Thursday, March 31, 2011

BN akan hilang banyak kerusi di Sarawak: Tun Daim

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) akan kekal di Sarawak dengan majority selesa tetapi dijangka akan hilang banyak kerusi.

“Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang,” kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini.

Pada tahun 2007, Tun Daim pernah meramalkan yang tiga negeri baru iaitu Kedah, Selangor dan Penang akan dikuasai pembangkang . Ramalan itu ternyata benar. Dalam PRU 2008 ,5 negeri dikuasai pembangkang (termasuk Perak dan Kelantan ). BN juga kehilangan majority 2/3. Adakah ramalan kali ini akan menjadi kenyataan? 

Pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 akan diadakan pada 16 April ini, manakala penamaan calon pada 6 April. Tempoh berkempen adalah antara masa itu.

Tun Daim pernah meramalkan pada minggu lalu bahawa BN akan mencatatkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan tahun ini, tetapi pastinya tidak lebih buruk berbanding PRU 12.

Hari ini, Tun Daim menyatakan persetujuannya andai Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri nanti. Ini adalah langkah yang baik kerana tiada pemimpin yang harus berada dalam tampok kekuasaan begitu lama.

Katanya lagi “Anda lihat apa yang berlaku ke atas Mubarak, apa yang berlaku di Tunisia. Dia mesti tahu bila….. (harus pergi),” “Jangan kata anda tidak boleh temui seorang pengganti. Itu bukan kesnya,” kata beliau lagi.
Untuk mencari pengganti bukan kerja Taib. Malah, kata beliau lagi mencari pengganti patut diserahkan kepada parti. 

Ketua Menteri Sarawak, pada 26 Mac baru-baru ini, mengumumkan akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri Sarawak. Bagaimanapun pembangkang tidak percaya Taib yang memerintah 30 tahun itu akan mengotakan kata-katanya .

Dalam kempen pilihan raya nanti Pakatan Rakyat dijangka memfokuskan kepada soal rasuah dan dakwaan salah guna kuasa yang dipercayai boleh menjejaskan sokongan kepada BN di kawasan-kawasan bandar khasnya pengundi Cina. Sambung Tun lagi.

Mari kita doakan semoga tsunami pembangkang nanti lebih dahsyat dari tsunami Jepun. Mampukah gempanya melebihi 10 magnitud.

Pelakon Cico mungkin sertai PAS

Nampaknya Bob Lokman mungkin akan mengajak lebih ramai rakan-rakan artisnya untuk menyertai PAS selepas ini. Gambar diperolehi daripada [Bloglispolitik] Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)

copy dari blog milo suam.kira halal ya. Pasai shoq lebih,  tu yang copy & paste

source: http://milosuam.blogspot.com/ 

Terjumpa Satu Facebook Celaka

Jalan-jalan cari ilmu petang ni sambil lawat blog-blog, juga Facebook. Tiba-tiba termasuk satu blog sahabat dari negara jiran. Tengok dia marah betul dengan satu laman so sial Facebook seorang celaka. Memang laman so sial.
Tuan punya Facebook ini beragama Kristian. Dia mungkin seorang lelaki, gambarnya saja perempuan. Dia memang seorang yang sangat kurang ajar. Sebelum ni belum jumpa seorang pun yang menghina Rasulullah SAW hingga ketahap gaban. Kalau tahu siapa orangnya, dia patut dipancung.


Di atas adalah antara petikan dari laman so sial itu.Klik untuk nampak lebih jelas.

Muslimah Pertama Finalis Miss Universe

Seorang model muslimah yang bernama Shanna Bukhari, 24 yang kini menetap di Rochdale, Manchester dikecam hebat kerana dia akan mewakili England dalam finalis Miss Universe. Beliau adalah muslimah pertama yang mewakili negaranya dalam pertandingan itu. 

Shanna adalah model sepenuh masa setelah selesai kuliahnya. Beliau adalah mahasiswa sastera Inggeris. Dia dilahirkan di Blackburn. Keluarganya masih di Pakistan.

Dia berjaya menjadi finalis Miss British setelah memenangi Miss Universe Asiana iaitu satu pertandingan kecantikan untuk gadis-gadis Asia yang tinggal di Endland. Ia dan 59 gadis lainnya akan bertanding pada malam final di Birmingham pada bulan Mei 2011 akan datang.

“Saya ingin gadis-gadis lain dari komuniti muslim merasakannya, mereka dapat melakukan ini. Keluarga saya, teman- teman saya menyokong saya, termasuk mereka yang mengenakan jilbab “. kata Shanna seperti dilaporkan The Sun. Shanna juga tidak ambil kesah dengan sesi bikini yang secara tradisionalnya  menjadi sebahagian dari pertandingan Miss Universe.

Dia mengatakan impiannya adalah mendapatkan mahkota Miss Universe tetapi ramai orang yang mengkritiknya. "kamu bukanlah seorang Muslim kerana kamu melakukan hal ini". Demikian bunyi suara sumbang yang mengkritik beliau. Alasan pengkritik adalah kerana Shanna akan berpakaian renang dalam pertandingan itu.

Salah seorang penentangnya ialah Mohamed Shafiq yang berasal dari Yayasan Ramadhan . Katanya "Dalam Islam sangat jelas bahawa wanita wajib berpakaian sopan(menutup aurat) dan kami tak yakin bahwa memperagakan diri anda dalam bikini adalah keputusan yang tepat “

Kata Shanna “Tiga pemuda menulis di Facebook bahawa mereka tidak akan menyokong saya karena saya berbuat dosa. Mereka berkata saya akan membusuk di neraka, Tapi inilah keinginan saya. Ini bukan tentang penampilan,”

Shanna berkata ramai orang menyokongnya, termasuk keluarganya di Pakistan. Dia juga mengatakan tidak akan mengenakan biniki tetapi pakaian renang one-piece serta sarung.

Pemenang Miss British berhak untuk mewakili negaranya di Pertandingan Miss Universe yang akan berlangsung di Sao Paulo, Brazil, pada 12 September 2011.

Wednesday, March 30, 2011

Banjir di Selatan Thai Makin Teruk

 BANGKOK — Banjir di selatan Thailand mengorbankan 11 orang dan ribuan mangsa telantar di penempatan banjir. Mangsa korban dibawa air pasang atau terkubur dalam lumpur ketika banjir merempuh rumah-rumah dan kawasan perdagangan yang menampung sekitar satu juta orang. Ombak dikatakan setinggi 3 meter. 

Kuasa eletrik terputus di beberapa daerah, jalanraya juga terputus, kereta api, dan lebuhraya ke wilayah selatan telah ditutup.

Ribuan orang terkandas di pulau pelancungan Koh Samui dan Koh Tao di Teluk Thailand akibat pelayaran feri dibatalkan karena cuaca buruk.

Wakil Perdana Menteri Suthep Thaugsuban mengatakan, pemerintah telah menghantar kapal induk untuk menyelamatkan sekitar 1.000 orang yang tersadai di pulau Koh Tao.

"Ada sekitar satu juta orang terkena musibah ini di beberapa wilayah. Pada awalnya kami fikir banjir akan berlangsung satu atau dua hari, tapi sekarang sudah seminggu," katanya.

Penerbangan nasional Bangkok Airways membatalkan penerbangan selama dua hari berturut-turut mengakibatkan 2.000 orang, sebahagian besarnya pelancung terdampar di pulau Samui. Lebih kurang 800 penumpang pula menunggu di Bangkok untuk melakukan perjalanan ke pulau.

Lebih dari 50 penerbangan dibatalkan pada hari Isnin dan Selasa kerana cuaca buruk dan tiada eletrik di Bandar Samui

Banjir, yang melanda Thailand selatan seminggu lalu, mengorbanan tujuh orang di Wilayah Nakhon Si Thammarat, tiga orang di sepanjang pantai di Surat Thani, dan seorang di wilayah Phatthalung.

Secara keseluruhan, 80 daerah di lapan wilayah telah diwartakan sebagai daerah bencana.

Banjir dahsyat yang melanda Thailand akhir tahun lalu mengorbankan lebih dari 220 orang, kerosakkan rumah-rumah atau mata pencarian sekitar 8.6 juta orang di 51 dari 76 wilayah kerajaan.

kematian 3 pelatih Pulapol akibat Adeno

 PUTRAJAYA 30 Mac – Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur meninggal dunia akibat jangkitan virus Adeno. 

Mangsa ketiga itu ialah Mohamad Siman, 23 berasal dari Bagan Datok, Perak. Beliau meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam tadi. Beliau dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Mac lalu, dan meninggal akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi.

Tiong Lai berkata "Mangsa ialah kes yang awal dan bukan kes terbaru. Kes terakhir yang dikesan ialah pada 19 Mac lepas,”

Gadis 12 tahun melahirkan anak

lakaran hiasan
Groningen - Seorang pelajar perempuan dari Groningen, Belanda utara yang berumur 12 tahun melahirkan seorang bayi perempuan minggu lalu ketika dia dan kawan-kawannya sedang mengikuti school trip.

Dia tidak tahu yang ia hamil, begitu juga ibu bapanya, kerana tidak ada tanda-tanda luaran yang ia sedang hamil. Tidak diketahui berapa usia kehamilan remaja itu tatkala dia melahirkan bayinya.

Semasa dalam perjalanan ke satu destinasi bersama kawan sekelasnya dia mengadu sakit dan kejang perut. Seorang superviser segera memanggil ambulan. Jururawat mendapati gadis itu segera akan bersalin. Mereka membawanya ke bangunan berhampiran dan gadis itu melahirkan bayinya di sana.

Gadis itu dirawat dirumah sakit Groningen. Dia dan bayinya berada dalam keadaan sihat.

Tarian Poco-Poco Haram?

IPOH – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengharamkan Tarian poco-poco yang selalu dijadikan riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian selain pemujaan roh. Tarian itu sering diamalkan di Jamaica dan didapati bercirikan Kristian.

sapa tak tau pakat dok poco-poco ni
Kata Tan Sri Harussani, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

Tuesday, March 29, 2011

Anwar dijulang bagaikan wira


Terima kasih pada ‘hero malaya’ Datuk Johari Abdul yang jujur, tulus mulus berani tampil mempertahankan bahawa ‘Anwar bukan orangnya dalam video sex yang popular seminggu lalu. Video yang beritanya hit sedunia itu menjadikan Anwar semakan popular. Silap besar la producernya . Memang silap besar. Perancangan yang kantoi.

Malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disambut bagaikan wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri berpuluh ribu penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Yang uniknya hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Abdul Hadi Awang , Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Anwar menyifatkan dakwaan terhadapnya dan isu-isu baru itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Beliau meminta penyokongnya menumpukan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata-kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Dalam ceramah di Stadium Melawati, Shah Alam itu, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik menjadi sasaran serangan balas Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi. Beliau mahu usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud selama 30 tahun itu dilipatgandakan. Pilihanraya negeri itu akan diadakan pada 16 April depan.

Dalam kaji selidik blogger berkenaan “liwat 11’ bebaru ini, lebih kurang 70% tidak percaya yang Anwar melakukannya. Yang percaya pun hanya orang umno. Tetapi apabila muncul video porno ini menjadikan 110% orang tidak percaya lagi dengan umno. Bahkan ramai orang yang maki hamun terhadap producer itu. Rakyat juga heran mengapa polis lambat menyelesaikan isu ini. Menjadikannya 150% orang kata bahawa liwat itu tidak pernah berlaku.

Dalam ceramah sebelumnya Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama membincangkan isu berkenaan.

Tambahnya lagi "Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu " .

anjing menangis bertemu tuannya

 BOSTON — Seekor anjing Dachshund, yang diberi nama Lola, yang berumur satu tahun selamat dari kebakaran sebuah apartment milik tuannya di Boston. Ia bertahan hidup selama sebulan dalam runtuhan itu dengan meminum air dan makan sisa makanan. 

Kebakaran itu berlaku pada 23 Februari lalu, menyebabkan tuannya Terisa Acevedo, 24 terpaksa menumpang di rumah keluarganya.

Minggu lalu, Terisa kembali ke bekas apartment karena pemilik apartment memintanya mematikan alarm keretanya yang terletak di tepi jalan. Ketika itu dia mendengar suara dari bekas runtuhan rumahnya. Dia mengangkat runtuhan yang menutupi pintu, dan menemukan Lola.

Menurut Teresa, anjing itu melompat ke pelukannya dan menangis Doktor haiwan di situ mengharapkan anjing itu cepat pulih.

Siasat lagi 18 video sex

KEPALA BATAS - Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang meminta polis menyiasat kenyataan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali   mengenai pengakuan beliau bahawa terdapat 18 rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Setiausaha Keris, Azman Hasan menegaskan, kenyataan Ummi Hafilda baru-baru ini perlu dipandang serius dan ahli perniagaan itu harus mendedahkan video yang dimaksudkan itu.

Menurut beliau, kenyataan Ummi Hafilda itu telah mencetuskan pelbagai spekulasi yang meresahkan pemikiran rakyat yang mahukan kebenaran di sebalik dakwaan beliau membabitkan pemimpin itu.

"Ummi Hafilda perlu tampil bagi mendedahkan kesemua video berkenaan demi kebenaran.

"Kita harap pendedahan itu bukan sekadar cakap-cakap kosong. Ummi Hafilda kena buktikan bahawa video itu benar-benar wujud," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

kosmo
Ya jika ternyata palsu diharap polis segera ambil tindakan.

Monday, March 28, 2011

Ramai Perempuan Suka Ayah Pin


KUALA LUMPUR 18 Mac - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.

Pengarah Kebangsaan JMM, Noorizawati Ahmad Zulkifli (gambar) berkata, jika Nik Abdul Aziz betul-betul berpolitik berpandukan agama, sudah pasti beliau mahukan kebenaran tanpa mengira kesan atau akibat politik yang akan timbul daripada penyerahan sampel DNA Anwar.

''Jika Nik Abdul Aziz enggan mendesak Anwar, maka ternyata beliau tidak berpandukan agama apabila sesuatu perkara itu tidak memberi keuntungan politik kepadanya.

''Maka tidak salah jika rakyat Malaysia menganggap Nik Abdul Aziz sama taraf dengan Ayah Pin.

''Satu (Nik Aziz), guna agama untuk nafsu politik dan satu lagi (Ayah Pin) untuk nafsu seks,'' katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari.

Petikan ; pemuda pas wangsa maju

Jepun Dilanda Gempa Lagi

Keadaan di Minami Sanriku selepas gempa 11 Mac lalu
 Tokyo, 28 MAC: Gempa bumi kuat berukuran 6.1  skala richter  berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun.

Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah.

Gempa kuat itu   mengguncang wilayah pesisir pantai   Miyagitimur laut Jepun yaitu berhampiran terjadinya gempa pada 11 Mac lalu. Gempa ini  mengkibatkan  terjadinya tsunami kecil.Gempa terjadi pada pukul 07.24 waktu setempat. 90 minit kemudian dikeluarkan amaran berlaku tsunami. CNN melaporkan tsunami kecil telah mencapai pantai. Amaran tsunami ditarik balik pada jam 09.05 pagi waktu setempat.

Badan Survey Geologi AS (USGS) sebelumnya mengatakan, gempa itu berskala richter 6.5, tetapi kemudian mengistiharkan   kekuatannya hanya  6.1 skala richter. Pusat gempa terletak sekitar 112 kilometer di timur Sendai, di kedalaman 17 kilometer.

Sunday, March 27, 2011

Artis paling seksi Malaysia


 2000 pembaca telah menyahut cabaran ke atas kajian yang dibuat oleh Mymetro untuk mengundi artis paling seksi Malaysia. Kajian ini bermula 7 Mac lalu melibatkan 29 selebriti negara.

Pelakon kontraversi Pasha Sandra dan Pelakon jelita Rozita Cik Wan mendapat undi paling tinggi untuk gelaran ‘artis paling seksi’.

Mana lebih bangga ? Artis paling seksi atau artis bertudung ? Tuan-tuan  pilih yang mana ? Seksi ? hadoiiii.





Anang Hermansyah Nyanyi Untuk Kris

 JAKARTA — Mantan suami Kris Dayanti, vokalis, pencipta lagu, juga produser Anang Hermansyah telah menunaikan janjinya untuk menghadiri undangan resepsi pernikahan mantan isterinya dengan pengusaha asal Dili, Timor Leste, Raul Lemos. Anang tiba di Grand Ballroom, Hotel Mulia, Jakarta Pusat, pada jam 08.10 waktu Indonesia pada hari Jumaat 25.03.11

Anang datang bersama rakan duetnya Ashanty Siddik dengan memakai baju kemeja dan jas coklat beserta seluar panjang hitam. 

Di resepsi itu juga Anang telah bertemu Raul, iaitu suami baru Kris. Tiada sengketa antara mereka. Di situ Anang berpadu suara dengan Ashanty menyanyikan lagu untuk Kris, membuatkan suasana jadi pilu. Anak-anak mereka turut sama menyanyi.

Saturday, March 26, 2011

Elizabeth Taylor mahu dikebumikan berdekatan Michael Jackson

 LOS ANGELES — Artis bermata violet, iaitu bintang lagenda Elizabeth Taylor ingin jasadnya disemadikan berdekatan sahabat karibnya ‘King of pop’ Michael Jackson di The Forst Lawn Cemetery, Glendale, California. Dua tahun sebelum kematiannya dia berpesan begitu kepada sahabat karibnya. Katanya "Saya merasakan kedamaian di sana, yang belum pernah saya rasakan sebelum  ini."

Rancangan  mengenai pengkebumiannya hingga kini belum ada kepastian. Pihak keluarganya belum menyatakan secara rasmi di mana dan bila artis itu akan dikebumikan.

Ada yang melaporkan bahwa Taylor akan dikebumikan bersebelahan dengan kubur orang tuanya, Francis dan Sara, di Pierce Brothers Westwood Village Memorial Park Cemetery, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Perkuburan itu khabarnya berdekatan dengan lokasi kubur bintang-bintang legenda seperti Marilyn Monroe, Natalie Wood, Roy Orbison, Farrah Fawcett, Dean Martin, Merv Griffin, dan Truman Capote.

Semasa pengkebumian Jackson, Taylor tidak dapat menghadirinya karena keadaan kesihatan yang tidak membolehkannya.

Yusri KRU pakar ketulinan video ?

KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang.

Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T.

Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar.

"Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka).

"Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan)," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu.

"Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan. kosmo

ceramah jangan,video lucah ok

Apa saja anjuran ceramah Keadilan, Pas atau DAP akan diganggu polis. Buatlah di mana saja, pasti polis akan datang menghentikan majlis. Heran ya.

Ceramah yang dianjurkan oleh Keadilan pada 25 Mac di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam tadi juga menerima nasib yang sama. Ceramah yang pada mulanya dijadualkan jam 9 malam, terpaksa di tunda ke pukul 10. Apa ke jadahnya.

Polis hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit saja. Ini menyebabkan
pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Majlis menjadi ceria dan gamat apabila DS Anwar muncul di pentas.
Anwar hanya diberi masa 15 minit saja untuk berucap. Selepas itu pembesar suara dimatikan dan polis mengheret beliau turun dari pentas. Ini membuatkan hadirin menjadi marah. Pada jam 11.30 malam polis menyerbu orang ramai. Majlis yang asalnya aman menjadi huru hara.

Sehingga berita ini ditulis jam 11.45 malam tadi, suasana masih kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.

Kempen itu khabarnya dinamakan ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.

Guest
salam. i was there. tak sepatutnya satu ketumbukan polis termasuk FRU membuat kepungan empat penjuru terhadap pendengar ceramah. pegawai polis sepatutnya lebih berhemah kerana DS Anwar dah bagi ucapan penutup dan mengarahkan supaya hadirin yg berada di dalam kawasan pusat khidmat MP dan di bawah khemah supaya berdisiplin. 15 minit yg diberikan kepada DS Anwar telah dipatuhi. so, what the heck man.????
BUDAKBOY

Friday, March 25, 2011

Video sex Anwar, kenalan Eskay pecahkan tembelang

Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.

Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Esyak sejak 1996. “Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara.

Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh. Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya./Keadilan Daily

lokasi adegan seks fitnah dsai sudah dikenalpasti polis

KUALA LUMPUR: Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin, berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

"Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega. - Bernama

Chong Wei Mahu Misbun Kembali

 Pemain no 1 dunia yang baru-baru ini mempertahankan kejuaraan All England tetap mahukan Datuk Misbun Sidek tampil melatihnya dalam persiapan menghadapi sukan Olympik London 2012 nanti. Beliau masih menaruh harapan besar agar Misbun kembali bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Katanya, jurulatih amat penting.

“Sekarang tinggal setahun setengah sebelum Sukan Olimpik bermula, bukan jangka masa yang lama. Memang saya masih mengharapkan Misbun kembali dan melatih saya tapi biarlah ia berlaku secepat mungkin. Saya ada dengar berita yang mengatakan dia akan membuat keputusan 1 April ini dan saya harap semua berakhir pada tarikh itu,” kata Chong Wei.

Walaupun begitu , Chong Wei tidak pernah mendesak Misbun untuk membuat keputusan kerana berasakan kemungkinan masalah yang dihadapi Misbun belum selesai.

“Saya masih harapkan Misbun terus melatih saya hingga Olimpik London. Tapi jika beliau tidak mahu kembali, saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya tetap perlu fokus dan menjalani latihan.”

“Bulan Ogos depan ada Kejohanan Dunia, satu lagi sasaran yang perlu saya penuhi. Saya tidak boleh berhenti berlatih jika beliau tiada sekalipun."

Rahim dan Shazryl Ke Bukit Aman

Gambar Rahim dan Shazryl ketika sidang media mengenai klip video aksi seks
                          
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah memberi keterangan di Bukit Aman semalam. Mereka menyerahkan dua bahan bukti kepada polis. Mereka berdua masuk ke Bukit Aman kira-kira jam 5 petang dan keluar lima jam kemudian. Bahan bukti itu ialah jam tangan Omega dan satu video lucah yang sebelum ini didakwa pelakunnya sebagai Anwar Ibrahim.

Penyiasatan ini dijalankan atas aduan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan satu fitnah yang menggemparkan negara pada Isnin lalu.

Seorang lagi trio Datuk T iaitu Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim tidak hadir bersama memberi keterangan kerana tidak sihat.

Khabarnya Rahim dan Shazryl memberi kerjasama baik sepanjang proses diambil keterangan mereka.

Rahim dan Shazryl difahamkan menyerahkan beberapa bukti sokongan lain yang ada kaitan dengan video lucah yang didakwa pelakunnya mirip seorang pemimpin pembangkang.

Thursday, March 24, 2011

Isteri Minta Cerai Sebab Mahu Bertanding Lawan Suami

 GUATEMALA CITY - Isteri Presiden Guatemala memfailkan permohonan cerai   bagi membolehkan beliau bertanding dan menggantikan suaminya sebagai presiden negara itu.Perkahwinan mereka baru mencecah lapan tahun.

Menurut mahkamah proses penceraian antara Sandra Torres de Colom dan suaminya, Presiden Alvaro Colom dimulakan kelmarin.

Mengikut perlembagaan negara itu   ahli keluarga seorang presiden  tidak boleh bertanding untuk jawatan tertinggi itu.

  Torres mengumumkan awal bulan lalu beliau akan bertanding sebagai calon presiden menerusi parti pemerintah pada pilihan raya, September depan.

Bunyi cukup hebat.Mesti president tu lembab, atau pun takut bini. Apa pandangan tuan-tuan?

Datuk Najib, Rosmah, Musa Hasan dan Ezam ditawar sebagai saksi liwat 11

Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor , Tan Sri Musa Hasan dan Ezam Mohd Nor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada barisan pembelaan dalam bicara kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi pada perbicaraan hari ini juga menolak permohonan pembelaan bagi hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusan yang dibuatnya semalam.

Katanya, tiada asas untuk berbuat demikian setelah meneliti hujahan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

Dua saksi dipanggil semula bagi membolehkan tiga barangan yang sebelum ini dipertikaikan diterima sebagai bukti. Barangan berkenaan - sebuah botol air minuman berjenama Cactus, tuala 'Good Morning' dan sebatang berus gigi berwarna putih. Semua barangan ini diperolehi daripada sel Anwar selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Dua saksi berkenaan - ahli kimia Nor Aidora Saedon dan bekas ketua Penyiasat Lokasi Jenayah, Supt (Rtd) Amidon Anan -terbabit mengendalikan barangan berkenaan.

Nor Aidora sebelum ini pada keterangannya berkata DNA yang diperolehi daripada barangan tersebut adalah daripada 'Lelaki Y”.
Mohd Yusof kemudian memohon dua minggu bagi pihaknya mengemukakan hujah. Peguambela Karpal Singh pula meminta tiga minggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga 18 April ini bagi membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan.

sumber malaysiakini

Pembangunan Semula Jepun 25 Trillion Yen


Tafsiran pembangunan semula infrastruktur Jepun akibat gempa bumi berskala richter 8.9 ialah 25 trillion Yen ( 309 billion US dollar) Pembangunan semula ini termasuk kemusnahan harta benda, harta awam, rumah. Demikian  laporan dari AFP dan AP.

Kerusakan akibat gempa dan tsunami yang terjadi pada 11 Mac adalah yang terburuk sejak perang dunia kedua. Jumlah kematian kini mencapai 9,079 dan 12,645 orang hilang.

Pemerintah Jepun menyatakan kerusakkan infrastruktur dan reaktor nuklear Fukushima Daiichi akan melambatkan pemulihan ekonomi Jepun.

Sebelum terjadi gempa bumi, Jepun sedang bergelut dengan krisis ekonomi. Kini ekonominya dijangka akan terus merudum..

Wednesday, March 23, 2011

Memang Dia Bukan Anwar

KENYATAAN AKHBAR : oleh Dato' Johari Abdul

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

Mizz Nina dan Noh Hujan Akan Diijabkabul Pada 1 Julai

 Mizz Nina,32 dan Noh, 27 vokalis kumpulam Hujan yang telah mengikat tali pertunangan pada 6 November tahun lalu dijangka akan diijab kabul pada 1 Julai 2011.

Upacara akad nikah akan dijalankan secara tertutup di rumah keluarganya, hanya untuk keluarga dan sahabat terdekat. Katanya mereka nakkan privasi.

Perkenalan mereka selama dua tahun membuahkan hasil cinta sejati. Diberitakan hubungan mereka menjadi intim apabila Noh terlibat secara langsung dalam pembikinan album Mizz Nina. 

Berdasarkan perbincangan oleh kedua belah pihak pada majlis pertunangan mereka, Nina bakal menerima mas kahwin sebanyak RM888.88 manakala wang hantaran pula lebih RM11,000.

Dia memilih 1 Julai sebagai tarikh keramat kerana tarikh itu berbetulan dengan tarikh ulang tahun kelahirannya .

Dia dikatakan akan membuat tiga resepsi pada tarikh berlainan.

“Dekorasi pada malam 1 Julai itu, pastinya sungguh romantis. Ideanya ialah kita buat jambatan di tengah-tengah kolam renang. Itu sahaja, selebihnya perlu rahsia,” terangnya yang memilih tema klasik berwarna hitam dan putih. Potongan busana adalah dari pereka fesyen keluarganya ‘Lady Jane’

Sementara itu, majlis resepsi secara tertutup bagi golongan VVIP terutama kenalan keluarganya akan diraikan pada  3 Julai di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Mizz Nina memilih Hotel Double Tree by Hilton Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sebagai ruang meraikannya kegembiraan bersama media dan rakan-rakan.

Kehadirannya di pentas persandingan kelak, pasti akan menjadi tatapan golongan korporat. Mungkin inilah sebabnya Mizz Nina sekeluarga memilih untuk mengadakan tiga majlis berlainan lokasi untuk memberi kepuasan kepada jemputan bersama meraikan detik bersejarah itu.

Satu lagi majlis resepsi khas untuk teman-teman artis dan media akan diadakan pada 6 Julai. 

Beberapa artis termasuk artis Indonesia akan dijemput membuat persembahan.

Majlis resepsi ketiga agak unik sikit. Ia menetapkan tema ala Jepun, kerana mereka berdua sangat minat dengan stail Jepun. Katanya , tetamu yang hadir dapat menyaksikan para pengiring wanita memakai kimono manakala pengiring lelaki pula bersut ninja.


Setiap majlis turut memperagakan konsep berlainan. Keluarga memilih untuk mempersiapkan pengantin dengan persalinan busana tradisi melayu.

Sebolehnya tetamu juga harus berhias cantik dengan gaya elegan menggunakan fabrik berwarna ungu.

Seramai lapan jurugambar  dan video daripada produksi Manggis di pilih  turut serta merakamkan memori terindah itu.

Gaya Duduk Kucing Seperti Manusia

 LONDON - Lihat kucing boleh duduk berehat seperti gaya manusia. Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.

 Ramai di  kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.

Rasulullah SAW sangat sukakan kucing. Tambahan lagi manusia sejagat.
Anda bagaimana? Suka kucing?