Thursday, June 30, 2011

Lagi Tenaga Kerja Wanita Indonesia Di Saudi Menunggu Hukuman Pancung

Dituduh Pakai Ilmu Sihir, Sumartini Terancam Dipancung di Arab Saudi

JAKARTA - Setelah Ruyati dipancung atas tuduhan pembunuhan, Sabtu 18 Jun, lalu, satu lagi tenaga kerja Indonesia (TKI), Sumartini binti Manaungi (33), akan menerima hukuman mati dengan cara hukum pancung.

Anggota Komisi III DPR, Eva Sundari, menyampaikan, TKI dari Desa Kukin, Kecamatan Moyo Utara, itu kini sedang dipenjara di Malaaz Arab Saudi atas tuduhan pembunuhan pula. 

"Dia dituduh menggunakan ilmu sihir untuk melenyapkan anak majikan yang bernama Tisam, 17 tahun," katanya kepada wartawan melalui pesanan ringkas, Khamis 30 Jun

Menurut Eva, TKI yang berangkat melalui perantara PT Duta Sapta Perkasa rencananya akan dihukum pancung pada 3 Julai akan datang. Ahli Politik PDI-P ini meminta Kementerian Luar Negeri untuk segera memberikan penjelasan kepada umum dan terutama kepada keluarga yang bersangkutan.

"Khabar terakhir, Duta besar Rebublik Indonesia kirim surat minta pengampunan raja, tapi hingga kini yang sama ada informasi pengadilan pada posisi sebaliknya," tambahnya.

Eva menegaskan, penyelamatan TKI tidak boleh dilakukan hanya oleh duta besar. Menurut dia, Presiden harus menjalankan diplomasi tingkat ter tinggi secara langsung untuk meminta pengampunan atas nama Sumartini dan 27 tenaga kerja wanita lainnya yang sedang berada di penjara.

"Sepatutnya Presiden terbang dan melobi raja secara langsung meminta pengampunan mereka. Komitmen perlindungan bagi tenaga kerja wanita harus dijawab dan dijalankan langsung oleh ketua negara dan pemerintahan Rebublik Indonesia , bukan hanya pembantu-pembantunya," tambahnya.

Sumber : Kompas.com

Mike Tyson Mengulangi Pernikahan Secara Islam


Mike Tyson dan isterinya, Lakiha Spicer, baru-baru ini mengejutkan tetamu mereka dengan mengulangi pernikahan secara Islam di Las Vegas. Kira-kira 150 tetamu hadir di di pinggiran Las Vegas, Henderson pada Sabtu, untuk menghadiri pesta ulang tahun pernikahan mereka . "Tetapi tetamu semua di kejutkan dengan acara memperbaharui janji pernikahan secara islam," lapor New York Times.

Ketika tetamu tiba di M Resort Spa Casino, pasangan itu mengumumkan bahawa sebenarnya mereka diundang untuk menyaksikan acara pembaharuan pernikahan mereka.

"Para tamu diberitahu itu ulang tahun, tapi kemudian Lakiha mengumumkan bahawa sesuatu yang berbeza sedang terjadi. Dia membuka tabir dan mengungkapkan set up pernikahan untuk acara yang mereka hadiri," kata seorang sumber.

Spicer dan Tyson menikah dalam satu upacara tergempar di Vegas dua tahun yang lalu. Ketika itu, hanya keluarga terdekat dan sahabat karib mereka yang hadir.

Kedua 'mempelai' tampil berbeza hari itu. Tyson mengenakan tuksedo hitam dengan tali leher putih. Spicer mengenakan gaun putih ala puteri duyung dan kerudung.

Dalam majlis pernikahan itu, keduanya bersalam dan mengucapkan salam dengan tetamu mereka.

Pelik Tapi Benar : Wanita Ini Ketagihan, Sudah Makan 8 Sofa dan 5 Kerusi


Seorang perempuan yang hidup di Bradenton, Florida, Amerika Syarikat mengidap penyakit ganjil. Pica- Penyakit yang dideritai Adele Edwards, 30, ini ditemukan setelah dia ke doktor karena kecanduan makan busa(getah) dalam sofa. Adele ketagihan makan busa sebuah sofa sejak 21 tahun lalu. Ketika orang tuanya bercerai, umur Adele 10 tahun. Dia pun tertarik mencuba makan busa sofa setelah sepupunya mengunyah sofa untuk jenaka. Adele kemudian ikut-ikutan dan akhirnya ketagihan.

Ketika ini Adele sedang menjalani terapi untuk menghilangkan ketagihannya. Doktor memberitahu busa ini sangat berbahaya dan boleh membuat ususnya tersumbat. 

Adele Edwards mengaku memiliki nafsu makan pelik mengidam sesuatu yang bukan makanan seperti getah elastik, getah, dan objek lain yang ditemukan di sekitar rumahnya jika mengalami stress. Seperti laporan The Sun.

Beliau mengaku tidak boleh menghentikan kebiasaannya itu. Ia mengatakan sudah menghabiskan 8 sofa dan lima kerusi. Doktor sudah memperingatkan yang ketagihan memakan barang-barang itu boleh mengakibatkan kecelakaan teruk.

Doktor menyatakan ia menderita gangguan makan yang disebut Pica, dari bahasa latin magpie, di mana penderitanya mengidam sesuatu non-makanan.

Kekasihnya, Chasney, 26 telah merayu supaya beliau menghentikan kebiasaan pelik itu. Setelah menderita sindrom itu selama 20 tahun, kini Adele merasa bimbang jika kebiasaan buruk itu membuat anak-anaknya tidak beribu.

"Saya takut dan saya tidak pernah mengunyah sofa di depan anak-anak saya. Mereka tidak tahu apa yang saya lakukan. Namun, saya takut suatu ketika orang-orang mengatakan yang ibu mereka meninggal kerana terlalu banyak makan sofa," jelas Adele, lagi.
catatan indah.com

Wednesday, June 29, 2011

Warga Emas Ditangkap Ketika Cuba Memperkosa Anjing


Seorang lelaki tua bernama Eugene Hickman, 54 tahun diserkap oleh cucunya ketika dalam keadaan telanjang dan sedang berada di atas anjing yang berumur tiga tahun kerana beliau hendak memperkosa anjing itu.

Beliau dikenakan tuduhan melakukan kejahatan terhadap haiwan.

Lelaki berasal dari DeFuniak Springs, Florida, Amerika Syarikat itu ditangkap sherif dari Walton County Sheriffs setelah pihak keluarganya melaporkan perkara itu.

Menurut laporan itu, Hickman mengaku ia mencuba melakukan seks dengan anjing itu tetapi sayangnya gagal memasukkan kemaluannya ke lubang kemaluan anjing tersebut. Ia berjanji kepada polis tidak akan melakukan kejahatan itu lagi. Sementara anjing jenis bulldog itu dibawa ke pusat penjagaan haiwan untuk diperiksa .
catatan : indah.com 29 Jun

Hantu Diana Berjalan Seiring Kate Middleton


Majalah Newsweek membuat  ilustrasi yang mengejutkan dengan menampilkan hantu yang dibuat oleh teknologi komputer. Dalam sampul itu terlihat Kate Middleton yang kini bergelar Duchess of Cambridge menoleh dan tersenyum ke arah Puteri Diana yang gambarnya dibuat dalam usia 50 tahun.

Artikel yang dibuat penulis biografi Puteri Diana dan juga dikenal sebagai provokator, Tina Brown. Ia juga adalah pemimpin redaksi Newsweek.

Diana maut dalam satu kemalangan di Paris, 
Peranchis, pada tahun 1997 dan genap usianya 50 tahun pada Jumaat, 1 Julai ini. 

"Bagaimanakah wajah beliau sekiranya masih hidup? Tentu saja masih jelita dengan tubuh yang cantik. Itu sudah pasti," tulis Brown.

 Photo Illustration by R. Mutt Studios for Newsweek; Source Photo: Tim Graham / Getty Images

Sumber : Newsweek

Paksi kesal puisi Pak Samad dicurigai


KUALA LUMPUR, 29 Jun: Seniman Paksi Rakyat (Paksi) kesal dan sedih dengan tindakan pihak polis memanggil Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said untuk disoal siasat hanya kerana sebuah puisi yang dibacakan di majlis pelancaran Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.

Pengerusinya, Dinsman berkata, tidak wajar A. Samad disoal siasat kerana beliau hanya menyuarakan pandangannya mengenai situasi yang berlaku di negara ini melalu karyanya.

Namun Paksi katanya tetap berbangga kerana puisi A. Samad, "Unggun Bersih" yang merupakan suatu karya seni yang indah tiba-tiba mendapat perhatian umum.

Sambil mengajak rakyat menghayati "Unggun Bersih", Dinsman berkata, amat pelik apabila pihak berkuasa mencurigai karya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu.

"Betapa murninya niat dan geraktindak seorang seniman yang luas pengalaman ini, untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agamanya.

"Kita tidak faham mengapa pihak polis perlu menimbulkan rasa curiga terhadap manusia baik yang sebaik A Samad Said ini, penyair yang menekuni kehidupan mulia Rasulullah (s.a.w.) dan menghasilkan sebuah puisi panjang-tebal mengenai insan agung itu – Al-Amin.

"Sebagai sasterawan, seniman, budayawan dan intelektual yang bertanggungjawab, dia sentiasa bersama rakyat bagi merakamkan gerak nadi dan jerit batin rakyat dan menyatakan sikap dan pandangan warasnya apabila difikirkannya perlu, dengan niat untuk menyumbang ke arah kesejahteraan, di samping untuk sama-sama menegakkan yang hak dan adil dalam masyarakat," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Paksi mengingatkan pihak berkuasa agar tidak menggunakan kuasa secara sewenang-wenangnya dalam apa jua keadaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Sasterawan negara juga tegasnya wajar diberikan hak dan kebebasan untuk terus menyumbangkan karya kepada masyarakat.

"Apabila insan luhur seperti A Samad Said bersuara dan memberi teguran ikhlasnya, marilah sama-sama kita mendengarnya. Usahlah kita menjadi takut kepada bayang-bayang sendiri," katanya.

Puisi Ini menyebabkan Sasterawan Negara Disiasat Dibawah Akta Hasutan?

Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Puisi ini telah dibacakan oleh Pak Samad ketika majlis pelancaran BERSIH 2.0

KOREA UTARA PAKSA TUTUP SEMUA UNIVERSITI SELAMA 10 BULAN


Seoul - Rejim komunis Korea Utara menutup seluruh univesiti di negara itu sehingga 10 bulan ke depan. Mahasiswanya dikerah untuk bekerja di kilang, industri pertanian, dan sektor pembangunan, demi membangun kembali ekonomi negara yang terburuk.

Menurut telegraph.co.uk, Selasa 28 Jun rejim Kim Jong-il menyatakan kepada rakyat bahawa Korea Utara akan mencapai tujuannya menjadi sebuah negara yang "agung, makmur, dan perkasa" pada 2012, bertepatan dengan perayaan 100 tahun HUT pengasas Korea Utara iaitu ayah Jong-il, Kim Il-sung sendiri.

Tambahan lagi, pada Februari tahun depan Jong-il yang bergelar "Pemimpin Tercinta" mencapai usia genap 70 tahun dan mungkin akan mengalihkan sebahagian kekuasaannya kepada pewarisnya, anak bungsunya Kim Jong-un.

Penganalisis di Jepun menilai penutupan universiti itu adalah satu langkah bijak.

"Salah satunya adalah menutup kemungkinan munculnya demonstrasi di kampus-kampus," kata profesor dari Waseda University, Toshimitsu Shigemura, merujuk pada Revolusi Yasmin yang bergolak di seluruh negara Arab.
catatan: indah.com 29 Jun

Lakonkan Watak Aung San Suu Kyi, Michelle Yeoh Diusir Dari Myanmar

 Michelle Yeoh di dalam set pengambaran filem 'The Lady: Aung San Suu Kyi’s Fight for Freedom‘.

Bintang Hollywood Malaysia Datuk Seri Michelle Yeoh, yang melakonkan watak pejuang pro-demokrasi Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya telah diusir oleh rejim tentera Burma dan disenarai-hitamkan.

“Beliau tidak mempunyai peluang memasuki Burma lagi. Beliau diusir keluar sebaik penerbangan pertama tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon,” kata seorang pegawai Burma kepada AFP.

“Beliau kini disenarai-hitamkan,” kata pegawai kedua tanpa memberitahu alasan berbuat demikian.
Yeoh berjumpa dengan Pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan itu di kediamannya di Yangon Disember lalu selepas merakamkan adengan filemnya yang dirahsiakan di bawah arahan pengarah Perancis Luc Besson di Thailand.

Filem biografi pejuang kebebasan Myanmar ini mengisahkan jalan hidup Aung San Suu Kyi dari saat beliau menjalani kehidupan di Universiti Oxford sehinggalah menjadi ahli politik berpengaruh.

Filem berkenaan dijangka ditayangkan lewat tahun ini.

Suu Kyi dibebaskan November lalu selepas dikenakan tahanan rumah selama tujuh tahun.

Pengambaran filem The Lady ini di’jalankan di Thailand untuk suasana yang lebih mirip kepada Myanmar & pihak kerajaan Thailand tidak mengetahui soal ini.
Rencah Alam

Tuesday, June 28, 2011

malunya : MODEL SKIRT TERKOYAK KETIKA CATWALK; Maaf gambar tidak senonoh.




PENEMUAN MANUSIA DI HUTAN AMAZON

Foto: xinhuanet.com


Rio de Janeiro – Satu kaum yang hilang/terasing telah ditemui di hutan Amazon. Penemuan itu disahkan oleh Yayasan Nasional India (Funai) Brazil satu lembaga yang khas mengawasi masyarakat adat.

Suku yang hilang ini ditemukan melalui citra satelit pada awal 2011 dan kemudian disahkan oleh pemerhati di atas wilayah tersebut.

Kira-kira sekitar 200 anggota suku ini hidup dalam tiga bangunan terpisah beratapkan jerami dan makan makanan dari jagung, pisang dan tanaman lain yang berada di sekitar mereka.

Walaupun begitu, Funai menolak memberikan lokasi tempat tinggal suku tersebut demi keselamatan mereka dari tindakan eksploitasi pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.

"Ancaman utama bagi suku terasing ini adalah perburuan, penebangan kayu, pertambangan, penternakan dan perdagangan dadah," kata Fabricio Amorim, kata kordinator Funai seperti dilapor xinhuanet.com, 27 Jun

Menurut Amorim, tugas mengenalpasti dan melindungi kelompok-kelompok terisolasi merupakan bahagian dari kebijasanaan masyarakat Brazil.
xinhuanet.com
catatan : indah.com 28 Jun

Setelah memperkosa anaknya, si ayah memaksa anaknya melacur diri dengan 200 lelaki

gambar hiasan

KERALA :Seorang ayah kandung tergamak memperkosa anak kandungnya sendiri yang baru berusia 17 tahun lalu kemudian dipaksa melacur diri kepada lebih dari 200 lelaki. Hal ini disampaikannya di depan media setelah laporan polis dibuat.

Kejadian ini berlaku di Kerala, India. Gadis ini memberitahu polis yang ayahnya mengancam akan membunuh seluruh keluarganya kecuali jika ibunya mendiamkan perbuatan laknatnya. Si ayah kemudian ditangkap polis bersama 29 lelaki lainnya pada dua minggu lepas.

Gadis malang ini memberitahu ia diperkosa oleh ayahnya kemudian dibiarkan kelaparan lalu dipaksa berasmara dengan lelaki lain . Polis berjanji akan memberkas lelaki yang membayar harga seks dengan gadis itu yang identitinya dirahsiakan .

Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk memberkas 70 lelaki-lelaki yang disebut gadis itu.

"Ayah memperkosa saya ketika ibu tidak ada di rumah. Ia kemudian membawa saya ke lokasi berbeza dan menambahkan kalau ada kesempatan saya akan berlakun filem.” Kata gadis itu dalam satu wawancara dengan stesyen televisyen tempatan.

Ketua Kementerian Kerala Oommen Chandy mengatakan penjahat-penjahat tersebut akan menerima hukuman berat.

"Polis sedang menyiasat kes tersebut. Pemerintah tak akan membiarkan penjenayah terlepas hukuman," katanya.

BBC News
Catatan : indah.com 28 jun

2 lelaki dibunuh kejam,disiat kulit muka


Lokasi kejadian:Chilpancigo Iguala,Mexico
Mangsa:Seorang agen Menteri Siasatan Polis Guerrero,Mexico dan seorang eksekutif
Pembunuhan:Kulit muka mangsa disiat,dipenggal kepalanya.Terdapat tanda-tanda penyiksaan pada tubuh mangsa.



http://xtranester.blogspot.com/

BERKAHWIN DENGAN ROH


PERANCHIS – Cintanya abadi. Seluruh jiwa raganya telah diserah kepada kekasihnya. Seorang wanita Perancis, Karen Jumeaux sudah menyerahkan seluruh hidupnya kepada Anthony Maillot.

Apa tidaknya, wanita berusia 22 tahun itu sanggup mengahwini jasad/ roh Anthony yang telah meninggal dua tahun lalu.

Dengan memakai gaun putih, Karen menjalankan upacara perkahwinan di hadapan keluarga dan teman-temannya di Kota Dizy-le-Gros, Perancis Timur, pada Jumaat 23 Jun waktu setempat.

“Anthony adalah cinta pertama dan terakhir saya. Kami telah bersama selama empat tahun. Sekarang, saya adalah isterinya. Saya akan selalu mencintainya,” kata Karen

Mereka bertemu pada tahun 2007 yang lalu dan kemudian bertunang. Karen dan Anthony telah memiliki seorang putera. Namun, Anthony meninggal akibat kemalangan pada 2009. Sejak itu , Karen tetap berusaha mengahwini tunangannya, meskipun harus melakukan berbagai cara, termasuk mengirimkan surat permintaan izin kepada Presiden Perancis Nicolas Sarkozy.
CATATAN INDAH.COM 28 jUN

Pembedahan tiga Jam ; Membuang Ketumbuhan Di Hidung


Dili - Ketika Martinho Ronaldo berusia empat tahun terbangun setelah pembedahan untuk membuang sejumlah jaringan otak dan cairan yang membengkak di antara kedua matanya, ia pun bertanya, "mana hidung saya?" dia bertanya kepada ibunya, Elsa Sanchez.

Hidung kanak-kanak dari Timor Timur itu menghilang ditelan herniasi otak, akibat sebuah lubang pada tulang dahinya ketika lahir. Keadaan ini disebut encephalocele frontoethomoidal dan terjadi di seluruh Asia Tenggara. Namun penyebabnya tidak diketahui.

Martinho merasa tertekan oleh penduduk di desanya kerana bengkak di hidungnya membuatnya tampak aneh, dan ibunya sangat khuatir di atas tekanan yang dirasai oleh anaknya.

Bertahun-tahun ibunya berusaha mendapatkan bantuan untuk anak bungsu dari lima bersaudara. Usahanya berjaya juga akhirnya, dia bertemu pakar bedah kraniofasial Mark Moore dari Adelaide untuk konsultasi dan mendapat bantuan dari AusAID di Dili untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu.

Moore pun mendekati Children First Foundation yang kerap menyokong menangani perubatan kanak-kanak yang tidak mampu dari negara-negara membangun untuk membantu biaya pembedahan Martinho.

Akhirnya pada 10 Mei lalu, Moore bersama pasukan perubatan bekerja keras selama tiga jam di sebuah rumah sakit di Adelaide untuk membuang tonjolan di hidung dan memperbaiki tulang di dahi Martinho agar kembali pulih.

Ketika ditemui pada Sabtu 25 Jun, Martinho dalam keadaan sangat gembira di sebuah penternakan luas di Kilmore untuk menjalani pemulihan setelah selesai pembedahan dan dijadualkan kembali ke Dili minggu depan.

"Saya gembira pembedahannya berjaya dan anak saya boleh kembali hidup normal," kata Sanchez, ibu Martinho seperti dilapor smh.com.au, 26 Jun.
primaironline.com
catatan; indah.com 27 Jun

Monday, June 27, 2011

Gambar-gambar Wardina Sertai Program PR


Sudah pasti ramai yang cukup mengenali wajah salah seorang pengacara siaran pagi di TV3, Malaysia Hari Ini [MHI]. Wajah wanita bertudung diatas itu adalah Wardina Safiyyah….

Wardina Safiyyah 32 tahun, mula melonjakkan namanya ketika melakonkan watak dalam siri sitcom telivsyen “Spanar Jaya” bersama Opie Zami anak Allahyarham Zami Ismail.

Ketika itu Wardina belum lagi bertudung…, membawa imej gadis seksi dan memiliki wajah kacukan….

Mutakhir ini, kemunculan Wardina hanya boleh kita tatapi setiap pagi menerusi slot MHI di saluran TV3 yang dikuasai pengurusannya oleh Media Prima.

Baru baru ini Wardina pernah menggemparkan pentas politik media maya menerusi perang Facebook, Tweeter dan Blog apabila tercetusnya cerita Wardina secara sinis mahu aktif politik tetapi bukan bersama komponen kerajaan BN….

Semalam semakin terserlah apabila tersebar beberapa gambar gambar Wardina menyertai program pemimpin kerajaan negeri bersama rakyat.

Gambar di sebelah ini pula…, Wardina sedang berucap dalam majlis tersebut…!!
Sedakasejahtera

EKORAN CERITA PUTRI UMNO JERLUN YANG DITANGKAP KHALWAT


Gambar: Yusmawati kelihatan sedang meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Jitra, di Kedah, pada 22 Jun lalu di atas dakwaan berkhalwat, manakala Mohd Jasmi (gambar sisipan) turut didakwa dengan pertuduhan sama. -- Foto THE STAR

[MStar] ALOR SETAR: Setiausaha Bahagian Jerlun, Jasmi Mohd Ismail dan Ketua Puteri Umno bahagian itu, Yusmawati Yaacob digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran dakwaan khalwat yang dihadapi oleh mereka di mahkamah syariah minggu lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah berkata surat berkaitan pengguguran jawatan itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Ummo, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Jun lalu.

"Kedua-dua mereka telah menerima surat berkenaan.Ini merupakan kes yang pertama yang melibatkan pemimpin Umno di Kedah," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Justeru, Ahmad Bashah berkata, Naib Ketua Puteri Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi akan memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan parti diadakan kelak.

Berhubung pengganti Jasmi pula ia akan diputuskan oleh Ketua Umno bahagian Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.

Isnin lepas, Jasmi dan Yusmawati mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah bulan lalu.

Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Wanita Ini Setubuhi 1,000 Lelaki dalam 10 Tahun


Christina Saunders begitu obsesi dengan karakter Samantha Jones dalam seri 'Sex and The City'. Wanita dari England ini nekat menunaikan "misinya" untuk bersetubuh dengan 1.000 lelaki di abad ini dalam tempoh waktu 10 tahun.

Laman Your Tango melaporkan , Christina mengaku sangat teruja dengan karakter Samantha yang begitu percaya diri memikat dan menguasai ramai lelaki di tempat tidur. "Samantha sangat seksi, percaya diri, dan membanggakan. Saya terpesona dengan perilakunya yang seperti lelaki, boleh tidur dengan sesiapa saja," katanya.

Christina, seorang mahasiswi berusia 20 tahun ketika itu, terpengaruh untuk menjalani kehidupan seperti Samantha. Dalam seminggu dia bersetubuh paling sedikitnya dengan seorang lelaki . Demi mencapai targetnya menyetubuhi 1.000 lelaki, ia nekat melakukan apa saja, termasuk melakukan hubungan seksual dengan dua lelaki serentak.

Setelah meniduri 300 lelaki, semakin bertambah usia, keinginannya makin berkobar-kobar.
Selama bekerja di London, ia semakin rajin menggoda lelaki di beberapa bar. Beliau juga makin kerap berlibur demi bertemu lebih banyak lelaki. Bahkan, ia pernah bersetubuh dengan 15 lelaki selama seminggu bercuti di Ibiza, Spanyol.

Christina selalu membawa buku catatan harian bersamanya untuk mencatat jumlah lelaki yang ditidurinya. Beliau juga menulis nama lelaki berikut kemampuan seksualnya setiap kali selesai melakukan persetubuhan. Secara detail pengalamannya ditulis rapi dalam buku hariannya.

Walaupun beliau digelar pelacur atasan , dia tidak akan mengalah. "Saya tidak merasa kotor, saya sudah ketagih ," katanya. Christina sudah dibutakan obsesinya. Beliau sudah tidak peduli sekiranya terjangkit penyakit menular seksual yang boleh membunuhnya.

Pada usianya 30 tahun kini, khabarnya misinya telah berjaya tetapi Christina seperti sudah menyesali perbuatannya. "Saya sudah mengambil tindakan yang terlampau jauh. Yang saya inginkan ketika ini hanya menenangkan diri," katanya. 
catatan : indah.com 27 Jun

PELIk TAPI BENAR : Pisang Berbuah Dengan Tidak Berbatang


Fenomena ganjil, menarik perhatian warga Dusun V Desa Ladang Panjang, Kecamatan Babat Toman, Musi Banyuasin (Muba). Tepat di belakang rumah milik Anto , 70, terdapat beberapa tandan pisang berikut buahnya muncul langsung dari dalam tanah. Peliknya ia tidak berbatang.

Menurut anak kandungnya Sumarni, 30, mengatakan, pisang tersebut sudah tumbuh dan berbuah sekitar enam bulan lalu. Bentuknya yang unik dan dianggap aneh banyak menarik perhatian warga sehingga datang untuk melihat dan mengabadikan gambarnya.

“Kami sendiri tidak tahu mengapa boleh tumbuh begitu. Untuk ukuran pisang pada umumnya, seharusnya buah pisang ini sudah masak. Selain itu, walau pun tumbuh hanya 30 cm dari tanah, tidak ada ayam yang mau memakannya,” kata Sumarni.

Menurut Sumarni, pisang ini dahulunya ditanam ayahnya. Mulanya, bibit yang ditanam adalah pisang ambon. Namun belakangan bermunculan tandan pisang diringi jantung dan buahnya dalam kondisi kerdil dan tidak mirip pisang ambon melainkan pisang kapas.

Hal senada dikatakan, Safarudin ,42 warga setempat yang bermukim tidak jauh dari rumah Mbah Anto pemilik pisang. Karena menganggap pisang tersebut aneh, ia bahkan sempat tidur di dekat tumbuhnya pisang tersebut selama beberapa malam. Ia berharap memperoleh semacam petuah atau ilmu kebatinan dengan upayanya. Sayangnya meski sudah dilakukan berulang-ulang ia tidak mendapatkan apa pun kecuali kenang-kenangan dari kawanan nyamuk malam yang sempat menggelar upacara di bagian tubuhnya.

Terlepas dari fenomena tak biasa yang terjadi pada pisang tersebut, keberadaannya tetaplah menjadi hal menarik bagi warga sekitar. Pisang yang tidak pernah masak meski sudah berusia enam bulan lebih ini dibiarkan saja tumbuh tanpa harus di pagar karena takut dimakan ayam atau binatang lainnya.

Sebab sejuah ini belum ada hewan atau binatang yang tertarik untuk memakan buah pisang ini. Menurut anak pemiliknya, pisang tersebut akan dibiarkan sampai hilang atau mati sendiri. (eko adiasaputra)
Sumber : Sriwijaya Post

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih



KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih. (Gambar kanan)

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.HD

Sunday, June 26, 2011

PELIK TAPI BENAR : Anjing berjalan dengan dua kaki


Seekor anjing peliharaan di Henan, China cukup unik kerana mampu berjalan tegak dengan menggunakan dua kakinya.

Zhou Guanshun pemilik anjing yang berusia 18 bulan itu, mengajar anjingnya untuk berjalan dengan dua kakinya. Dia mengajar anjing itu berjalan dengan memegang dua kaki depannya. Lu Lu baru berusia 18 bulan.

Kata Zhou "Lu Lu diberikan kepada saya oleh seorang teman dan saya sangat sayangkan dia .Dia mula belajar dengan dua kakinya ketika usianya baru empat bulan. Sejak itu dia berjalan seperti manusia. “

Zhou seorang pesara guru, mengatakan anjing peliharaannya ketika ini lebih senang berjalan menggunakan dua kaki belakangnya.

Setiap pagi, Zhou mengajak Lulu berjalan di Century Square, Zhumadian, Henan. Di tempat itu Lu Lu menjadi selebriti dan ramai orang yang menyayanginya serta memberikannya makanan .
Catatan indah.com 26 Jun

JOM RILEX: Tengok gambar perkahwinan haiwan

Dah tempah baju kuning. Kalau belum cepat. Jom kita sokong BERSIH. Kita tonyoh yang kotor biar jadi bersih total. Kalau kena tangkap ramai2 masuk lokap. Tak per.

Jom rehat otak. Kita ke majlis perkahwinan haiwan.







DITEMBAK 150 PELURU, TAPI MASIH HIDUP


X-RAY menunjukan  luka mengerikan pada badan Clarke 

Joe Clarke 33 telah terkena tembakan dalam satu serangan , tetapi masih hidup . Malangnya para doktor tidak boleh mengeluarkan pelet-pelet (peluru senapang angin) dari dalam badannya kerana pelet-pelet itu tertanam dalam organ-organ penting. Para doktor menganggarkan Clarke akan amti paling lambat 25 tahun lagi.

Kejadian ini berlaku pada Disember 2007. Ketika Clarke membuka pintu rumahnya di Fairways, Consett, County Durham, dua orang bersenjata senapang terus menembaknya dengan ratusan peluru.

Ratusan peluru menembus punggung, kepala dan leher Clarke. Namun dia masih boleh menyelamatkan diri. Nasib baik jirannya melarikan dia ke rumah mereka.

Lapan bulan kemudian barulah diketahui sebabnya. Kes penyerangan tersebut terkait rapat dengan hubungan bekas teman wanitanya. Lima lelaki diberitakan terlibat dalam konspirasi pembunuhan Clarke. 

Mereka ialah Paul Railton, 23, Gary Railton 42, Simon Cairns, 20, Neil Spoor , 39, dan Abbie Whitehead ,23. Malang baginya kerana peguam Paul Donoghue berjaya membebaskan mereka dari semua tuduhan. Kes Clarke kini berada di bawah siasatan Suruhanjaya Penyiasatan Bebas.

''Saya telah kehilangan segalanya. Saya diberitahu bahawa semua peluru terkunci dalam tubuhku yang akan memberiku sisa hidup paling lama 25 tahun,'' kata Clarke. '' Setiap hari aku merasa pening yang luar biasa. Aku merasa takut. Kehidupanku kini menjadi neraka sejak peristiwa penembakan tersebut.'' dailytimes
catatan indah.com 26 Jun

Rekod Guinness : Mulut Paling Luas Di Dunia

Rekod Guinness pada 2010 mengistiharkan Francisco Domingo Joaquim, 20 dari Angola, sebagai mulut paling elastik di dunia.

Joaquim Chiquinho, sangat unik kerana mulutnya sangat lebar sehingga boleh memasukkan satu botol minuman soda ke dalam mulutnya.

Lebar mulutnya boleh mencapai 6.69 inci, dengan itu dia dinobatkan sebagai mulut paling elastik di Buku Rekod Dunia Guinness.

Dalam satu pertunjukan yang disiarkan televisyen Itali kelihatan beliau mampu mengeluarkan dan memasukkan sebiji botol minuman soda dari mulutnya sebanyak 14 kali dalam waktu satu minit.

Sebelum ini Chiquinho tidak pernah mengunjungi doktor gigi, tapi doktor gigi mengesahkan bahawa giginya sangat sihat.

Pemuda ini tidak pernah bersekolah, namun begitu dia berharap suatu hari nanti dia dapat bersekolah.
indah.com 26 Jun

Sebelah wajah budak lelaki penuh bulu



DEHUI, China - Seorang budak lelaki membuatkan doktor-doktor bingung kerana sebelah wajahnya yang dipenuhi bulu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelah wajah An Qi, 8, ditumbuhi bulu sejak dia dilahirkan tetapi bulu pada wajahnya itu semakin panjang apabila umurnya meningkat.

An Qi yang menetap di sini, Wilayah Jilin berkata, dia sedih mengenangkan keadaan dirinya yang kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakan sekelas.

Ayahnya, An Fenglin, meninggal dunia ketika An Qi berusia empat tahun manakala ibunya, Fan Chunfeng pula diserang sakit mental.
Dia kini tinggal bersama datuk dan neneknya.

Namun, nasib kanak-kanak malang itu bakal berubah tidak lama lagi selepas sebuah hospital tempatan menawarkan pembedahan percuma untuk membuang rambut lebat yang memenuhi sebelah wajahnya. - Agensi

Saturday, June 25, 2011

KERANA MABUK, DIA DIPERKOSA 15 LELAKI

GAMBAR HIASAN
Kerana mabuk, seorang wanita muda diperkosa 15 lelaki, setelah dia meneguk bir yang dicampur ketamin. Lapor Shanghai Daily.

10 dari 15 lelaki yang memperkosa wanita itu telah ditangkap Selasa lalu dan lima lagi masih diburu. Kejadian ini berlaku di wilayah Bobai County, wilayah Guangxi Zhuang Autonomous Region, China.

Seorang tertuduh yang memiliki nama belakang Huang adalah teman lelaki wanita itu ( Tian ). Identiti keduanya dirahsiakan.

Pada 16 Jun lalu Tian mengunjungi rumah Huang dan tertidur di sana. Suatu malam pada 19 Jun , keduanya pergi ke bar berdekatan bersama beberapa teman Huang. Mereka menaruh beberapa butir ketamin ke dalam bir dan membuatkan Tian tidak sedar diri. Huang dan temannya kemudian dibawa ke van lalu memperkosanya.
catatan indah.com 25 Jun

PEREMPUAN CANTIK BUKA BAJU UNTUK CARI SUAMI


Beberapa orang wanita cantik yang berpendidikan membuka baju mereka dan hanya tinggal pakaian dalam demi mencari suami yang mereka idamkan. Demikian dilaporkan Stomp, Rabu 15 Jun

Lapan perempuan yang berasal dari Kanton, China, ini berkumpul di stesyen kereta api Xiao Bei Lu, menari, dan membuang baju demi mencari suami.

Mereka berusia dalam lingkungan 25-35 tahun, seksi, dan berpendidikan. Oleh kerana sukar mencari suami maka mereka rela membuang pakaian untuk mendapatkan suami yang mereka idamkan . 

mereka memasang tanda di tubuh mereka berbunyi, ‘para perempuan cantik ini mencari lelaki berusia 31-36 tahun, dengan tinggi minimam 170 sentimeter, dan berpendidikan’.

"Saya tidak tahu adakah ini merupakan tindakan inovatif untuk tindakan putus asa meski saya tidak mengeluhkannya," demikian kata seorang saksi.
indah.com 25 Jun

PELAJAR KETAGIH SEKS DITANGKAP DALAM TANDAS


AMPANG: Akibat ketagih seks, dua pelajar sebuah sekolah di Ampang di sini sanggup ponteng bagi melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam tandas sebuah restoran di Taman Melawati sejak Mac sebelum rahsia mereka terbongkar, Selasa lalu. Gambar fail

Difahamkan, pasangan terbabit masing-masing pelajar tingkatan tiga dan empat sering ponteng sekolah dan menjadikan restoran berkenaan sebagai tempat melepak bersama rakan lain sebelum bertukar kepada adegan panas dalam tandas.

Kejadian itu hanya diketahui guru mereka apabila pelajar perempuan berusia 15 tahun itu menceritakan perbuatan terkutuk mereka kepada guru berkenaan selepas didesak beberapa kali.

Malah, pelajar terbabit kini dalam ketakutan selepas diugut pasangannya untuk mendedahkan hubungan seks mereka kepada ibu bapanya dan rakan jika dia enggan menyerahkan wang sebanyak RM150 bagi menyimpan rahsia mereka.

Sumber berkata, guru itu yang prihatin dengan masalah dihadapi pelajarnya mendekati pelajar perempuan berkenaan ketika kelas bengkel jahitan kira-kira jam 9 pagi Selasa lalu untuk bertanya kenapa dia kerap ponteng. -HM

Pukul Kepada Isteri Dengan Anjing


pudel

Sao Paulo – Akibat terlalu cemburu seorang suami mengangkat anjing pudel peliharaannya, lalu memukul kepala isterinya. Akibatnya anjing keluarga itu mati, sedangkan si isteri tidak mengalami apa-apa kecederaan .

Pada Khamis 23 Jun laman cbsnews.com, melaporkan, Inspektur Thais Norah Sartori Postiglione menyatakan, lelaki yang tidak disebutkan namanya itu mencurigai isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain. Ketika pertengkaran terjadi, lelaki itu mengangkat anjing dan menghentam ke kepala isterinya dua kali.

Anjing seberat 2 kilogram itu mati tiba-tiba. Manakala si isteri, Carla de Camargo Oliveira, hanya mengalami cedera ringan.

Oleh kerana perbuatan itu tidak mencederakan isteri, lelaki itu tidak dihukum, meskipun ada desakan agar si suami dihukum dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan.
indah.com 25 Jun

Pendakwaan trio T satu konspirasi?

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada prosiding kes melibatkan trio Umno Datuk T di Mahkamah Majistret yang sudah tertangguh hampir tiga bulan, tetapi dapat diselesaikan semalam sebahagian daripada konspirasi bersama Peguam Negara dan pihak polis.

“Apa yang berlaku di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur (semalam) dalam kes (trio Umno) Datuk T trio dan seks video Sri Carcosa merupakan salah guna proses mahkamah, menyebabkan proses kehakiman negara menjadi bahan ketawa.

“Misalnya, terdapat satu testimoni seorang pakar bahawa orang lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” selar Kit Siang, sambil menyoal kredibiliti testimoni pakar tersebut apabila ia tidak dicabar oleh sebarang kenyataan oleh para pakar yang lain.

“Ini menyebabkan testimoni tersebut menjadi akuan satu belah yang tidak lebih daripada khabar cakap,” tambah beliau.

Semalam, trio Umno atau Datuk T mengaku bersalah mengedarkan video lucah dan masing-masing didenda antara RM3,000 hingga RM1,000 setiap seorang.
Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000; Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.

Namun, bagi Kit Siang, apa yang melucukan pada prosiding di Mahkamah Majistret pagi semalam ialah cara Datuk T menjustifikasikan jenayah mereka kononnya demi kepentingan negara.

“Apa yang boleh lebih penting untuk negara selain memperjuangkan pembasmian rasuah, terutamanya budaya rasuah semasa pemimpin negara apabila Indeks Rasuah Ketelusan Antarabangsa (Transparency International) menunjukkan kejatuhan teruk dari tangga 23 di 1995 ke 56 dalam masa 11 tahun,” bidas Kit Siang.

Bahkan, kata beliau, trio Umno itu dilayan seperti VVIP, dan dibenarkan untuk meninggalkan mahkamah tanpa membayar duit denda yang dikenakan.

Kit Siang, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, turut menyoal Peguam Negara sama ada beliau bersetuju bahawa ia adalah relevan untuk mengurangkan hukuman terhadap sesiapa saja, sama ada mencuri dokumen atau melanggar Akta Rahsia Rasmi, sekitanya jenayah itu dilakukan dengan tujuan murni seperti mendedahkan rasuah besar melibatkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan.

“Soalan yang saya hendak ajukan ialah sama ada Peguam Negara dan polis adalah sebahagian daripada konspirasi dalam salah guna kuasa proses mahkamah trio Datuk T yang menyebabkan kelewatan tiga bulan dalam mendakwa mereka supaya kononnya ‘testimoni pakar’ dapat disiapkan dan dilaporkan ke mahkamah untuk menuduh bahawa orang di dalam seks video Carcosa ialah Anwar,” soal Kit Siang.

Jika ya, beliau berkata kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harus menjelaskan mengapa mereka kompromi dalam kebebasan, profesionalisme dan integriti pejabat mereka dengan melibatkan diri dalam permainan politik trio Umno Datuk T dan ketua-ketua mereka dalam Umno.harakahdaily