Kit Siang berkata, jika PH dan BN berhadapan dengan
situasi kemungkinan terikat 18:18 kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah,
DAP boleh membawa kemenangan kepada barisan pembangkang jika parti itu
bertanding di kedua-dua kawasan terbabit.
PETALING
JAYA: Lim Kit Siang yakin DAP mampu membantu Pakatan Harapan (PH)
menawan semula Kedah jika parti itu bertanding di Kulim dan Gurun dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Kata beliau, sekiranya PH dan Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan
situasi kemungkinan terikat 18:18 kerusi Dewan Undangan Negeri di
Kedah, DAP boleh membawa kemenangan kepada barisan pembangkang jika
parti itu bertanding di kedua-dua kawasan terbabit.
DUN Kedah mempunyai 36 kerusi. Pada PRU13 BN menguasai 21 kerusi manakala PAS 9, PKR (4) dana DAP (2).
Ketiga-tiga parti itu yang membentuk Pakatan Rakyat memenangi Kedah
pada tahun 2008 tetapi kehilangan kuasa kerajaan negeri pada PRU13.
“DAP akan dapat membantu PH memecah kebuntuan (kedudukan) 18-18
supaya PH boleh memenangi kerajaan negeri Kedah jika DAP bertanding di
kerusi Kulim dan Gurun serta memobilisasikan sokongan calon-calon PH di
Kedah Tengah dan Selatan, tanpa hanya memberi tumpuan ke atas 2 kerusi
DUN di Alor Setar.”
Ketua DAP di Parlimen ini berkata demikian ketika berucap pada ceramah Selamatkan Malaysia di Alor Setar malam tadi.
Minggu lalu, Kit Siang meramalkan PH boleh mengambil alih kerajaan
persekutuan daripada BN jika berjaya menambah 10% sokongan pengundi
Melayu dan 5% peratus melibatkan kaum Cina dan India dalam PRU14.
Kit Siang berkata, jika kemungkinan itu berlaku PH berupaya untuk memperoleh 113 kerusi Parlimen di Semenanjung.
Unjuran itu menunjukkan sekiranya PH dapat menarik 10% pengundi
Melayu dan 5% sokongan pengundi Cina dan India dari BN berbanding PRU13,
akan ada tsunami politik Malaysia, Umno dan BN akan keluar dari
Putrajaya dan PRU14 akan membentuk kerajaan persekutuan PH di Malaysia,
kata beliau.
Katanya, di bawah persekitaran itu, meskipun PAS memainkan peranan
sebagai ‘pemecah undi’, PH bukan sahaja boleh memenangi majoriti di
Parlimen tetapi berupaya untuk menguasai Perak, Negeri Sembilan dan
Johor selain mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti lebih
besar berbanding pilihan raya umum lalu.
“Bagaimanapun, di bawah senario ini, hasil di Kedah adalah 18-18,
kebuntuan antara PH dan BN, dengan PAS tidak dapat memenangi sebarang
kerusi di Kedah walaupun calon PAS akan bertanggungjawab atas kemenangan
BN sebanyak 14 daripada 18 kerusi kerana pecah undi,” kata beliau
sambil menambah, DAP boleh membantu PH memecahkan kebuntuan itu
FMT
No comments:
Post a Comment