(Ubah saiz teks)
PEMUDA Umno Kedah menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk
Seri Ahmad Bashah Md Hanifah mempertimbangkan kemungkinan untuk
melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA)
serta-merta.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
berkata, pihaknya menyifatkan tindakan segelintir penyokong Kedah
sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari adalah sesuatu yang
tidak dapat diterima dan biadab.
Menurutnya, Pemuda Umno Kedah malu apabila seorang menteri besar yang
mewakili Kerajaan Negeri dimalukan dan “diboo” dengan keadaan sedemikian
rupa walaupun beliau telah banyak berkorban demi kemajuan dan
kecemerlangan bola sepak negeri.
"Pemuda Umno percaya, apa yang terjadi tempoh hari adalah sama sekali
tidak boleh diterima. Komitmen dan pengorbanan Dato Seri Presiden
langsung tidak dikenang dan dihargai.
Untuk rekod semasa pentadbiran beliau sebagai Presiden KFA kita telah
ke pentas final Piala Malaysia sebanyak 2 kali dan final Piala FA (satu
kali)," katanya pada satu sidang media khas di Hotel Tabung Haji Alor
Setar, hari ini.
Shaiful Hazizy berkata, pihaknya juga ingin mencadangkan agar semua
ahli politik Umno di dalam KFA turut mengambil tindakan yang serupa.
Jelasnya, tuntutan dan cadangan ini dibuat atas dasar untuk menjaga
nama baik parti yang sering dijadikan "kambing hitam" oleh pihak
berkepentingan tertentu yang terus menjadikan bola sepak sebagai medan
mereka mencari simpati politik dan amarah politik.
Dalam pada itu, Pemuda Umno Kedah juga ingin memohon agar Persatuan
Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tegas kepada penyokong JDT
yang sama sekali tidak menghormati lagu negeri Kedah ketika ianya
dimainkan.
"Sebuah kain rentang gergasi yang bersimbolkan 'haters' jelas
menunjukkan niat tidak baik pihak tertentu terhadap lagu kebanggaan
negeri Kedah dan secara tidak langsung tidak menghormati keberangkatan
Sultan Kedah di pentas utama.
"Mungkin imej 'haters' tersebut bersifat 'umum', namun kami ingin
mempersoalkan kenapa ia diturunkan sewaktu lagu kebanggaan negeri Kedah
iaitu 'ALLAH selamatkan Sultan' dinyanyikan," soalnya lagi.
Tambah beliau, Pemuda Umno Kedah mohon agar pihak yang bertanggungjawab
tampil memberi penjelasan dan pada masa yang sama memohon maaf kepada
seluruh rakyat negeri Kedah dan kepada Tuanku Sultan Kedah atas apa jua
niat dan tindakan
No comments:
Post a Comment