(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata Stesen Televisyen TV3 melalui Buletin Utama menyiarkan sedutan
6000 salinan surat misteri yang mendakwa bahawa Anwar dan peguamnya
mendiang Karpal Singh menyogok badan kehakiman dan pendakwa raya.
Anwar, 71, laporan berita adalah susulan sidang media yang dibuat bekas
calon BN Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail, kononnya sejumlah RM50 ribu
dikeluarkan bagi menyogok hakim dan pendakwaraya dakam kes liwatnya.
Menjawab soal balas peguam TH Liew yang mewakili TV3, Anwar berkata
beliau tidak menonton siaran berita yang disiarkan stesen televisyen
tersebut, namun dimaklumkan oleh peguamnya mendiang Karpal Singh.
Tambahnya TV3 tidak menghubungi untuk mengesahkan isu tersebut dan berulang kali menyiarkan dakwaan fitnah itu.
"Media harus bertanggung jawab dalam mencari kebenaran dan tidak
mengulangi atau menyebarkan fitnah atau membantu orang lain menyebarkan
fitnah."katanya.
Anwar memfailkan saman itu pada 15 Oktober 2015 dengan menamakan
Mazlan, TV3 dan Utusan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga
atas dakwaan memfitnah beliau dengan mengaitkannya terlibat dengan
rasuah membabitkan badan kehakiman dan pejabat peguam negara.
Sementara itu, menjawab soalan peguam Azhar Arman Ali yang mewakili
akhbar Utusan Malaysia, bekas Ketua Umum PKR itu mengesahkan akhbar
berkenaan tidak menyatakan jumlah wang sogokkan RM50 juta berkenaan.
“Utusan tidak menyatakan dengan spesifik jumlah RM50 juta itu dan hanya
menjelaskan bahawa dakwaan rasuah secara umum,"jelasnya.
Sebaliknya beliau berkata jumlah tersebut dimaklumkan Karpal selepas
mengikuti Buletin Utama yang menyiarkan sidang media yang dibuat bekas
calon Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail.
“Selepas Karpal merujuk perkara itu dengan saya, kami berbincang
mengenai perkara itu dan saya bersetuju dengan deraf yang disediakan
Karpal sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Anwar tidak bersetuju dengan saranan peguam itu bahawa
karier politik tidak terjejas dengan penerbitan artikel fitnah tersebut.
Dalam saman itu beliau mendakwa Mazlan mengadakan sidang media yang
mengandungi perkataan fitnah yang serius dan berniat jahat membawa
maksud beliau seorang yang tidak beretika, terlibat dalam rasuah,
melakukan aktiviti berunsur jenayah, tidak jujur dan tidak bermoral.
Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan serta perintah
injunksi yang menghalang defendan daripada mengulangi atau menyiarkan
semula perkataan fitnah itu.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin bersambung Khamis ini
DSAI akan dapat pitis lagi, ibsya Allaah
ReplyDelete