Kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada berbaloi untuk membawa
balik pesawat peribadi milik ahli perniagaan Low Taek Jho yang didakwa
dibeli dengan dana yang diseleweng daripada 1MDB, kata Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau ditanya sama kerajaan akan
meneruskan usaha untuk membawa pulang pesawat jenis Bombardier Global
5000 yang berharga AS$35 juta itu seperti yang diperkatakannya kepada
wartawan pada Ogos lalu.
"Saya tidak tahu sama ada ia berbaloi
untuk dibawa balik sekarang. Pesawat itu tidak boleh diterbangkan. Jika
ia berbaloi, kita akan membawanya balik," kata Mahathir.
Terdahulu,
Perdana Menteri hadir merasmikan majlis Anugerah Felo dan Anugerah 24
Saintis Terbaik 2018, anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) di Kuala
Lumpur hari ini.
Mahkamah persekutuan AS sebelum ini telah memberi kebenaran untuk melelongkan pesawat peribadi berkenaan.
Global
One Aviation (Global 5000) Ltd, dalam satu kenyataan semalam, berkata
mahkamah telah meluluskan bidaan itu, yang turut diminta oleh Jabatan
Kehakiman AS (DOJ), dan akan diadakan dalam kadar segera.
Proses bidaan bagi pesawat peribadi itu akan diadakan dua minggu daripada sekarang dan akan berlangsung selama 25 hari.
Hasil perolehan akan disimpan di AS sehingga pihak-pihak yang mendapat hak bagi pesawat berkenaan diputuskan oleh mahkamah.
Pesawat
peribadi itu kini ditempatkan di Lapangan Terbang Seletar di Singapura
selepas pihak berkuasa negara itu menahannya pada Februari tahun lepas.
Dilaporkan
bahawa pesawat berkenaan dan kapal persiaran mewah, Equanimity bernilai
AS$ 250 juta adalah sebahagian daripada aset bernilai AS$ 1 bilion yang
didakwa diperolehi dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB
Malaysiakini

No comments:
Post a Comment