Sekumpulan veteran tentera berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng tidak perlu menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi untuk menghantar tentera bagi membantu kerja-kerja
menyelamat mangsa banjir di Pulau Pinang.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brigadier Jeneral (B)
Datuk Mohd Arshad Raji berkata terdapat prosedur operasi standard (SOP)
yang sepatutnya diaktifkan secara automatik sekiranya berlaku bencana
alam, seperti banjir.
"Apabila saya membaca tentang ketua menteri meminta bantuan
ketenteraan daripada timbalan perdana menteri... itu bukanlah cara yang
betul.
"Kita ada SOP, SOP Majlis Keselamatan Negara, yang juga terpakai kepada negeri-negeri.
"Apabila kecemasan berlaku, jawatankuasa keselamatan negeri (JKKN)
perlu diaktifkan secara automatik," kata Mohd Arshad pada sidang akhbar
di Subang Jaya hari ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang
menghulurkan bantuan ketenteraan kepada Pulau Pinang, namun beliau
menegaskan bahawa perintah ke atas angkatan bersenjata terletak pada
ketuanya dan bukan dengan menteri persekutuan.
Dilaporkan bahawa Lim menghubungi Ahmad Zahid awal pagi semalam untuk
bantuan ketenteraan selepas Pulau Pinang dilanda banjir teruk.
Mohd Arshad menegaskan bahawa setiap JKKN mempunyai komander tempatan
yang akan menasihati ketua menteri atau menteri besar mengenai isu-isu
seperti ini
No comments:
Post a Comment