Choo Chee Ming, Naib Presiden MCA cabang Bidor ketika ditemui
pemberita berkata Ong sangat dikenali oleh penduduk Tanjung Malim dari
semua bangsa dan mereka sangat puas hati dengan prestasinya.
"Kami mahu dia dicalonkan di kawasan kami. Jika dia tidak dicalonkan
di situ, kami akan undi pembangkang," kata Choo yang mendakwa pengundi
juga akan merosakkan undi mereka jika MCA terus bertegas menggugurkan
Ong.
BN sebelum ini mengumumkan Pengerusi MCA Perak Mah Hang Soon akan
menggantikan Ong di Tanjung Malim bagi berdepan calon PKR Chang Lih Kang
dan calon PAS Mohd Tarmizi Abd Rahman.
Menurut Choo, keputusan menggugurkan Ong sebagai calon adalah tidak
masuk akan dan dia menggesa Liow untuk mempertimbangkan semula keputusan
itu.
Kira-kira 300 hadir bantahan itu hari ini termasuk 15 dari kalangan
orang asli. Mereka mengangkat sepanduk dan melaungkan slogan "Datuk Ong
Ka Chuan".
"Apa yang kami mahu mudah. Kami mahu calon yang boleh menang," kata
Pengerusi MIC bahagian Tanah Mas G Kasarja yang menambah bahawa Ong
melakukan tugasnya dengan baik.
Dia bagaimanapun menyatakan Mah mungkin akan menang.
"Bagaimanapun, Ong melakukan tugasnya dengan cemerlang. Apabila kami
minta (pertolongan) sebelah pagi, kami akan terima jawapannya pada malam
itu. Apabila kami minta tolong sebelah malam, esok pagi dia akan
datang," katanya.
Ahli Umno dari Slim River Ahmad Abdul Karim mendakwa dia hadir hari
ini sebagai mewakili masyarakat orang asli yang menyokong Ong.
"Kami mahu Ong Ka Chuan menjadi wakil kami pada 2018. Kami mahu buat
aduan pada perdana menteri sementara Najib," katanya yang bagaimanapun
mengaku dia bukan orang asli.
Wanita suku Semai, Anim, ketika dihampiri memberitahu Malaysiakini bahawa dia tidak tahu tujuan bantahan berkenaan atau siapa individu bernama Ong Ka Chuan.
Katanya, dia tidak pernah ke Putrajaya sebelum ini jadi dia sangat gembira apabila ada pihak tertentu yang menjemputnya semalam.
Sementara itu, warga emas 68 tahun yang merupakan ahli MCA Chong Ah
Peng memberitahu Malaysiakini bahawa dia akan mengundi calon PKR Chang
Lih Kang jika MCA bertegas untuk mencalonkan Mah di Tanjung Malim.
"Kita tidak puas hari dengan calon baru ini. Kita rasa Ong Ka Chuan
calon yang baik," katanya yang memaklumkan dia menetap di Kampung Baru
Behrang Ulu.
No comments:
Post a Comment