sebagai gol.
Permainan berakhir dengan Pulau Pinang, pasukan pengunjung, menewaskan Melaka United 3-2 dalam perlawanan Liga Super.
Ketika dihubungi hari ini, Faiz, 30, kelihaan tenang dengan pencapaian terkini beliau yang turut menular di media sosial.
“Saya memfokus untuk mencari gol apabila saya membuat sepakan,” katanya yang mengambil tendangan kira-kira 40 meter dari gawang.
Penyerang itu menambah, beliau menyasarkan untuk melakukan lengkungan dan telah berlatih dengan rapi untuk tujuan tersebut.
Ditanya sama ada beliau merasakan telah membuktikan bakatnya selepas
beberapa pihak yang menganggap gol kemenangannya tahun lalu sebagai
“bertuah”, Faiz berkata: “Ia terpulang kepada orang ramai dan peminat
untuk mengulas apa yang mereka mahu.”
“Bagi saya, perasaan peribadi saya tidak penting. Apa yang penting
ialah kami memastikan kemenangan untuk pasukan kami semalam” katanya.
Klip video sepakan percuma 16 Februari tahun lalu yang dimuat naik ke
laman Youtube rasmi Fifa telah memperolehi lebih 4 juta tontonan
manakala muat naik lain di Internet dan pelbagai platform media sosial
juga telah menarik ribuan tontonan.
Gol yang dijaringkan semasa perlawanan Liga Super di Stadium
Bandaraya George Town diundi sebagai gol terbaik oleh badan bola sepak
dunia.
Penyerang Pulau Pinang itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan
sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich pada 9
Januari lalu.
Faiz juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan
anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang
menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan
60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.
Beliau mengetepikan 2 lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva
dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih
anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo
pada 2009.
Beliau turut melihat hakikat menjadi pemain Asia pertama menggondol
Anugerah Puskas sebagai pencapaian terbaik dalam karier bola sepaknya.
Beliau menegaskan jaringan gol yang dilakukannya itu bukan sekadar nasib tetapi hasil latihan yang dilakukan hampir setiap hari.
Faiz seterusnya berkata kejayaan itu merupakan pembakar semangat
sempena tahun baharu untuk terus memperbaiki prestasi dan mencapai
kecemerlangan pada masa depan.
No comments:
Post a Comment