Wednesday, February 28, 2018

Lelaki Tinggalkan Isteri yang kehilangan tangan, 10 tahun kemudian apa terjadi.....

Pria Tinggalkan Istri yang Kehilangan Tangan, 10 Tahun Kemudian Kehidupan Mereka Berbanding Terbalik
en.goodtimes.my
Gambar hiasan
Seorang lelaki bernama Fred menjalani hidup yang sukar sejak masih muda.
Kedua orangtuanya meninggal dalam kecelakaan ketika Fred masih bayi.
Fred kemudian tinggal bersama bibinya.
Bibi Fred juga miskin sehingga ia terpaksa mengemis di jalan supaya dapat makan dan bertahan hidup.

Dilansir TribunWow.com dari en.goodtimes.my, Fred yang tidak memiliki pendidikan berjuang keras untuk bekerja.
Bahkan, hingga usianya hampir 30 tahun, ia belum menemukan wanita yang mau dijadikan sebagai pendamping hidup kerana ia tidak memiliki apa-apa.
Fred kemudian meminta bantuan bibinya untuk dicarikan pendamping hidup.
Fred akhirnya berkahwin dengan seorang wanita bernama Vivian.

Vivian tidak memiliki paras wajah yang cantik, tubuhnya juga gemuk.
Namun Vivian adalah wanita pekerja keras dan rajin.
Setelah  berkahwin, Fred dan Vivian harus menjalani kehidupan yang sulit.
Rumah yang mereka sewa tidak ada perabut rumahtangga.

Bahkan, kondisi kehidupan mereka semakin buruk ketika Fred tidak memiliki usaha untuk memperbaikinya.
Namun Vivian pandai dalam mengurus pengeluaran.
Vivian bekerja di sebuah peternakan.

Sayangnya gajian yang diterima Vivian tidak cukup untuk membayar tagihan dan untuk keperluan sehari-hari.
mereka makan dua kali sehari dan kadang tidak ada makanan yang tersisa untuk mereka makan. 

Vivian pun tidak ingin terus-terusan menjalani kehidupan yang susah.
Ia kemudian berinisatif untuk memperbaiki kehidupan mereka.
Vivian memutuskan untuk meminjam wang dari keluarganya dan membuka restoran.

Seiring berjalannya waktu, Vivian dan Fred boleh membeli rumah dan kereta.
Namun, disaat Vivian bekerja keras, Fred pulak malas.
Fred hanya tinggal di rumah dan meminta wang dari isterinya.
Nasib bereka menjadi  buruk ketika Vivian mengalami kecelakaan.

Ketika akan pulang ke rumah, kereta Vivian dilanggar truk.
Beruntung Vivian selamat dari kecelakaan mengerikan itu.
Namun, Vivian harus kehilangan kedua lengannya kerana harus dipotong.
Vivian pun merasa terpukul dan sedih ketika ia terbangun pasca operasi.

Ia hanya boleh menangis.
Sayangnya Fred tidak pernah menghiburnya.
Fred justru meninggalkan Vivian tanpa kata-kata ketika tahu yang isterinya kehilangan kedua lengannya.
Disaat yang bersamaan, Vivian harus kehilangan kedua lengannya dan suaminya.

Selama beberapa bulan Vivian tidak boleh bangun dari tempat tidur.
Ia hanya boleh menangis sepanjang hari kerana perceraiannya yang tiba-tiba.
Vivian hanya menerima 11 ribu dollar dari perceraian dengan Fred.
sementara Fred menerima sebahagian besar harta mereka.

Vivian merasa hal itu tidak adil kerana hanya menerima sebahagian kecil dari harta yang dimiliki.
Padahal, harta yang dimiliki Fred dan isterinya didapatkan berkat kerja keras Vivian.
Vivian mengalami depresi selama beberapa bulan.
Vivian pun kemudian mulai menyedari yang dia harus bangkit.

Dengam modal 11 ribu dollar yang ia miliki, Vivian mulai membangun lagi perniagaannya.
Ia membayar  asisten untuk membantunya menjalankan perniagaan.
Dalam waktu singkat, restoran baru Vivian mulai berkembang.
Sementara itu, Fred yang sudah memiliki pacar baru justru menghabiskan wangnya untuk judi dan minum minuman keras.

Tidak lama kemudian Fred mulai kehabisan wang.
Fred kehilangan kereta, rumah dan restoran yang dulu dibangun bersama Vivian.
Ketika Fred mulai muflis, pacarnya pergi.
Fred akhirnya kembali mengemis di jalanan, sama seperti sebelum ia menikah dengan Vivian.

Sepuluh tahun berlalu, Fred masih tetap mengemis di jalanan.
Fred semakin bertambah tua dan semakin menderita.
Suatu hari, Fred melihat seorang wanita cantik turun dari kereta sport.
ia kemudian mendatangi wanita itu untuk meminta wang.

Wanita itu terkejut  ketika melihat Fred memakai baju usang dan rambutnya serabut.
Wanita terkejut ketika menyedari yang pengemis itu adalah mantan suaminya, Fred.

Rupanya, wanita yang baru saja turun dari kereta mewah itu adalah Vivian.
Fred yang menyedari hal itu nampak tercengang.

Ia tidak dapat mengucapkan sepatah kata begitu mengenali Vivian berdiri di depannya.
"Anda... Anda..." kata Fred.
Fred terkejut melihat Vivian yang cantik dan sempurna seolah-olah tidak pernah mengalami kecelakaan tragis yang menyebabkan lengannya diipotong.
Mengetahui Fred terkejut, Vivian hanya tersenyum.

"Berkat anda meninggalkan saya, sekarang saya  telah menemui kebahagiaan saya sendiri" kata Vivian.
"Anda tidak akan pernah mengerti betapa sukarnya saya sepuluh tahun yang lalu ketika anda mengambil semua yang saya miliki dan meninggalkan saya" kata Vivian.

Vivian sudah lama ingin mengatakan hal itu kepada Fred.
Vivian akhirnya menggandeng tangan suaminya yang baru dan meninggalkan Fred. 
TRIBUNWOW.COM

2 orang pembaca berita internasional bertengkar di depan kamera ketika siaran langsung. Tonton Videonya!



2 Penyiar Berita Internasional Saling Beradu Mulut di Depan Kamera saat On Air, Tonton Videonya!
Facebook
Penyiar berita bertengkar
Dua orang pembaca berita menjadi buah mulut di negaranya kerana bertengkar ketika sedang 'on air'.
Pertengkaran penyiar laki-laki dan penyiar perempuan tersebut cepat tersebar viral di media sosial dan ditonton ribuan kali oleh netizen.

Tak diketahui apa punca  sebelumnya kenapa dua penyiar tersebut bertengkar.
Namun dalam video berdurasi 30 detik tersebut terlihat si penyiar laki-laki tampak keberatan digandingkan dengan rakannya tersebut.

"Bagaimana saya boleh melakukan siaran berita dengannya," teriak penyiar laki-laki itu kepada kru di belakang kamera, sebagaimana dikutip TribunWow.com dari The Quint.

"Dia mengatakan 'jangan berbicara kepada saya', Jika anda (penyiar wanita) memiliki masalah peribadi, jangan bawa masalah anda kepada saya," imbuhnya.
"Saya sedang berbicara tentang nada (tone) anda," jawab penyiar wanita.
"Bicaralah padaku dengan hormat," tambahnya.

"Bagaimana saya tidak menghiraukan anda?" tanya lelaki itu
"Jahil (bodoh)," gumam wanita tersebut membalas pertanyaan rakannya.
"Beritahu dia untuk melihat mulutnya," kata penyiar lelaki kepada kru.
"Apakah semua ini terakam?" Tanyanya.
"Amarahnya tak ada habisnya," pungkas penyiar lelaki itu sambil menunjuk rakan wanitanya.

Sampai berita ini diturunkan, pihak televisyen belum memberikan keterangan terkait kejadian tersebut.
 Sumber: Youtube/TRIBUNWOW.COM

Kecewa bukan alasan, mari mengundi, Maria ajak belia

 | February 28, 2018
Pengerusi Bersih 2.0 meminta belia menyalurkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka dengan melalui undi.
maria-chin
Maria berkata mengundi akan banyak membantu membawa perubahan di Malaysia. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyeru golongan muda keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap situasi politik negara melalui undi.
Bercakap kepada FMT, katanya, beliau memahami rasa tidak puas hati mereka terhadap parti pemerintah dan pembangkang, tetapi menggesa mereka tidak menjadikannya alasan tidak mengundi.

Beliau berkata, mereka yang marah dengan apa berlaku di dalam negara harus menyalurkan emosi mereka kepada tindakan positif untuk perubahan.
“Tindakan itu ialah keluar mengundi kerana ia banyak membantu dalam membawa perubahan di Malaysia.

“Banyak mesej sudah disampaikan, tetapi masih tidak cukup untuk menggalakkan mereka mengundi, jadi saya rasa tiada apa yang kita boleh lakukan. Mereka harus sedar sendiri.”

Beliau mengulas hasil tinjauan pilihan raya yang dijalankan di seluruh negara oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bulan lepas.
Tinjauan itu mendapati lebih separuh daripada 1,092 pengundi berusia antara 21 hingga 35 tahun, berkata mereka tidak berminat dalam politik.
Antara kebimbangan belia adalah ekonomi, hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.

Maria berkata, kerajaan harus memberi lebih banyak ruang untuk belia atas perbezaan pendapat mereka.
“Kerajaan tidak patut menjadikan kebebasan bersuara satu jenayah. Apabila seseorang ditahan kerana memuat naik sesuatu di media sosial, ia dilihat seperti menghalang kebebasan bersuara rakyat.

“Jangan salah guna undang-undang. Rakyat penat dan bosan kerana mereka tidak diberi ruang yang cukup,” katanya sambil menambah ini menyumbang kepada kurangnya minat terhadap politik dalam kalangan belia.
Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak membincangkan gerakan #UndiRosak yang menyeru pengundi merosakkan undi bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Kempen itu dibalas dengan gerakan #MaraBersama yang diketuai Organisation for National Empowerment (ONE) bagi mengubah sikap belia daripada tidak ambil peduli kepada berpandangan positif terhadap masa depan Malaysia.

Terima kasih Malaysia: Neelofa

Neelofa
Neelofa kemas kini IG seperti biasa
(Ubah saiz teks)
BIARPUN menerima teguran dan kecaman dari pelbagai pihak berhubung tindakannya melancarkan koleksi tudung di sebuah pusat hiburan semalam, pelakon dan pengacara, Neelofa dilihat tetap tenang meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Malah sehingga kini, Neelofa atau lebih mesra disapa sebagai Lofa ini masih tetap mengemaskini laman Instagramnya (IG) dengan memuatkan naik gambar-gambar sekitar majlis tersebut seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Antara status yang menarik perhatian adalah Thank you Malaysia (Terima kasih Malaysia) yang ditulisnya. Cukup ringkas.

Apa yang menariknya lagi, Lofa tidak menutup ruangan komen di IG peribadinya itu sekali gus membolehkan para pengikutnya terus memberi reaksi terhadap kontroversi yang melanda dirinya.
Jika ia berlaku kepada artis atau selebriti lain, pastinya laman sosial mereka akan ‘berehat’ untuk beberapa ketika dan ruangan komen juga akan ditutup.
Ternyata pemilik Neelofar Hijab dan juga pengacara MeleTOP ini seorang yang berjiwa kental dan bersikap terbuka dalam menangani kontroversi yang melanda.
 
Sinar Harian

Seorang Remaja Terakam CCTV Kencing Tombol Lift, Apa Yang Terjadi Berikutnya Mengejutkan. Video


 Buat orang-orang yang suka iseng dan berbuat nakal atau malah jahat, haruslah diingat karma itu benar-benar ada.
Seperti yang dialami seorang kanak-kanak lelaki di China berikut ini.

Dikutip TribunTravel.com dari laman South China Morning Post, seorang kanak-kanak   lelaki di China   selatan berbuat nakal dengan mengencingi tombol lift.

Sontak saja, hal tersebut menyebabkan korsleting pada sistem pintu lift dan ia pun terperangkap di dalamnya.
Insiden ini pun terakam kamera keselamatan di dalam lift dan rakamannya dipublikasikan di media sosial oleh Kementerian Keamanan Publik.

Dalam rakaman, kanak-kanak lelaki itu memasuki lift kosong di dalam blok apartemen di Chongqing dan memilih tingkatnya.
Namun, ia kemudian membuka ritsleting celananya dan mulai membidik arah air seninya.

Setelah beberapa bereksperimen, dia menyesuaikan lintasannya dan berhasil membasahi seluruh panel tombol lift.
Setelah puas,  dia menutup ritsleting dan menunggu lift untuk mencapai tingkat yang ia tuju.

Mungkin si  kanak-kanak tidak menyangka tindakan usilnya ini membuat dirinya terperangkap masalah sendiri.
Air kencingnya menimbulkan masalah pada kabel lift dan mengganggu fungsi pintu lift.

Akibatnya, pintu hanya membuka sedikit dan kemudian menutup semula.
Pada saat bersamaan, semua tombol di panel kontrol mulai berkedip dan setelah jeda sejenak, lampu di dalam lift pun padam.
Di adegan terakhir,  kanak-kanak itu  terlihat sangat panik.

Rakaman tersebut juga diunggah pada akaun Weibo pelanggaran ketertiban sosial kementrian tersebut, dengan caption "Stop bertindak nakal!"

Pengguna internet pun dengan cepat merespon.
"Di belakang anak nakal pasti ada orang tua yang nakal," tulis komentar paling popular pada postingan tersebut.
"Jangan lupa menagih orang tuanya untuk biaya perbaikan," kata komentar yang lain.

Kementerian tersebut tidak mengatakan jika ada tindakan yang diambil terhadap si anak laki-laki atau orang tuanya.
Namun, dia telah dibebaskan beberapa saat kemudian.

Tahun lalu, seorang anak laki-laki berusia enam tahun dari Yiwu di provinsi Zhejiang China timur mengalami cedera parah ketika  mencuba memanjat keluar dari lift yang berhenti di tingkat tujuh setelah kencing ke atas panel tombol kawalannya.
Penasaran seperti apa kelakuan  kanak-kanak tersebut?
Sumber: TRIBUNNEWS.COM  /Youtube

Tuesday, February 27, 2018

Marah digigit ular , lelaki ini balas menggigit ular tersebut , apa yang terjadi ....

Tak Terima Digigit, Warga India Ini Balas Menggigit Ular, yang Terjadi Berikutnya Justru . . .
ANI via initasi online
Lelaki ini pengsan setelah mengunyah kepala ular. | ANI
Namun seseorang mengatakan pada dirinya bahwa sang paman telah digigit ular.
Lelaki itu diberi rawatan darurat dan dirawat untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Sekitar pukul 10 pagi barulah Sonelal sedar dari pengsan.. Ia mendakwa dirinya sedang membawa ternaknya untuk merumput ketika ia digigit ular.
Sonelal bilang, ia menangkap ular itu dengan marah dan menggigitnya hingga kepala ular itu putus. Setelah itu, ia mengunyah kepala ular beberapa kali   sebelum meludahkannya kembali.

"Tapi doktor yang merawat berkata lain. Katanya ular itu tidak menggigit lelaki itu sama sekali kerana kami tidak menemui bekas gigitan di tubuhnya," jelas Dr. Mahendra Verma.
"Sementara lelaki tersebut pengsan kerana memakan bahagian tubuh ular yang mungkin mengandung racun dari ular yang berbisa."

Berita tentang insiden yang aneh itu jadi menyebar sehingga banyak orang yang penasaran mendatangi klinik CHC.
"Aku tidak percaya mendengarnya dan penasaran bagaimana bisa seseorang menggigit seekor ular," kata Mukesh Gupta, seorang penjaga toko setempat.

Sementara menurut sekretaris kesehatan mental masyarakat, Dr. SC Tewari, perilaku dari Sonelal tampaknya tidak normal.
Menurutnya, itu bukanlah reaksi dari manusia yang normal. Seseorang menjadi begitu agresif atau sakit jiwa yang melakukan hal seperti itu.

PAS letak 11 calon bukan Islam di Negeri Sembilan

 27/2/18

PAS Negeri Sembilan akan bertanding bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Pesuruhjaya PAS negeri Mustaffa Daharun.

“Kita juga akan meletakkan sekurang-kurangnya 11 calon bukan Islam, yang akan bertanding atas tiket PAS, di kawasan yang majoritinya terdiri daripada bukan Melayu seperti DUN Temiang dan Lobak,” katanya kepada pemberita selepas majlis perisytiharan Gagasan Sejahtera dan pelancaran jentera pilihan raya PAS, di Seremban malam tadi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti itu akan melancarkan manifestonya pada 11 Mac ini, yang antaranya mengandungi Wawasan Induk Negara Sejahtera dan Dokumen Hijau yang menampilkan aspek dari segi ekonomi.
-Bernama

Kisahnya pilu. Tiap hari wanita tua ini hantar makanan kepada anaknya, tapi balasannya ....

27/2/18
Wanita Tua Tiap Hari Antar Makanan ke Putrinya, Rela Tunggu 2 Jam, Balasannya Sakit, Kisahnya Pilu
ChinaPress
Wanita tua setiap hari hantarkan makanan untuk anaknya 
 
 Kisah ibu yang rela berkorban demi puterinya ini viral dan jadi sorotan.
Orang tua biasanya ingin memberikan hal yang terbaik untuk anak-anaknya.
Bahkan mereka rela berkorban demi buah hati.
Hal tersebut juga dilakukan oleh seorang wanita  Singapura ini.
Dilansir Zao Bao via Worldofbuzz, wanita tua yang kira-kira berusia 70 tahunan ini selalu terlihat di kawasan Flat Bedok Reservoir Road HDB.

Para penghuni setempat pun kerap melihat wanita tersebut datang.
Ternyata, wanita yang tak diketahui namanya ini menghantarkan makanan untuk puterinya yang tinggal di flat tersebut.

Namun, ada sebuah kisah menyakitkan dari wanita tersebut.
Ia biasa tiba di tempat tinggal anaknya yang terletak di tingkat 7 sekitar pukul 4 petang dan pulang pukul 6 petang.
Wanita tersebut akan mengetuk pintu sambil memanggil nama puterinya.
Kawasan hunian Bedok Reservoir Road HDB, Singapura
Kawasan hunian Bedok Reservoir Road HDB, Singapura (China Press)
Tapi, hal duka justru terjadi.
Penghuni setempat mengatakan bahwa   ibu ini biasa menunggu di depan pintu hingga 2 jam.

Semua perjuangannya tersebut demi bertemu puterinya dan menghantarkan makanan yang sudah ia bawa.
Perjuangan ini tak dilakukan selama satu atau dua hari, tapi sudah berlangsung selama 3 tahun terakhir.

Seorang penghuni yang tak mau disebutkan namanya mengatakan bahwa anak dari perempuan tersebut adalah seorang janda berusia 40 tahunan.
"Nenek itu mengatakan bahwa sejak suami puterinya meninggal, emosi puterinya berubah drastik."

Wanita tersebut akan berada di dalam rumah seharian, tak mau keluar dari rumah.
Itulah yang diduga jadi alasan sang ibu datang setiap hari untuk mengirimkan makanan.

Pada Sabtu (24/2/2018) sekitar pukul 4 petang, wanita tua tersebut kembali terlihat.
Ia membawa beberapa kantung plastik dan berdiri di luar sebuah flat.
Dia terlihat mengetuk pintu sambil memanggil nama puterinya.
Wanita tua datangi putrinya setiap hari untuk antar makanan
Wanita tua datangi puterinya setiap hari untuk hantar makanan (ChinaPress)
Sayangnya, meski suaranya sampai terdengar serak kerana berteriak, pintu flat tersebut tetap tertutup.
Tak ada orang yang keluar untuk membukakan pintu.

Letih memanggil dan mengetuk pintu, wanita tua ini akhirnya pergi.
Dia terlihat duduk di kerusi batu di tingkat bawah.
Sekitar pukul 6 petang, ia kembali ke atas untuk melanjutkan usahanya.
Melansir Zao Bao, wanita tersebut bahkan terdengar memohon ketika memanggil puterinya.

Akhirnya, setelah 15 minit, pintu tersebut terbuka juga.
Seorang perempuan kurus muncul di balik pintu.
Si wanita tua tampak lega dan memberikan senyum pada perempuan tersebut.
Tak lupa ia memberikan makanan yang telah ia bawa.
Wanita tua mendapat perlakuan dingin dari anaknya
Wanita tua mendapat perlakuan dingin dari anaknya (ChinaPress)
Tapi, lagi-lagi potret menyedihkan tak sampai di situ saja.
Meski sudah menunggu berjam-jam, ia tak diajak masuk ke dalam rumah oleh puterinya.

Ia justru terlihat tak menggubris perkataan sang ibu.
Namun, si wanita tua justru tak terpengaruh perlakuan dingin   anaknya,.
Dia berdiri di luar pintu dan melihat anaknya makan makanan yang ia bawa.
Setelah 30 minit, wanita tua tersebut membawa pulang kotak makan yang sudah kosong.

Kebelakangan, ia mengungkap bahwa ia naik bas dari Toa Payoh ke Bedok Reservoir Road setiap hari demi menghantar makan untuk puterinya.
Perjalanan tersebut biasanya menghabiskan waktu 1 jam.
Setiap hari tempuh perjalanan naik bus selama 1 jam
Setiap hari tempuh perjalanan naik bas selama 1 jam (Zao Bao)
"Sejak suaminya meninggal, dia tak mau lagi keluar sendirian ke mana-mana.
Jika aku tidak datang, bagaimana dia mau keluar untuk makan?" ucapnya pada Zao Bao.
Kisah wanita ini jadi contoh pengorbanan besar seorang ibu.
 TRIBUNSTYLE.COM

PRU14 ibu duit cybertroopers

Sinar
cybertroopers
Cybertroopers bakal meraih pendapat lumayan menjelang PRU14 ini.
(Ubah saiz teks)
MASIH ingat video ‘In the beningging ..... in the beningging’?
Adoi, susah betul Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma nak sebut ‘In the beginning’! Sampai dimalukan satu dunia.
Namun hakikatnya dia adalah mangsa troll dalam rakaman berdurasi 35 saat yang dicipta oleh cybertroopers.

Itu kisah global. Kalau di Malaysia? Percayalah, akan ada banyak video serupa dalam PRU14 nanti. Waktu itu adalah syurga buat cybertroopers meraih pendapatan lumayan mungkin.

Buat kaki troll anda perlu ingat. Jangan disebabkan anda mendapat upah lumayan, institusi negara tergugat, kedaulatan negara terhakis dan prinsip Rukun Negara dipermainkan dan paling penting ingatlah dosa dan pahala.
Bagi blogger yang juga bekas wartawan kanan, Syaril A Kadir menjangkakan menjelang PRU14 ini, fungsi blogger, penulis, cybertroopers akan menjadi havoc dan meriah.

Tetapi yang merisaukan apabila ada kalangan mereka ini yang oportunis dengan menabur janji semata-mata untuk mendapat upah tapi tak nampak hasil. Hadoiii...lebih teruk jika adanya 'sapu' dua-dua pihak.
“Kita tak boleh nafikan pihak sebelah sana atau sebelah sini terima bayaran, bayaran mungkin token, bulanan atau by tajuk. Tapi ada juga yang buat kerja kerana sayangkan parti, pemimpin jadi mereka buat atas dasar sukarela,” katanya.

Namun katanya, kehadiran blogger atau cybertroopers ini ada mencalarkan imej penulis kerana ada yang menulis tanpa fakta, menggunakan bahasa kesat atau lebih kepada pembunuhan watak.

Mengenai budaya fake news, Syahril menyifatkan trend itu sangat bahaya dan boleh menjadi parah.
 “Kita kena tapis sendiri atau pihak berkuasa jangan pandang remeh. Nak buat undang-undang dah sedikit terlambat tapi better late than never,” katanya.

Monday, February 26, 2018

Lelaki ditahan kerana dalam beg pakainanya ada kepala manusia

26/2/18
https: img-o.okeinfo.net content 2018 02 25 18 1864491 kopernya-berisi-kepala-manusia-pria-as-ditahan-di-jepang-Kp4KWrI5pz.jpg 
Anggota Polis Osaka berjaga di depan apartemen suspek (Foto: Reuters)

OSAKA – Polis Jepun sedang soal siasat seorang lelaki asal Amerika Syarikat  yang sudah dimasukkan dalam tahanan sementara, sebab, di apartemen yang disewa lelaki tersebut di Prefektur Osaka ditemui potongan kepala manusia di dalam beg pakaian.

Diyakini kepala tersebut milik seorang wanita Jepun berusia 27 tahun yang hilang setelah mengunjungi apartemen lain di bahagian barat Osaka pada awal Februari. Wanita itu diketahui pergi bersama lelaki tersebut.

Melansir dari The Star, Ahad  (25/2/2018), wanita itu terakhir kali dilihat bersama terduga pelaku, lelaki berusia 26 tahun asal New York. Lelaki yang namanya belum diungkap itu ditangkap minggu lalu setelah mangsa  dilaporkan menghilang oleh pihak keluarga. 

Kepada keluarganya, wanita asal Prefektur Hyogo itu mengaku ingin pergi ke Osaka untuk bertemu dengan seorang lelaki bernama Jay yang dikenalnya melalui aplikasi Instagram. Menurut harian Asahi Shimbun, lelaki itu tiba di Osaka pada Januari lalu dengan berbekal visa pelancung.

Media-media setempat melaporkan, berdasarkan rakaman kamera pengawas terlihat seorang perempuan memasuki apartemen bersama suspek. Lelaki itu kemudian nampak keluar-masuk apartemen beberapa kali. 

Polis Osaka hingga kini terus mengembangkan penyiasatan. Sebab, selain kepala, bahagian tubuh lain dari perempuan itu belum ditemui.

Red Bean Army katanya jauh lebih bijak, terancang, membuat kerja walau tidak ditaja. Betulkah ?

Shen Yee Aun
Shen Yee Aun
(Ubah saiz teks)
DAHULUNYA, terutama musim PRU11 dan PRU12 kecoh dengan munculnya Red Bean Army (RBA) yang dikaitkan dengan DAP sampai tidak senang duduk kerajaan ketika itu.

Awal kemunculannya operasi mereka hanya 20 orang meningkat ratusan dan bayaran diberikan RM3,000 sekepala.
Hari ini, adakah mereka lebih besar? Lebih bahaya? Menggunakan modus operandi yang berbeza dan menerima bayaran yang lebih lumayan?

“Sekarang masih wujud. Tidak guna nama lain tetapi wujud dalam keadaan yang jauh lebih bijak, terancang, lebih tersembunyi, bersatu dan jauh lebih bahaya,” kata bekas Setiausaha Kebangsaan Eksekutif Pemuda DAP, Shen Yee Aun yang mengetahui kewujudan dan operasi RBA sewaktu bersama DAP dahulu.

Beliau yang juga penganalisis dan strategis sosial media dan komunikasi politik berkata, falsafah kewujudan RBA harus digeruni kerana mereka lebih teratur dan membuat kerja walau tidak ditaja.

 Menjelang PRU14 ini pula, Yee Aun berkata, fokus tentera maya itu lebih terarah kepada golongan muda yang tidak minat politik dan mewujudkan personaliti siber.
“Golongan ini sangat bahaya sebab setiap personaliti siber itu ada kepakaran dalam bidang tertentu. Ada penyokong yang membuatkan mereka mampu mempengaruhi minda, emosi, mengikut strategi dan agenda yang disusun oleh DAP.

“Pertempuran seperti ini adalah jauh lebih susah sebab jauh lebih tersembunyi. Jauh lebih gelap. Seolah-olah tak ada RBA lagi. Itulah bahayanya,” katanya.

Guan Eng: Wang apa dari Robert Kuok? Cer cerita

lim-guan-eng_Robert-Kuok_600
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menafikan partinya pernah menerima derma atau sumbangan daripada taikun Robert Kuok seperti yang dicadangkan beberapa laporan media arus perdana.

Beliau berkata walaupun Kuok mempunyai hak demokrasi untuk menyokong dan menyumbang kepada mana-mana parti politik seperti rakyat lain, DAP tidak menerima sebarang dana daripada beliau.

“Sebagai setiausaha agung, pemimpin nombor 1 dalam parti, saya tidak tahu dia pernah memberi sumbangan kepada DAP. Kalau ada, saya sudah berterima kasih.
“Saya tidak boleh berterima kasih kerana dia tidak beri kita wang. Tetapi mereka guna perkara ini untuk buli Robert Kuok.

“Kami mahu perdana menteri, Umno dan setiausaha agungnya tunjukkan bukti Kuok ada beri wang kepada DAP,” kata Lim kepada pemberita di Komtar hari ini.
Penulis blog Raja Petra Kamarudin baru-baru ini mendakwa Kuok menyalurkan dana kepada DAP melalui anak saudaranya, James. James menafikan dakwaan itu.

Raja Petra juga mendakwa Kuok mempunyai agenda untuk menggantikan kepimpinan Malaysia dengan DAP supaya orang Cina boleh berkuasa.
Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kemudian dilapor berkata Kuok harus ingat Malaysia negara majoriti Melayu.
Lim berkata “kempen memburuk-burukkan” Kuok sungguh-sungguh tidak wajar kerana ahli perniagaan itu harus dihormati kerana kejayaannya.

Beliau menggesa semua pihak termasuk pemimpin BN membaca memoir Kuok.
“Sepatutnya dia dirai tetapi diserang tanpa asas.
“Kamu mahu buli DAP dan Lim Guan Eng itu perkara biasa, tetapi untuk melakukannya terhadap Kuok, seorang lelaki berusia 94 tahun, itu melampau.
“Saya mahu beritahu Umno dan BN jangan bermain api. Kamu cuba mencipta kebencian kaum dan golongan pelampau,” katanya.

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang juga menafikan pernah menerima dana daripada Kuok seperti yang didakwa Raja Petra.

Tiga bulan lalu, Kuok menerbitkan buku bertajuk “Robert Kuok, A Memoir”.
Ada pihak memuji Kuok, lelaki Malaysia terkaya dan salah seorang taikun utama di Asia, atas pandangan yang disuarakan dalam buku setebal 376 halaman itu, namun ada juga yang mempertikaikan kesetiaannya kepada Malaysia.

Antara lain, Kuok, yang dikenali sebagai “Raja Gula”, menulis beliau memindahkan ibu pejabat perniagaannya ke Hong Kong dari Kuala Lupur pada 1975 kerana cukai yang lebih rendah di Hong Kong dan memandang hina Dasar Ekonomi Baru, yang dilaksanakan selepas rusuhan 13 Mei 1969.

Lelaki ini izinkan mantan suami isterinya yang lumpuh tinggal di rumahnya dan bantu merawatnya

Pria Ini Izinkan Mantan Suami Istrinya yang Menderita Lumpuh Tinggal di Rumahnya dan Ikut Merawatnya
Elitereader
Liu Ikut Membantu Xie merawat Xu 
  Seorang lelaki merelakan mantan suami kepada isterinya untuk tinggal di rumahnya.
Lelaki tersebut bernama Liu Zongkui, yang berasal dari Angkang, China.
Dia merelakan isterinya, Xie Xiping, untuk merawat Xu Xihan yang menderita lumpuh dan hanya mampu terbaring di tempat tidur.
Xu Xihan lumpuh kerana kemalangan ketika kerja sebagai buruh  lombong sejak tahun 2002 lalu.

Liu Zongkui dan Xie Xiping merawat Xu Xihan
Liu Zongkui dan Xie Xiping merawat Xu Xihan (Elitereader)
Kisah tersebut memang berawal ketika Xu meminta Xie untuk menceraikannya dan mencari lelaki lain untuk kebahagiaannya.
Akhirnya, pada tahun 2009, Xie dan Xu resmi bercerai walaupun mereka telah dikurniai 2 anak.

Xie kemudian menikah dengan Liu yang merupakan sahabat dari Xu pada tahun 2012.
Dari pernikahan itu, Xie dan Liu dikurniakan seorang anak.

Meski telah menikah dengan Liu, Xie tetap menunjukan kasih sayangnya pada mantan suaminya.
Menariknya, Liu, Xie, dan Xu tinggal bersama dalam satu bumbung sejak tahun 2012 bersama dengan ketiga anak mereka.

Bahkan, Liu juga tidak keberatan untuk ikut membantu merawat sahabatnya itu.
Meski banyak orang yang menganggap mereka sebagai keluarga yang aneh, namun mereka menunjukan boleh bahagia dengan kehidupan tersebut.

Liu Ikut Membantu Xie merawat Xu
Liu Ikut Membantu Xie merawat Xu (Elitereader)
TRIBUNWOW.COM

Kakitangan awam bukan keldai, kata pemimpin PH

 | February 26, 2018
Ahli majlis pimpinan tertinggi dan setiausaha agung PH berkata
kakitangan awam berhak memilih berdasarkan naluri masing-masing.
tariq-ismail-fb-1
Tariq berkata kakitangan awam adalah tulang belakang kerajaan
dan tidak terhutang budi kepada mana-mana parti. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) memberi amaran berkenaan perbuatan melayan kakitangan awam seperti “keldai” menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), mengatakan mereka juga berhak memilih siapa mereka mahukan sebagai kerajaan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Tariq Ismail, berkata kakitangan awam adalah tulang belakang kerajaan dan mereka tidak terhutang budi kepada mana-mana parti.

“Kerajaan bukan Barisan Nasional (BN). Kebetulan BN adalah kerajaan sekarang.
“Kakitangan awam adalah pengundi, dan taktik menakut-nakutkan dengan memaksa mereka menyokong anda seolah-olah menjadikan mereka seperti keldai. Mereka bukan keldai dan mereka berhak memilih,” katanya kepada FMT.

Tariq diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman, yang dilaporkan berkata kakitangan awam harus melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli perkhidmatan awam dengan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan berdasarkan prinsip ikrar taat setia dan integriti dilafaz semasa mennyertai perkhidmatan awam.

Kata Zainal, “Aku Janji” tersebut berperanan sebagai peringatan kepada sektor perkhidmatan awam untuk sentiasa sedar, mereka harus kekal setia kepada Yang di-Pertuan Agong, kerajaan dan negara sebagaimana digariskan bawah Peraturan 4(1) Peraturan Pegawai Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Tariq berkata jika PH memenangi PRU14, kakitangan awam masih akan mengekalkan pekerjaan, gaji, dan fadah mereka tanpa mengira parti apa disokong.

Asalkan mereka tidak pernah lakukan jenayah dan tidak korup, pekerjaan mereka selamat, tambahnya.
“Kepada kakitangan awam, saya meminta anda terus melakukan terbaik untuk perkhidmatan awam dan negara dengan bersikap cermat. Saya minta anda terus menjadi penjaga dana negara dan melindungi dana ini dengan baik daripada penyalahgunaan, penipuan dan korupsi.

“Saya merayu anda menjalankan urus tadbir dan amalan pengurusan kewangan terbaik sebagai cara melindungi bukan sahaja dana awam yang diamanahkan, tetapi juga melindungi diri sendiri,” katanya.
saifuddin_smal
Saifuddin: Apabila kakitangan awam mengundi, mereka bebas mengundi berdasarkan naluri individu.

Bekas ahli politik Umno yang kini setiausaha agung PH, Datuk Saifuddin Abdullah, sementara itu menegaskan 2 premis asas iaitu perkhidmatan awam berkhidmat untuk kerajaan semasa, dan kakitangan awam berhak mengundi.
“Apabila mereka mengundi, mereka bebas mengundi berdasarkan naluri individu. Ini juga perkara asas.

“Beliau bercakap seperti pemimpin BN,” katanya, merujuk kepada Zainal.
“Ini adalah contoh perbuatan mempolitikkan perkhidmatan awam,” katanya sambil menambah, PH menawarkan program transformasi sebenar untuk perkhidmatan awam.

Zainal dilaporkan berkata kakitangan awam harus menghargai kerajaan semasa atas pelbagai penambahbaikan yang disumbang kepada sektor perkhidmatan awam.

Bernama dilaporkan berkata kerajaan bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai faedah seperti kenaikan gaj, kenaikan pangkat, pelaksanaan cuti khas, cuti umrah, cuti bersalin dan bayaran khas sebanyak RM1,500.

Katanya, Malaysia mempunyai perancangan dan dasar baik dan tidak pernah mengabaikan transformasi perkhidmatan awam.

Sunday, February 25, 2018

Gergamak wanita ini lakukan begitu ke atas suaminya. Zalim !

   25 Februari 2018 

Foto: Reuters
https: img-z.okeinfo.net content 2018 02 24 18 1864284 istri-di-india-potong-dan-buang-kelamin-suami-ke-toilet-yOzw17xpwH.jpg
JALANDHAR - Seorang wanita di India dituduh memotong alat kelamin suaminya dan membuangnya ke dalam tandas kerana menduga suaminya berselingkuh. Akibat perbuatannya itu, sang suami berada dalam  keadaan kritikal dan berjuang untuk hidup di rumah sakit. 

Sukhwant Kaur dilaporkan memukul kepala suaminya , Azad Singh sampai pengsan  ketika lelaki   itu sedang tidur. Sukhwant kemudian memotong alat kelamin Azad dengan pisau dan membuangnya ke dalam tandas di rumah mereka di Jalandhar, India. Demikian  kata Asisten Komisaris Polis  di Jalandhar, Satinder Kumar sebagaimana dilansir dari Mirror, Ahad(25/2/2018).

Perbuatan mengerikan itu dilakukan Sukhwant kerana dia menduga Azad berselingkuh dengan perempuan lain. Azad dikejarkan ke rumah sakit dengan pendarahan yang parah dan kondisi yang dikategorikan serius.

 Ayah Azad melaporkan kejadian ini kepada polis  di Joginder Nagar wilayah Jalandhar. Sukhwant menghadapi tuduhan ancaman pembunuhan atas perbuatannya tersebut. 

Pasangan Sukhwant dan Azad diketahui memiliki dua orang anak laki-laki dari pernikahan mereka.
"Kami akan merakam pernyataan semua anggota keluarga, sementara suspek telah mengakui kejahatannya bahwa dia telah memotong alat kelamin suaminya dan kami juga akan menyiasat tuduhan bahwa Singh berselingkuh," kata Kumar

Askar usah takut mengundi dengan bebas - PATRIOT

Malaysiakini 25/2/18

Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) berkata anggota tentera boleh menyertai pilihan raya tanpa ketakutan kerana undi mereka adalah rahsia mengikut amalan sekarang.

Presidennya Datuk Mohamed Arshad Raji berkata sejak beberapa minggu lalu mendapat maklumat mengenai kebimbangan anggota keselamatan mengenai kemungkinan kertas undi mereka dikesan pihak atasan.
"Jawapan ringkas kami begini: Tidak, hampir mustahil untuk dikesan. Undi anda adalah rahsia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Arshad menambah kebimbangan berkenaan yang disuarakan anggota tentera membayangkan kesedaran mereka terhadap politik negara ini.
Katanya suatu ketika dulu - secara teorinya - kertas undi seseorang anggota keselamatan boleh dikesan mengikut nombor siri yang ada. Namun katanya sistem sekarang menjadikan pengesanan itu sangat sukar.

"Sebab dalam bilik mengundi kerani pertama membacakan nama serta nombor kad pengenalan anda, kemudian memotong nama dalam senarai pengundi.
"Kerani kedua menyapu dakwat pada jari manakala kerani ketiga memisahkan kertas undi, menandakan dan menyerahkan kepada pengundi," katanya.

Baca MCA puji Patriot kerana pertahan bukan Melayu

Dalam prosedur itu kata Mohamed Arshad tiada semakan silang boleh dilakukan antara kerani pertama dan ketiga.
"Kertas undi diedarkan mengikut kehadiran rambang. Oleh itu tiada rekod mengenai siapa yang menerima kertas undi dengan nombor siri tertentu.
"Justeru undi anda memang rahsia," katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14 semakin menghampiri walaupun ia belum diumumkan.
Menjadi kelaziman di negara ini kerajaan tidak akan mendedahkan tarikh sesuatu PRU sehingga ke saat-saat akhir, dan meletakkan kelebihan kepada pemerintah untuk membuat persediaan.

Tanggapan umum ialah undi melibatkan pasukan keselamatan - serta undi pos - terdedah kepada manipulasi terutama daripada pihak atasan.
Kata Mohamed Arshad Arshad mengikut teori suatu ketika dulu sesuatu kertas undi boleh dikesan berdasarkan nombor siri tetapi proses berkenaan rumit dan sukar.

"Memadankan nombor siri kertas undi dengan rekod yang ada tidak memadai. Daftar pilihan raya juga mesti sepadan," katanya

Hadiah perkahwinan meletup, pengantin meninggal

25/2/18

https: img.okeinfo.net content 2018 02 25 18 1864429 hadiah-pernikahan-meledak-pengantin-pria-di-india-tewas-c2G9SJ5G0m.jpg  
Pengantin lelaki meninggal setelah hadiah pernikahannya meledak (Foto: NDTV)

ODISHA – Sepasang pengantin baru di Odisha, India, harus mengalami nasib tragis. Sebab, hanya lima hari setelah resepsi, sang suami harus pergi untuk selamanya kerana salah satu hadiah pernikahan mereka meledak. Insiden tersebut terjadi pada Jumaat 23 Februari di Daerah Bolangir. 

Ledakan tersebut juga mengakibatkan nenek   mempelai lelaki meninggal dunia. Pihak  polis  ketika ini sedang berusaha mengenal pasti pemberi hadiah tersebut serta bahan peledak jenis apa yang digunakannya. Hadiah itu dibawa pulang setelah resepsi dan meledak ketika dibuka.

“Polis  sudah mengumpulkan bukti-bukti dan penyiasatan masih berlangsung,” ujar anggota polis  setempat, Sesadeva Bariha, mengutip dari NDTV,   25/2/2018 . 
Wanita lanjut usia  itu diketahui meninggal dunia di lokasi kejadian. Sementara itu,  pengantin lelaki, tutup usia di Rumah Sakit Rourkela. Ia sempat dipindahkan ke rumah sakit tersebut untuk mendapat  rawatan lebih lanjut meski pada akhirnya tidak dapat diselamatkan.

Pengantin perempuan juga mengalami cedera cukup parah akibat ledakan yang terjadi di kediaman pasangan tersebut. Wanita itu ketika ini sedang menjalani  rawatan di sebuah rumah sakit di Burla. 

“Nenek itu dinyatakan ‘meninggal dunia dalam perjalanan’ saat tiba di Rumah Sakit Umum Daerah Bolangir. Lelaki yang luka-luka dalam ledakan itu juga meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Ispat, di Rourkela,” ujar Petugas Pusat Medis Daerah Bolangir, S. Mishra.

Bekas tentera: Saya hanya undi sekali dalam 24 tahun perkhidmatan

 | February 24, 2018
Setiausaha kehormat Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia itu berkata, beliau dan rakan sekerjanya tidak pernah mempersoalkan sebab mereka tidak diberi peluang mengundi pada PRU lain.
malaysian-army
SHAH ALAM: Seorang bekas pegawai tentera mendakwa beliau hanya diberi peluang sekali sepanjang 24 tahun perkhidmatannya untuk menandakan kertas undi melalui undi pos.
Lt Kol (B) Wong Ah Jit berkata, walaupun berhak bertanya penyelianya kenapa tidak diberi peluang mengundi pada pilihan raya lain, beliau tidak berbuat demikian kerana dirinya anggota bawahan dalam angkatan tentera.

“Kami sepatutnya tanya, tetapi kami tidak berbuat demikian,” kataya merujuk rakan sekerja lain yang turut tidak berpeluang mengundi melalui undi pos sendiri.
Tanpa mendedahkan tahun ia berlaku, katanya, beliau diberikan sekeping kertas undi ketika berkhidmat jauh dari rumah dan membuang undi dalam sebuah pusat mengundi di dalam kem beliau ditempatkan.

Beliau berkata, di bawah sistem yang telus, mereka boleh mempersoalkan kenapa tidak diberikan peluang mengundi, tetapi mereka tidak berbuat demikian.
Wong berkata demikian pada sidang media anjuran Persatuan Veteran Cina Angkatan Tentera Malaysia (Macva), di mana beliau ialah setiausaha berhormat, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kritikan Bersih 2.0 terhadap Suruhanjaya Pilinan Raya (SPR) pada Rabu lalu yang memperkenalkan 9 kategori baharu pengundi pos.
Pemantau pilihan raya itu mendakwa SPR mewartakan kategori itu secara sulit tahun lalu tanpa mewajarkan mengapa mereka layak mengundi dari jauh.
Katanya, tindakan itu adalah langkah ke belakang daripada sasaran memansuhkan undi pos dan menggantikannya dengan pengundian awal sehari sebelum hari pengundian.
Army-man
Khamis lalu, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji mendesak kerajaan menghentikan undi pos bagi tentera dan polis kerana negara berada dalam keadaan aman, di mana anggota keselamatan tidak lagi ditempatkan di kawasan jauh.

Presiden Macva, Mejar (B) Tan Pau Son yang turut hadir pada sidang media hari ini bersetuju dengan Arshad yang undi pos perlu dimansuhkan.
“Kenapa kita perlu mempunyai undi pos di mana pegawai ditempatkan di KL?” soalnya.

Beliau berkata, penyelia kem boleh mengatur anggota bertugas pergi mengundi dalam kelompok berasingan pada pagi dan petang.
Tan berkata, peti undi yang mengandungi undi pos anggota keselamatan disimpan di balai polis tanpa pengawasan kamera, di mana tidak pasti jika ia dilindungi daripada diusik.

Timbalan Presiden Macva, Mejar (B) Godfey Chang, berkata penyelia kem tentera perlu memastikan anggota bawahan boleh membuang undi sendiri, bukannya orang lain yang menandakan bagi pihak mereka.
“Jika terdapat 1,000 orang di sana, maka mesti ada 1,000 kertas undi untuk mereka semua.”