Thursday, August 31, 2017

Kejinya ! Lelaki tikam dan makan organ dalaman ibunya

31/8/17
Ilustrasi. (Foto: Shutterstock) 
Gambar Hiasan. (Foto: Shutterstock)

MAHARASHTRA - Seorang lelaki di India,  Sunil Kuchakurni (35), ditangkap polis setelah membunuh dan memakan hati ibunya, Yelava Kuchakurni (65). Aksi keji itu dilakukan setelah mangsa menolak memberi wang kepada dia untuk membeli alkohol.

Menurut polis , Suni menikam ibunya dengan pisau dapur hingga mati dan mengeluarkan organ hatinya. Pelaku kemudian memakan organ tersebut dengan lada dan chutney.

Pembunuhan terjadi di rumah mereka di Mahawala Vasant, Kolhapur, Maharashtra, India utara, Isnin lalu. Polis  mengatakan, Sunil merupakan lelaki pengangguran yang kerap mabuk.

Polis  tiba di lokasi kejadian dan menangkap pelaku setelah tetangga melapor. Para tetangga mengaku melihat Sunil berjalan keluar rumah dengan darah menitis dari tangannya sekitar satu jam setelah terdengar teriakan.

Inspektor Sanjay More, dari  Balai Polis  Shahupuri, di Kolhapur mengatakan, pelaku adalah penagih alkohol. ”Dia menganggur dan bertahan hidup dengan wang pencen ibunya,” katanya. ”Dia penagih alkohol dan sering mencuri wang ibunya,” lanjut dia.

Pelaku sejatinya sudah berkeluarga. ”Isteri dan ketiga anaknya pindah ke Mumbai. Ibunya sudah muak dengan dia dan menolak memberinya lebih banyak wang dan kemudian dia membunuhnya,” lanjut Sanjay More, seperti dilansir Mirror, semalam (30/8/2017).

Pelaku ketika ini berada di tahanan untuk dilakukan penyiasatan lebih lanjut. Dia akan diambil sampel darah untuk diuji guna mengesahkan laporan bahwa dia memakan bahagian tubuh ibunya ketika dalam kondisi marah.

”Beberapa bahagian perutnya dan hatinya diekstraksi dan ditemukan di samping tubuh bersama dengan lada dan chutney ketika   polis  sampai di tempat kejadian,” imbuh Sanjay.

”Kami menduga dia sudah makan beberapa organ tapi akan disahkan setelah laporan perubatannya dikembalikan,” imbuh dia.

Norman idam naik pelamin dengan Abby

Berpisah sebagai suami isteri, tetapi kemudian bersama-sama menaiki pelamin - tanpa dendam - dengan masing-masing diiringi pasangan baru.
Ia adalah suatu bayangan yang kedengaran begitu indah sekali, apatah lagi jika orang di atas pelamin itu nanti ialah Norman Hakim dan Abby Abadi.

Bukan, mereka yang pernah diijabkabulkan itu tidaklah bersanding sebagai suami isteri, sebaliknya masing-masing digandingkan dengan pasangan sekarang.
Pada majlis itu nanti Norman akan bersanding dengan isterinya, Memey Suhaiza, manakala Abby dengan suaminya sekarang, Muhammad Faizal Zakaria.
Mungkin tidak pernah dibuat orang, tetapi Norman mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

Kata Norman peluang itu diambil bagi mengumpulkan kesemua anggota keluarga - sesuatu yang Norman tidak pernah ada kesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
“Majlis itu menggambarkan bagaimana kehidupan kami selepas berkahwin dan membawa haluan sendiri. Kami juga akan bersanding bersama anak-anak.
“Majlis itu menjadi satu-satunya acara rasmi yang akan menghimpunkan keluarga besar (saya dan Abby) termasuk anak-anak daripada perkahwinan terdahulu.
“Sebelum ini, kami tidak pernah ada masa untuk berkumpul bersama-sama memandangkan anak-anak semuanya bersekolah asrama,” katanya.

Tak letak harga
Bagaimanapun, untuk yang teruja mendengarnya, sila bersabar. Rancangan Norman itu masih diperingkat perbincangan dan tertakluk kepada persetujuan Abby.

Norman ditemui pada sidang media pengumuman duta Mahligai Impian di Mutiara Damansara, Selangor semalam. Memey turut hadir menyerikan.
Sebenarnya, majlis persandingan anjuran Mahligai Impian Katering Sdn Bhd itu diadakan bagi meraikan ulang tahun keenam perkahwinan Norman dan Memey.
Pada masa sama ia diadakan untuk menguar-uarkan pelantikan Norman dan Memey sebagai duta Mahligai Impian.
Majlis bertemakan Islamic Vintage yang akan diadakan di Selayang, Selangor itu melibatkan jemputan antara 1,000 hingga 2,000 orang.
Selain bersanding majlis kesyukuran sempena khatam al-Quran anak sulung Norman dan Abby, Mohamad Danish Hakim turut diadakan baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta, Norman memberitahu dia dan isterinya enggan meletakkan sebarang harga kepada syarikat katering dan pengurusan majlis perkahwinan itu.

Menurut Norman, sebahagian keuntungan diperoleh akan disalurkan bagi membantu rumah kebajikan anak yatim Pertubuhan Kebajikan Iman & Aman sebagai sumbangan saham akhirat masing-masing.
“Kami tidak meletakkan harga sebab nama pertubuhan amal itu lebih besar. Saya cuma ingin tumpang pahala di situ.
“Kalau lebih, dapatlah saya bayar zakat, tetapi kalau kurang, itulah rezeki saya,” katanya
Malaysiakini 30/8/17

Laporan: Rakyat Thai gelar KL2017 Sukan ‘SEA Menipu’

 | August 30, 2017
Pegawai, atlet, wartawan dan penyokong Thai, melihat KL 2017 kejohanan paling teruk dalam sejarah Sukan SEA dari segi pengurusan dan penganjuran.
thailand-seagames 
PETALING JAYA: Kekalahan Malaysia di tangan Thailand pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA semalam mungkin bukan lagi mengenai kilauan emas untuk kontinjen Thailand dan penyokong mereka, lapor The Bangkok Post.

Rakyat Thai dilaporkan menggelar Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 “SEA Kong”, yang bermaksud “SEA Menipu” dalam bahasa Thai.
Jadi, memenangi acara paling ditonton dalam kejohanan itu, dan mengalahkan Malaysia dengan gol sendiri pula, mendorong sesetengah rakyat Thai mendakwa ia hukum karma.

Menurut akhbar berbahasa Inggers tu, kontinjen Thai tidak percaya tuan rumah memenangi hampir semua acara Sukan SEA “secara adil”.
“Ramai pegawai, atlet, wartawan dan penyokong Thai, melihat KL 2017 kejohanan paling teruk dalam sejarah pengurusan dan penganjuran Sukan SEA.
“Thana Chaiprasit, ketua delegasi Thailand untuk beberapa acara antarabangsa termasuk Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA, berkata pengurusan KL 2017 paling teruk pernah dilihatnya,” kata Bangkok Post.

Akhbar itu memetik Chaiprasit berkata pegawai negara lain juga berpendapat sama tetapi tidak membuat aduan rasmi kepada penganjur kerana usaha itu akan sia-sia memandangkan “tuan rumah hanya mahu menjadi juara keseluruhan”.
Antara dakwaan dibuat oleh kontinjen Thai kepada media tempatan, dan juga kes pengurusan teruk yang membantu Malaysia:
  • Dalam Pencak Silat, seorang atlet Malaysia diumum pemenang selepas dia tercedera dalam perlawanan akhir menentang atlet Thai.
  • Seorang atlet Malaysia menang pingat emas dalam acara jalan kaki wanita selepas dia secara jelas berlari ke garisan penamat di bahagian terakhir perlumbaan itu.
  • Dalam gymnastik, 2 atlet Malaysia diberi pingat emas dalam acara yang sama.
  • Perlawanan akhir Muay Thai pada asalnya dijadualkan pada 3.00 petang tetapi tuan rumah mengubah masa kepada 1.00 pagi.
Laporan itu melaporkan gambar maskot Sukan SEA yang tertera angka 100, selepas Malaysia meraih emas ke-100, dikritik, dicemuh dan disindir hebat di laman web Thai.
“Malaysia patut menang 1 juta pingat emas,” kata seorang penyokong Thai, dan “100 pingat emas Sukan SEA tapi tiada pingat emas Olimpik,” kata seorang lagi, menurut Bangkok Post.

Ini kali kedua dalam sejarah Sukan SEA di mana Malaysia menjadi juara keseluruhan. Kali pertama perkara itu berlaku pada 2001, ketika sukan itu juga diadakan di Kuala Lumpur.

Wednesday, August 30, 2017

Wanita ini bunuh anaknya dengan dilempar 2 kali dari balkoni

30/8/17

 
Swathi Sarkar. ©Central European News
Seorang ibu di India, Swathi Sarkar, tergamak menghabisi nyawa anak kandungnya. Perempuan itu hendak lari usai membunuh anaknya, tetapi berhasil ditahan penduduk setempat dan diikat pada sebatang tiang lampu jalan.

Dilansir dari laman The Sun, Rabu (30/8), peristiwa itu terjadi di daerah JP Nagar, Bangalore, India.
Dia dua kali melempar anaknya, Aishika Sarkar (7), dari tingkat empat rumah flat hingga mati di tempat kejadian .

Menurut keterangan polis , Aishika mengalami kesukaran berbicara dan kerana itu dia ditolak ketika hendak mendaftar sekolah. Mereka menduga Swathi mengalami gangguan jiwa. Dari pengakuan mantan suaminya, Kanchan, Swathi memang kerap tiba-tiba naik pitam tanpa alasan. Namun, meski sudah berpisah, dia kerap menemui anak dan mantan isterinya sebulan sekali buat memberikan wang.

Seorang saksi mengaku mulanya mendengar keributan ketika sedang tertidur sekitar pukul 15.30 waktu setempat. Dia lantas bangun dan berpapasan dengan Swathi sedang menggendong anaknya. Dia terkejut ketika melihat Aishika bersimbah darah dan merintih.

"Saya tanya Swathi 'ada apa?' Dia malah membentak saya dan berlari menuju teras, lalu melempar anaknya dari atas," kata saksi.

Ketika Swathi hendak lari, warga yang melihat kejadian itu langsung mengejar dan berhasil menahannya. Swathi lantas diikat di tiang lampu jalan hingga polis  datang membawanya.

Ketika diperiksa di balai polis , Swathi mengaku dia membunuh lantaran buah hatinya mengidap gangguan jiwa. Dia juga menyatakan hendak bunuh diri usai menghabisi anaknya. 
Sumber:Merdeka.com

Kim Jong Un: Peluru Berpandu Yang Lewati Jepun adalah Permulaan Untuk Guam

30/8/17

Dalam foto yang dirilis kantor berita KCNA pada Minggu (28/5/2017) ini terlihat pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyaksikan peluncuran roket anti-serangan udara terbarunya. Pada Selasa (29/8/2017), ia juga menyaksikan penembakan rudal balistik yang terbang menuju Jepang.
Dalam foto yang dirilis kantor berita KCNA pada Ahad(28/5/2017) ini terlihat pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyaksikan pelancaran roket anti-serangan udara terbarunya. Pada Selasa (29/8/2017), ia juga menyaksikan penembakan rudal balistik yang terbang menuju Jepun.(STR / KCNA VIA KNS / AFP)
PYONGYANG   - Pemimpin tertinggi Korea Utara , Kim Jong Un, mengatakan, pengujian misil yang melewati pulau Hokkaido, Jepun utara, Selasa (29/8/2017), merupakan langkah pertama untuk mencapai Guam.
Kim Jong Un  mengajurkan untuk menembakkan lebih banyak peluru kawalan ( rudal) lagi ke Samudera Pasifik setelah tembakan pertama yang melewati udara Jepun itu.

Harian The Independent, Rabu (30/8/2017), melaporkan,  Kim Jong Un menyebutkan,  uji cuba rudal terbaru di atas Jepun merupakan "satu permulaan yang berarti untuk mengendalikan Guam" .

Pemimpin muda Korea Utara itu juga mengatakan bahwa negaranya harus melakukan lebih banyak ujian rudal ke Samudra Pasifik. Itulah sikap perlawanan negaranya terhadap setiap ancaman.
Pernyataan Kim Jong Un itu disampaikan pada saat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan satu pertemuan darurat untuk merespons ancaman nuklir dan rudal Korea Utara.

Jepun dalam status siaga tinggi setelah Korea Utara menembakkan rudal balistik melalui udara Hokkaido, Jepun utara, yang membuat Dewan Keamanan PBB langsung mengadakan pertemuan darurat.
Rudal balistik Korea Utara itu melesat ke Jepun pada ketika Tentera AS dan Korea Selatan   dan beberapa negara Pasifik sedang mengadakan latihan tentera gabungan tahunan di perairan Korsea Selatan

Latihan gabungan AS dan Korea Selatan itu secara berkala dikecam Pyongyang sebagai usaha atau persiapan untuk menginvansi Korea Utara sehingga negara komunis itu terus melakukan penentangan.

Kim Jong Un dilaporkan ikut hadir untuk memantau proses uji cuba rudal yang melesat di atas udara Jepun, seperti dilaporkan Kantor Berita Pusat Korea (KCNA).
KCNA  tersebut juga mengatakan, projektil tersebut adalah rudal jarak menengah Hwasong-12, jenis yang sama dengan yang rencananya akan ditembakkan Korea Utara ke pangkalan Tentera AS di Guam.
 
Pernyataan para pemimpin Korea Utara tersebut, yang disampaikan melalui KCNA, corong resmi pemerintah komunis itu, menunjukkan bahwa Korea Utara tidak berniat menghentikan semua rencana untuk melakukan serangkaian uji rudalnya.

Presiden AS Donald Trump mengatakan, Korea Utara telah menunjukkan “penghinaan terhadap tetangganya" dan bahwa "semua  pilihan ada di atas meja" untuk merespons aksi Korea Utara itu.
 Sumber:KOMPAS.com

Kasihan! Seekor Lembu Yang Kesepian Dan Putus Asa Ditemui Berjalan Sendirian Di Lebuhraya

30/8/17
Seekor sapi berjalan sendirian di tengah terjangan Badai Harvey. (Foto: Viral Hog)  
 (Foto: Viral Hog)
TEXAS - Badai Harvey yang menerjang Texas, Amerika Syarikat telah menyebabkan kerosakan parah dan mematikan kegiatan ekonomi di wilayah tersebut. Tentunya hal ini membuat masyarakat Texas mengalami kesulitan dan menderita. 

Sebagaimana diberitakan, Badai Harvey yang memicu banjir telah memaksa lebih dari 30 ribu orang meninggalkan rumah mereka. Nyatanya, bencana ini tidak hanya berdampak terhadap manusia tapi juga pada hewan.

Badai Harvey banyak anjing ditelantarkan oleh pemiliknya. Banyak dari mereka yang memilih mengungsi dengan tidak membawa hewan peliharaannya. Tak hanya anjing, Badai Harvey ternyata juga membuat hewan lainnya menderita salah satunya adalah lembu.

Sebuah video yang baru-baru ini viral menunjukkan seekor lembu berjalan di tengah jalan sendirian tepatnya di jalan tol Highway 35 di pinggiran Rockport. Lembu diperkirakan berhasil selamat dari terjangan badai yang dahsyat itu nampak tengah putus asa dan tak tahu arah tujuan. 

Sebagaimana dipetik  dari UPI, Rabu (30/8/2017), sayangnya nama lelaki  yang mengunggah video lembu tersebut. Lelaki tersebut menemui   sapi itu ketika tengah menmandu keretanya. Ia kemudian sempat memperlahan kelajuan kenderaannya seolah memberi semangat kepada lembu tersebut agar dapat bertahan.

Kebelakangan, lelaki tersebut mengaku berjumpa dengan lembu itu ketika dalam perjalanan untuk keluar dari wilayah tempat tinggalnya. 

"Saya sedang dalam perjalanan keluar dari Rockport Texas tepat setelah Badai Harvey menyerang. Dan ketika memandu di Highway 35, saya menemukan sesuatu bergerak di jalan. Pada awalnya saya tak yakin apa itu dan ternyata adalah seekor lembu. Ia dikepung banjir dan diterpa angin kencang. Saya tidak tahu harus buat apa kerana saya tidak boleh menyelamatkannya. Satu-satunya yang terlintas di otak saya adalah berpesan padanya untuk tetap bertahan," ujar lelaki yang menemui lembu tersebut. 

Video tersebut telah ditonton lebih dari 5,000 kali dan sebahagian netizen mengaku prihatin dengan nasib lembu tersebut.
"Ya ampun ini benar-benar menyedihkan," tulis seorang netizen dalam komentarnya. 

"Menyedihkan! Mungkin ia terpisah dari kelompoknya ketika melarikan diri dari banjir atau ketika dibawa ke lokasi yang selamat," tulis netizen lain.
 Sumber: YouTube/Viral Hog

Pas telah mengundur 27 tahun kebelakang

Suhaizan Kayat
Suhaizan Kayat
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas diibaratkan habis madu sepah dibuang setelah digunakan oleh Umno/BN dalam strategi mereka memenangi PRU14.
Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat mendakwa Pas telah mengundur 27 tahun kebelakang.

Tujuan Umno berbaik dengan Pas adalah untuk memecahkan Pas dan putuskan hubungannya dengan barisan pembangkang.
"Sekarang, Pas sudah tiada nilai disisi Umno, fokus parti itu adalah untuk memperkukuhkan BN dan memenangi PRU14," katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Terdahulu, Pas didakwa menjadi punca parti-parti pembangkang berpecah sehingga mewujudkan pertembungan banyak penjuru pada PRU akan datang.
Bermula selepas Pakatan Harapan dibubarkan, Pas mengadakan hubungan baik dengan Umno dan kini membina Blok Ketiga.

Undi Umno, PAS juga akan pecah, pesan penganalisis

 | August 29, 2017
Ahmad Atory Hussain berkata banyak perhatian tertumpu kepada kesan pertandingan pelbagai penjuru kepada PH, terlepas pandang perkara yang paling nyata.
Ahmad-Atory-Hussain2 
PETALING JAYA: Keengganan PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan tidak akan menjejaskan peluang gabungan pembangkang pada pilihan raya nanti, kata seorang penganalisis politik.

Ahmad Atory Hussain berkata ketika perhatian pemerhati politik tertumpu kepada kesan pertandingan pelbagai penjuru kepada PH, mereka terlepas pandang perkara paling nyata.
Beliau berkata walaupun undi pembangkang akan terpecah dalam pertandingan tiga penjuru, pilihan raya umum akan datang juga bakal menyaksikan sokongan kepada Umno dan PAS berpecah.

“Sokongan kepada PAS dan Umno sudah pun terpecah dengan pembentukan parti serpihan Amanah dan PPBM,” katanya kepada FMT.
Kesimpulannya, pada hari pengundian nanti, sama ada diadakan tahun ini atau tahun depan, penyokong yang menjadi tempat PAS dan Umno bergantung pada pilihan raya umum 2013 akan lebih kecil.

Malah, ada juga yang akan meninggalkan mereka untuk bersama dengan pemimpin Amanah dan PPBM yang diundi mereka sebelum ini, kata Atory.
“Di atas kertas memang nampak seperti pertandingan pelbagai penjuru menentang BN akan menyukarkan peluang PH untuk menang.
“Namun tidak mustahil kerana pengundi PAS akan berpecah dua dan begitu juga dengan Umno.

“Kalau ia seperti plihan raya lepas, di mana PPBM dan Amanah tidak wujud, pertandingan 3 penjuru akan menyaksikan DAP dan PKR melawan PAS dan Umno.”

Bagaimanapun, Atory mengakui masih banyak yang perlu dilakukan PH untuk menjamin kemenangan pada pilihan raya umum akan datang kerana PAS menyukarkan keadaan untuk gabungan itu.

Ditanya apakah yang boleh dilakukan oleh gabungan yang dipimpin bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan peluang mereka pada pilihan raya nanti, Atory berkata antara langkah boleh diambil ialah mengumumkan calon menteri besar mereka untuk setiap negeri.
“Beritahu pengundi siapakah orangnya yang kamu tawarkan sebagai pemimpin mereka – iaitu mereka akan ada seorang pemimpin yang baik dan boleh diterima.”

“PH juga mesti pastikan manifesto pilihan raya gabungan itu sampai kepada pengundi dan mudah difahami,” katnya.
Majlis presiden PH malam tadi membuat keputusan tegas untuk tidak bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas bermesyuarat selama 3 jam, pemimpin PH berkata gabungan itu akan menyediakan strategi untuk menghadapi pertandingan 3 penjuru.
Mesyuarat itu menyusuli laporan mengatakan beberapa pemimpin PKR terbabit dalam rundingan dengan PAS mengenai pengagihan kerusi di Selangor pada PRU14.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata rundingan dengan pemimpin PAS bukan dibuat atas kapasiti perbadi tetapi keputusan parti.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution bagaimanapun menafikan parti pernah membuat keputusan seperti yang disebutkan Azmin itu.
Azmin juga berkata rundingan itu bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru di Selangor dan meningkatkan peluang kemenangan PKR dan parti pembangkang lain.

Langkah itu bagaimanapun tidak dipersetujui sesetengah pemimpin parti, termasuk Ahli Parlimen Selayang William Leong, yang mengumumkan meletak jawatan dari biro politik PKR baru-baru ini.
FMT

Erdogan sebut dunia buta dan tuli tentang situasi penduduk muslim Rohingya

Selasa, 29 Ogos 2017 
 
Muslim Rohingya ditolak masuk Bangladesh. ©REUTERS/Mohammad Ponir Hossain
 Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyebut masyarakat internasional buta dan tuli terhadap situasi yang sedang menimpa penduduk muslim Rohingya di Negara   Rakhine, Myanmar. Sebab, kelompok minoriti itu hingga kini masih terus terpojok hingga tidak memiliki tempat untuk berlindung.

"Sayangnya saya boleh mengatakan bahwa dunia ketika ini buta dan tuli terhadap apa yang sedang terjadi di Myanmar. Mereka seolah tidak melihat dan mendengar," kata Erdogan dalam sebuah wawancara seperti dilansir dari laman Channel News Asia, Selasa (29/8).

Rohingya, yang merupakan salah satu komuniti tanpa kewarganegaraan terbesar di dunia yang berbondong-bondong meminta perlindungan dari Bangladesh untuk melepaskan diri dari gelombang kekerasan yang terjadi di tempat tinggal mereka sebelumnya.

Perang antara kelompok militan tak diketahui dan tentera Myanmar membuat penduduk muslim Rohingya kena getahnya. Bahkan menurut laporan Badan Pengungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), 3,000 orang telah tiba di Bangladesh dalam tiga hari terakhir untuk menghindari penyeksaan Myanmar.

Erdogan menggambarkan aksi pengungsian besar-besaran ini sebagai peristiwa yang sangat menyakitkan. Dia juga berjanji akan membahas masalah ini di Majlis Umum PBB bulan depan guna memperoleh penyelesaian.

"Tentu saja kami mengutuk ini sekeras-kerasnya dan kami berjanji akan mengikuti perkembangan situasi di sana melalui institusi internasional, termasuk di PBB. Kami ingin melihat seluruh umat manusia mengulurkan tangan terhadap masalah ini," ungkapnya.

Alasan Erdogan peduli terhadap nasib komuniti Muslim ini adalah kerana dia juga peduli terhadap keadaan di Palestin .

Namun, meski ramai-ramai menerima kecaman, pemimpin Myanmar sekaligus pemenang nobel perdamaian Aung San Suu Kyi membantah telah terjadi konflik antara tentera dan penduduk Rohingya di Negara   Rohingya.

Pernyataan Suu Kyi dinilai tidak sesuai dengan situasi sebenarnya yang terjadi di Negara   Rakhine. Sebab dia juga menolak visa pegawai PBB yang bertugas untuk menyiasat kes kekerasan ini. 
Sumber:Merdeka.com 

Kesian !Tangis histeria wanita Rohingya ketika ditolak mengungsi ke Bangladesh

Selasa, 29 Ogos 2017 
Seorang wanita Rohingya bersama kedua anaknya menangis
 setelah ditolak memasuki wilayah Cox's Bazar, Bangladesh,
 Isnin (28/8). Ribuan muslim Rohingya di Rakhine, Myanmar,
berbondong-bondong menuju Bangladesh. Mereka berusaha
 menyelamatkan diri setelah pertempuran antara kelompok
pemberontak Pasukan Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA)
dan tentera Myanmar pecah pada Jumaat lalu. Akibatnya
92 orang maut, termasuk 12 tentera.
©REUTERS/Mohammad Ponir Hossain

Andai Tun Razak masih bernafas, pastinya kecewa melihat negara’

 | August 29, 2017
Tun Razak pasti kecewa melihat kegagalan kaedah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, permainan isu kaum dan agama oleh parti politik, dan rasuah yang membelit penjawat awam.
Perak-Sultan-Sultan-Nazrin-Muizzuddin-Shah-1
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Raja Azlan Shah mendakwa sekiranya bekas perdana menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein masih hidup, beliau pasti kecewa dengan senario Malaysia sekarang.

Sultan Nazrin berkata terdapat 4 sebab yang boleh mendukacitakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, antaranya perpaduan negara yang kian merosot.
Katanya, parti politik cenderung “menyalakan” isu perkauman dan agama dalam keghairahan mereka meraih sokongan.

“Masa depan negara bergantung kepada satu perkara penting iaitu perpaduan rakyat berbilang bangsa,” tegas Sultan Nazrin, memetik wawasan Razak.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran buku “Fulfilling A Legacy – Tun Abdul Razak” di Hotel Shangri-La hari ini.

Selain daripada permainan isu perkauman dan agama, Sultan Nazrin juga berkata kaedah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan semakin gagal memenuhi matlamat menjadikan sekolah sebagai taman asuhan menyatu padukan negara.
“Dasar Pelajaran Kebangsaan menurut yang terkandung di dalam Penyata Razak menggariskan peranan penting sekolah untuk memupuk perpaduan warga melalui aliran pengajiran kebangsaan.

“Generasi muda daripada pelbagai kaum pada hari ini,, yang melalui pelbagai aliran persekolahan, tidak akan mempunyai peluang untuk berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama lain, di sebaliknya mereka membesar secara berasingan dalam kelompok kaum masing-masing.”

Sultan Nazrin turut menyentuh mengenai mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang tergelincir daripada landasan sebenar terutama penyalahgunaan peluang pembahagian kekayaan.

“Hingga mengakibatkan berlaku ketirisan pegangan ekonomi Bumiputera secara besar-besaran, bukan sahaja mencetuskan salah faham kaum, kemarahan turut disuarakan dalam kalangan Bumiputera.”

DEB merupakan program sosioekonomi yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia ke-3 (1976-1980) untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial kaum di Malaysia akibat dasar pecah dan perintah British.
Dasar Pelajaran Kebangsaan merupakan mekanisme untuk melahirkan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin.

Bagaimanapun, Razak pasti berdukacita melihat senario rasuah dan integriti dalam negara hari ini, kata Sultan Nazrin.
“Akan luluhlah hati Tun Abdul Razak, mengikuti pendedahan demi pendedahan, tangkapan demi tangkapan kerana perbuatan rasuah yang berlaku secara besar-besaran, melibatkan penjawat tinggi dan individu terpelajar dengan amaun yang banyak, yang amat mencalar nama baik negara bangsa.”

Razak yang menjadi perdana menteri pada 22 September 1970 hingga 14 januari 1976, meninggal dunia pada usia 53 tahun.
Pelancaran buku 158 halaman itu sempena ulangtahun ke-40 Yayasan Tun Razak

Tuesday, August 29, 2017

Tahanan Dipaksa Bogel dan Bertarung Seperti Anjing

29/8/17
Dua tahanan di penjara Inggris ini diikat layaknya anjing, bertarung, dan masing-masing dikendalikan oleh tuannya. 
Daily Mail, Dua tahanan di penjara Inggeris ini diikat layaknya anjing, bertarung, dan masing-masing dikawal oleh tuannya.
 
MANCHESTER  - Publik Inggeris digemparkan oleh beredarnya sebuah video yang memperlihatkan aktiviti tahanan di penjara Forest Bank di Swinton, Manchester.
Hal yang mengejutkan publik adalah dua tahanan berada dalam posisi telanjang tanpa sehelai benang pun menutupi tubuh mereka dan dipaksa bertarung layaknya anjing.

Penonton video semakin tergoncang ketika dua tahanan yang berjenis kelamin laki-laki itu tiba-tiba “berubah” seperti anjing.
Mereka merangkak dan berjingkrak mirip anjing. Keduanya saling menggonggong, mengendus, dan berusaha untuk mengigit satu sama lainnya.

Adapun leher mereka diikat dengan kain yang dijadikan pegangan sebagaimana tuan memerlakukan anjingnya dengan tali demi mengawalkan anjing-anjingya.
Menurut Daily Mail, Isnin (28/8/2017), awal minggu lalu kedua tahanan itu bertarung untuk memperebutkan dadah yang tidak dikenalpasti jenisnya.

Masing-masing tahanan diperkenalkan namanya oleh tuannya sebagai anjing pitbull Turki dan anjing sosis bermata satu dari Iran.
Kedua tahanan benar-benar mengonggong mirip anjing sesungguhnya setiap kali kamera diarahkan ke mereka. Mereka juga berusaha mengikuti perintah yang diberikan tuannya.
Salah satu tuan mengatakan bahwa ini adalah pertarungan untuk melihat anjing manakah yang paling kuat.

Sumber yang dekat dengan penjara di Inggeris mengatakan hal seperti ini tidak seharusnya terjadi namun inilah kenyataan.
Penjara di Inggeris menurutnya benar-benar sangat kacau. “Tidak ada jumlah pegawai yang cukup untuk mencegah peristiwa ini terjadi, benar-benar tidak terkawal,” ucapnya.

Keadaan diperburuk dengan banyaknya tahanan yang mengambil dadah di dalam penjara yang mengakibatkan sering terjadinya perkelahian dan kekerasan.
Penjara Forest Bank dilaporkan berkapasiti 1,500 tahanan
 Sumber:KOMPAS.com

Tiket patutnya untuk 'nadi sebenar bola sepak'


Barangkali memang sesuatu yang lazim untuk ahli politik dan orang kenamaan atau pegawai tinggi kerajaan menggunakan kedudukan masing-masing meraih kelebihan apabila ada acara sukan yang menarik.
Perkara itu didedahkan secara tidak langsung oleh Tunku Mahkota Johor petang ini.
Kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim, beliau teringat peristiwa perlawanan penting melibatkan kelab miliknya, JDT, suatu ketika itu.
Katanya, perlawanan itu berlangsung di Stadium Larkin dan Stadium Shah Alam, masig-masing untuk Piala Sumbangsih dan Piala FA.

"Pada waktu itu, begitu ramai ahli politik serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri saya ingin mengambil kuota tiket sehingga mencecah sehingga dua ribu keping," katanya seperti dimuat naik di Facebook rasmi JDT.
Isu tiket masih panas sehingga kini apabila ribuan penyokong dan peminat bola sepak kebangsaan kecewa kerana gagal mendapat tiket semalam.

Sesetengah daripada mereka 'berkampung' di luar Stadium Shah Alam semata-mata untuk membeli tiket perlawanan akhir yang mempertemukan anak buah Datuk Ong Kim Swee dengan pasukan Thailand.

Pelbagai pihak menguar-uarkan penentuan pingat emas malam ini nanti adalah "ibu segala pingat emas" untuk temasya Sukan SEA kali ini.
Beberapa keping gambar tular pula seakan menjadi minyak yang dicurah ke panasnya hati penyokong yang kecewa itu. Gambar itu menunjukkan sejumlah tiket yang tidak dijual kerana dikhaskan kepada orang tertentu yang berjawatan tinggi atau berpangkat besar.

Kata Tunku Ismail semasa pasukan JDT mahu bertanding dalam perlawanan penting itu beliau mengarahkan Pegawai Tadbir Askar Timbalan Setia Negeri Johor supaya permintaan ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan itu tidak dipenuhi sepenuhnya.

"Saya tidak bersetuju (mereka diberikan tiket) dan hanya sedikit sahaja diberikan kepada mereka.
"(Tiket) selebihnya diberikan kepada para penyokong," katanya.
Menurut TMJ penyokong bola sepak adalah nadi sebenar yang memberikan semangat kepada pasukan bola sepak sama ada kepada kelab atau pun kebangsaan.
"Bola sepak tidak bermakna tanpa penyokong," katanya.

Seorang Wanita Diseret di Jalan, Dilucuti Lalu Diperkosa

29/8/17
Ilustrasi.
Gambar hiasan

MANCHESTER - Seorang lelaki didapati menyeret seorang wanita yang baru keluar dari sebuah pub di Manchester, England,   ke jalan hingga ke sebuah kebun. Mangsa kemudian dilucuti dan diperkosa.
Insiden ini terjadi di sebuah kebun dekat The Cotton Tree Pub, di Gorton, Manchester, pada Isnin dini hari.

Polis  Greater Manchester (GMP) menyatakan, mangsa berusia 20-an tahun. Dia diserang oleh seorang lelaki yang mengenakan topi besbol dan pakaian atas berkerudung. Pelaku kini diburu polis .

Polis  menerima laporan telepon untuk datang ke lokasi kejadian sekitar pukul 01.30 pagi pada hari Isnin (28/8/2017) atau tak lama setelah serangan. Pelaku serangan melarikan diri ketika anggota polis  tiba.

“Lelaki itu terus menyeretnya ke kebun di Burtinshaw Street tempat dia melucuti pakaian dan memperkosanya,” kata pihak GMP, mengacu pada keterangan saksi  .

”Dia kemudian melarikan diri dari tempat kejadian ke arah yang tidak diketahui. Dia digambarkan sebagai orang Asia, sekitar 28 sampai 30 tahun, tingginya 5 kaki 10 inci dan mengenakan topi besbol gelap dan busana atasan berkerudung hitam,” lanjut GMP, yang dilansir dari Manchester Evening News, Selasa (29/8/2017).

Serjan Detektif Philip Steele, dari Unit Pelanggaran Seksual GMP, mengatakan, kondisi mangsa menjadi perhatian utama polis .

”Kami menawarkan dukungan dari pasukan perwira terlatih khusus dan perlu memastikan bahwa orang yang bertanggung jawab atas hal ini ditemukan dan disoal siasat,” katanya.

”Jika anda berada di dalam atau di sekitar pub beberapa saat sebelum (laporan) telefon masuk, saya meminta anda untuk mengingat kembali,” lanjut dia mengacu pada para saksi  di pub.

”Atau, anda mungkin pernah mendengar adanya gangguan di kawasan yang belum anda laporkan kepada kami. Tolong, jika anda melihat, mendengar atau mengetahui sesuatu, berhubunganlah dengan kami.”

RCI Forex: Bekas pengurus akaun dakwa timbalan gabenor BNM arah ubahsuai penyata kewangan

 | August 29, 2017
Saksi ke-8, Saleha Lajim mendakwa Tan Sri Lin See Yan mengarahkan Jabatan Akaun Negara membuat pengubahsuaian pada penyata kewangan tahunan BNM berikutan kerugian yang dialami akibat dagangan mata wang asing.
task-force-bnm-1
PUTRAJAYA: Seorang bekas pengurus akaun di Jabatan Akaun Negara mendakwa timbalan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengarahkan Jabatan Akaun Negara membuat pengubahsuaian pada penyata kewangan tahunan bank pusat itu berikutan kerugian akibat dagangan mata wang asing.

Saksi ke-8, Saleha Lajim memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja, atas arahan itu Jabatan Akaun Negara menyediakan draf untuk dikemukakan kepada gabenor melalui penasihat untuk diluluskan, dan kemudian diserah semula kepada jabatan untuk dibuat pengubahsuaian pada penyata kewangan tahunan.

Saleha menamakan Tan Sri Lin See Yan sebagai timbalan gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein dan Tan Sri Ahmad Mohamad Don sebagai gabenor dan Lee Siew Kwan dan Haji Fazli sebagai penasihat.
“Sebagai contoh, kerugian akibat forex itu akan dicajkan ke akaun rezab turun naik nilai pelaburan (investment fluctuation reserve) dan rezab turun naik kadar pertukaran (exchange rate fluctuation reserve),” kata Saleha.

“Seingat saya draf yang diluluskan oleh gabenor itu akan disimpan oleh Jabatan Akaun,” tambahnya.
Menurut Saleha, timbalan gabenor ketika itu membuat arahan itu secara lisan, dalam mesyuarat mingguan yang tidak diminitkan di Bilik Mesyuarat Timbalan Gabenor.

Menurut Saleha, Jabatan Akaun akan menyediakan laporan harian aktiviti tukaran mata wang asing yang dijalan Jabatan Bank, yang boleh menunjukkan jumlah harian forex dan status untung rugi aktiviti tersebut. Laporan harian itu kemudian disediakan dalam bentuk laporan mingguan yang akan dibawa ke mesyuarat bersama timbalan gabenor dan penasihat.
“Dalam mesyuarat mingguan yang diadakan, seingat saya kebanyakan status aktiviti forex yang dijalankan adalah mengalami kerugian dan perkara ini telah diketahui oleh timbalan gabenor masa itu.”

Menurut Saleha lagi, aktiviti forex ada dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan BNM tetapi: “Di dalam penyata tahun 1993 tersebut, ia tidak dinyatakan dalam penyata kewangan tahunan, tetapi telah dikategorikan sebagai perbelanjaan tertunda (deferred expenditure)”.

RCI ditubuhkan khas untuk menyiasat skandal yang berlaku pada 1990-an di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan ketika itu.

Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail.
FMT 

PERKASA rasis, tak penting, kata menteri

Malaysiakini 28/8/17



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyelar kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang mendakwa kerajaan menghilangkan identiti negara semasa
Majlis Pecah Tanah Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) pada 9 Ogos lalu kerana menggunakan bahasa Mandarin.

Nazri yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno berkata jika beliau boleh mengembalikan masa, dirinya mahu mempelajari bahasa Mandarin.
"Mereka (PERKASA) ini rasis, siapa mereka (PERKASA), mereka tidak penting, mereka tidak mewakili sesiapa pun," kata Nazri pada sidang akhbar di Shah Alam petang ini.

Menteri yang lantang itu juga bertanya sama ada PERKASA akan mengutuknya kerana menggunakan bahasa Inggeris
"Ini tidak menjadikan Bahasa Malaysia kurang digunakan. Dalam dunia berbilang bahasa, saya bercakap bahasa Inggeris, adakah mereka mahu mengutuk saya kerana bercakap bahasa Inggeris?

"Kita semua berbilang bahasa. Hanya mereka yang berfikiran sempit dan mempunyai berasa rendah diri (membuat kenyataan sedemikian).
"Sekiranya saya berpeluang untuk kembali ke zaman muda, saya akan belajar bahasa Mandarin, apa yang salah?" katanya

Tinjauan: 8 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang

 | August 28, 2017
Timbalan Pengerusi IDE, Mohamad Redzuan Othman berkata, 8 negeri itu adalah Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Pahang, Melaka dan Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia.
ide
SHAH ALAM: Satu tinjauan yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini mendapati pembangkang berpeluang memenangi 8 negeri di Semenanjung Malaysia, jika Pakatan Harapan (PH) dan PAS bergabung untuk menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Selain Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai pembangkang ketika ini, Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Mohamad Redzuan Othman berkata, negeri lain termasuk Perak, Kedah, Pahang, Melaka dan Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia.

Tinjauan secara bersemuka itu disertai 4,486 responden yang merupakan pengundi berdaftar di 130 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, mulai 11 hingga 15 Ogos lalu.

Ketua eksekutif IDE itu berkata, 59% responden menyuarakan sokongan kepada PH dan PAS, manakala 39% lagi menyokong BN.
“Itu adalah jumlah yang cukup selamat dan cukup besar, jika kita gabungkan sentimen (responden) kepada pembangkang dengan mengandaikan 2 (perkara),” katanya merujuk BN sebagai sebuah parti dan PAS bekerjasama dengan PH sebagai sebuah gabungan pembangkang.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat IDE petang tadi, Redzuan berkata, hasil tinjauan itu juga mendapati BN tidak akan memperoleh dua pertiga majoriti di Semenanjung Malaysia.

Mengenai tarikh PRU14, Redzuan yang juga naib canselor Universiti Selangor (Unisel) berkata, Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan PRU14 berdasarkan 2 faktor, iaitu “mood” rakyat sempena prestasi cemerlang kontinjen negara pada Sukan SEA 2017 dan keadaan dalam parti pembangkang.
“Ini adalah mood yang akan bagi euforia kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika saya bercakap, Malaysia telah memenangi 101 pingat emas. Ini akan bagi mood yang baik.

“Tetapi, ini tak cukup untuk mengadakan pilihan raya umum. Ada satu lagi iaitu ketika pembangkang berpecah, bertelagah sesama sendiri.
“Kalau ada kedua-dua gabungan ini, saya yakin itu waktu terbaik untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.
FMT

Monday, August 28, 2017

Seronok nampak. Babi Ini Berjalan sambil Tersenyum Ketika Diselamatkan dari Banjir

28/8/17

Seekor babi tersenyum saat diselamatkan petugas dari banjir yang terjadi di Provinsi Shicuan, China. (Foto: Weibo/Daily Mail) 
  (Foto: Weibo/Daily Mail)
SICHUAN – Hal menarik terjadi di China ketika banjir melanda Wilayah Yibin. Sekeping foto yang diabadikan ketika petugas melakukan evakuasi, telah menarik perhatian publik. 

Pada Khamis 24 Ogos, sebuah badai besar menerjang sebahagian besar Provinsi Sichuan. Petugas pun membantu masyarakat mengevakuasi barang berharga kerana permukiman mereka terendam banjir.

Seramai 281 penduduk dievakuasi akibat bencana tersebut. Tak hanya manusia, petugas juga menyelamatkan hewan ternak dari banjir yang menerjang.
Pemandangan unik dan lucu terjadi ketika proses penyelamatan tersebut. Seekor babi yang turut dievakuasi petugas, terlihat gembira. Senyum tampak di bibir hewan itu ketika petugas mengangkatnya untuk melewati banjir.

Gambar yang pertama kali di-posting di media sosial Weibo itu pun menarik banyak perhatian. Dalam gambar yang diunggah akaun bernama Hou Sheng, senyum melekat di bibir sang babi ketika dua petugas berbaju hijau mengangkat kedua kaki dan telinganya. Hewan bertubuh gemuk itu terlihat sangat gembira di foto tersebut. 

Beragam komentar pun langsung menghujani foto tersebut. Salah satu netizen menduga senyum itu dilontarkan si babi kerana gembira akhirnya selamat dari bencana tersebut. 

“Babi itu mengira berhasil diselamatkan, tapi kemungkinan tidak akan terlepas dari terbunuh,” ujar salah satu netizen, sebagaimana diberitakan Daily Mail, Isnin (28/8/2017).

Setelah populer, banyak masyarakat yang menghubungkan babi ini dengan peristiwa yang terjadi di Inggeris. Netizen mengira babi itu boleh saja bernasib sama seperti hewan yang terbakar di sana. Hal itu terlihat dari kolom komentar unggahan tersebut. 

“Orang-orang itu tidak menyimpan babi tersebut. Mereka hanya ingin makan babi,” tulis salah satu warganet.
Sebagaimana diketahui, peristiwa kebakaran pernah terjadi di Wiltshire, GB. Api turut membakar kandang babi yang ada di sana. Beruntung, hewan tersebut berhasil diselamatkan petugas. Setelah diselamatkan, mereka justru dipotong dan menjadi santapan makan malam petugas

Tiga beranak dilarikan penjenayah di stesen minyak

sad
Kereta dinaiki lima beranak yang dilarikan dua penjenayah, semalam.
(Ubah saiz teks)
KUALA KRAI - Tiga beranak berdepan detik cemas setelah kereta dinaiki dilarikan penjenayah  di sebuah stesen minyak di Batu Jong,kira-kira jam 10.30 malam, semalam.

Ketika kejadian mangsa, Nur Baitin Nadiah Awang, 23,bersama ibunya, Fatimah Husin 62, bapa, Awang Abu Bakar, 62, serta dua anaknya, Nur Amara Darwisha Mohd Nije, 2 dan Nur Aleya  Batrisya Mat Nije, 6, dalam perjalanan dari Bandar Kuala Krai ke rumah mereka di Batu Jong.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, setelah tiba di stesen minyak bapa mangsa ke tandas sementara mangsa turun untuk mengisi angin tayar kereta.
"Semasa mangsa mengepam  tayar, keretanya terundur ke belakang dan bapanya sempat menarik suspek untuk memberhentikan kenderaan namun gagal.

" Ketika kereta beredar mangsa melihat sebuah kereta proton wira biru mengekori kenderaan berkenaan,"katanya kepada Sinar Harian.
Abdullah berkata, sepanjang dilarikan dua penjenayah, Fatimah diacu dengan pisau pada leher.
"Mangsa bagaimanapun ditinggalkan di Machang bersama dua cucunya," katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai berketurunan India berdasarkan percakapannya dan berkulit gelap serta memakai sarung tangan.
"Sehingga kini tiada tangkapan dibuat dan polis sedang memburu dua suspek dipercayai berketurunan India," katanya.

‘Mengapa Najib? Tiada wanita untuk ketuai majlis penasihat wanita?’

 | August 27, 2017
Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto tertanya-tanya mengapa pengerusi dan timbalan majlis pemerkasaan wanita ialah lelaki.
kasthuri-3
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto mempertikaikan pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengerusi sebuah majlis penasihat di badan kerajaan baharu yang ditugaskan untuk pemerkasaan wanita di sektor korporat.
Beliau berkata jawatan itu sepatutnya diberikan kepada pemimpin wanita yang berkelayakan.

Wakil rakyat DAP itu berkata hasrat kerajaan persekutuan meningkatkan bilangan wanita di kedudukan pembuat keputusan tercemar dengan “perebutan kuasa” di Akademi Inovasi Wanita (Akademi MyWin) Jabatan Perdana Menteri.
Pada Jumaat, Najib dijemput pengasas bersama dan presiden MyWin Tan Sri Shahrizat Jalil untuk menjadi pengerusi majlis penasihatnya. Pendidik Tan Sri Lim Kok Wing dilantik timbalan pengerusi.

“Bagaimana kerajaan mahu memastikan wanita memegang jawatan pembuat keputusan sedangkan perdana menteri sendiri mengambil jawatan itu?” soal Kasthuri.
“Tidak cukup dengan itu, pemegang jawatan timbalan pengerusi majlis penasihat itu juga seorang lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Adakah Najib cuba katakan tiada pemimpin wanita yang layak, bijak dan berani dalam Kabinet yang boleh menerajui majlis itu?”
Beliau berkata tidak logik kalau Najib mempengerusikan majlis di bawah Jabatan Perdana Menteri itu kerana ahli akademi atau badan bukan kerajaan wanita boleh memimpin majlis itu.

Kasthuri berkata Najib juga pada 2012 mengambil peranan menteri pembangunan wanita, menggantikan Shahrizat apabila tempoh jawatan senator beliau tamat.

Di majlis pelancaran MyWin Jumaat lalu, Najib berkata akademi itu akan menamakan syarikat-syarikat tersenarai yang tidak mempunyai wanita dalam lembaga pengarah.

“Ketika ini, hanya 16.8% kedudukan pengarah di 100 syarikat tersenarai tertinggi di Bursa Malaysia dipegang wanita,” katanya lapor New Straits Times.
“Melahirkan generasi wanita pembawa pembaharuan di sektor korporat selaras dengan usaha berterusan kita untuk meningkatkan bilangan wanita dalam peranan pembuat keputusan di sektor korporat,” tambahnya

Sunday, August 27, 2017

Kisah kasih sayang luar biasa antara kera hitam dan anak ayam

Sabtu, 26 Ogos 2017 07
Menurut petugas yang menjaganya, Niv bersama anak ayam itu 
adalah hewan yang tidak mungkin terpisahkan.
Yaki sejenis kera hitam berusia empat tahun asal Indonesia
memangku seekor anak ayam di Taman Safari Ramat Gan
di Tel Aviv, Israel (25/8). Mereka tidak dapat dipisahkan lagi
©2017 AFP PHOTO/JACK GUEZ

Dahsyat! Ini Kata Presiden Turki Terkait Insiden Bendera Indonesia Yang Terbalik

27/8/17

Insiden bendera terbalik di Sea Games 2017 di Kuala Lumpur ternyata menarik perhatian Erdogan. Presiden yang dikenal tegas ini mengeluarkan komentar yang dahsyat.
Ia mengatakan, Malaysia dan Indonesia harus hidup rukun sebagai saudara serumpun. Terlebih kedua negara tersebut adalah pilar negara muslim di kawasan Asia Tenggara.
“Indonesia, Malaysia dan Brunei adalah 3 negara yang penduduknya majoriti muslim di Asia Tenggara, yang masuk dalam bidikan Amerika dan sekutunya. Kaum kafir seperti mereka akan melakukan segala cara demi mencapai cita-cita,” tegas Erdogan.
Kekhawatiran Erdogan bukan tanpa alasan. Pangkalan militer Amerika Serikat sudah mengepung Indonesia, Malaysia dan Brunei.
“Insiden bendera terbalik hendaknya diselesaikan secara kekeluargaan. Jangan sampai kalian menjadi seperti negara-negara Arab yang kini mudah di adu domba Amerika dan kroni-kroninya. Ingat, pangkalan militer Amerika sudah mengepung kalian,” sambung Erdogan.
Seperti diketahui, Erdogan dikenal sangat aktif dalam upaya mempersatukan negara-negara Islam di dunia.
Nasehat Erdogan ini berdasarkan data dokumen rahasia NSA yang terbongkar baru-baru ini. Di dalam dokumen tersebut, dipaparkan secara gamblang apa-apa saja yang sudah dilakukan pasukan khusus AS dan sekutunya di Asia Tenggara.
Sumber: http://www.rakyatsumatera.online

Cintanya Dimanfaatkan, Lelaki Ini Jatuhkan Kekasihnya dari Tingkat 19 Sebuah Apartemen

27/8/17

Ibu korban yang didorong jatuh dari lantai 19 sebuah apartemen. (Foto: Sanghaiist)  
Ibu mangsa yang ditolak jatuh dari tingkat 19 sebuah apartemen. (Foto: Sanghaiist)
BEIJING - Seperti cerita dalam drama, seorang lelaki di China harus menelan pil pahit dari kisah cintanya. Meski telah memberikan segalanya kepada   pujaan hatinya, nyatanya cinta dari lelaki yang tak disebutkan namanya itu berakhir dengan bertepuk sebelah tangan. 

Tak mampu mengawal emosi akibat rasa sakit hati yang dia alami, lelaki berusia 27 tahun itu nekat membunuh si gadis pujaan dengan menolaknya dari tingkat 19 sebuah apartemen. Gadis cantik yang telah dicintai suspek selama 8 tahun oleh pelaku pun diketahui maut di tempat kejadian.

Keduanya baik korban dan pelaku diketahui merupakan teman sekelas di bangku sekolah menengah atas. Sayangnya keduanya terpaksa berpisah kerana si lelaki lulus dan melanjutkan pendidikan ke peringkat universiti di Amerika Syarikat 

Meski terpisah ruang, jarak dan waktu, mereka diketahui tetap menjaga hubungan dan komunikasi. Secara teratur, si lelaki yang berasal dari Hangzhou itu terus melaporkan kepada si gadis tentang perkembangan dan kegiatannya di Negera Amerika. 

Sekitar setahun setelah menetap di AS, si lelaki mulai memberikan berbagai hadiah mewah pada sang gadis. Mulai dari beg berjenama  , bahkan perhiasan. Sayangnya dari beragam hadiah mewah itu, tak ada yang berhasil untuk dapat memenangi hati gadis tersebut. Ketika si lelaki menyatakan perasaannya, si gadis menjawab yang mereka perlu mengenal lebih dekat lagi. 

Tak tenang kerana cintanya masih digantung, si lelaki kemudian nekat meninggalkan AS dan merelakan kehidupannya di sana. Ia terbang ke Hangzhoun demi dapat hidup dekat dengan sang pujaan hati. Keduanya kemudian diketahui tinggal bersama di sebuah apartemen bersama seorang perempuan lainnya. 

Lagi-lagi semuanya tak sesuai dengan apa yang dirancangkan si lelaki. Ia tak sengaja menemui sebuah bingkai foto yang menunjukkan gambar sang pujaan hati tengah bersama lelaki lain. Selama 8 tahun mengenal, si gadis tersebut diketahui tak pernah mengizinkannya untuk berfoto bersama. 

Hal inilah yang kemudian membuatnya meradang. Tak hanya sampai di situ, keadaan semakin memburuk ketika si lelaki tak sengaja mendengar sang gadis sedang berbicara melalui sambungan telefon dengan lelaki lain. Dalam pembicaraan tersebut, si gadis diketahui melontarkan kalimat yang sangat menyakitkan tentang lelaki yang telah menaruh hati padanya itu. 

Melansir Sanghaiist, Ahad (27/8/2017), pada lelaki di hujung sambungan telefonnya, si gadis mengaku yang dia sangat membenci lelaki yang tinggal satu bumbung dengannya itu. Dan malam itu, si lelaki mengaku sama sekali tak boleh tidur. Ia kemudian dengan sengaja mencari informasi secara online mengenai "bunuh diri" dan "hukuman atas pembunuhan yang disengaja." 

Ketika pagi tiba, si lelaki akhirnya memutuskan masuk ke dalam kamar gadis pujaannya. Ia yang sudah gelap mata kemudian menyeret tubuh sang pujaan hati lalu nekat melemparkannya melalui balkoni kamar yang terletak di tingkat 19. Si gadis maut seketika dan si lelaki pun harus mendekam di balik jeriji besi akibat tindakan kejinya tersebut.

Lagi insiden salah bendera di Sukan SEA

Malaysiakini 26/8/17

SUKAN SEA I Selepas isu bendera terbalik, peminat Sukan SEA ke-29 sekali lagi dikejutkan dengan insiden tidak sepatutnya berlaku pada temasya sukan dwitahunan itu.
Kali ini, membabitkan perenang Malaysia, Keith Lim Kit Sern apabila paparan di televisyen menandakan atlet itu dengan bendera Singapura.

Paparan itu turut menandakan Kit Sern dengan singkatan 'KUL' dan bukan 'MAS' bagi merujuk atlet yang berasal dari Malaysia.
Rakaman pada acara renang gaya bebas 50m lelaki akhir itu kemudian dimuatnaik menerusi Youtube dan turut dilaporkan oleh sebuah blog Singapura, mothership.sg.

Semalam, tular di media sosial mengenai bendera beberapa negara yang menyertai KL2017 bertukar antara satu sama lain yang disikan di salurab TV2 RTM ketika pungutan pingat yang dimenangi atlet.
Lapan bendera daripada 11 negara yang bertukar itu membabitkan Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Ab Rahim ketika dihubungi mStar Online mengakui kesilapan yang dilakukan semasa siaran langsung berita Tamil di saluran TV2 pada pukul 7.30 malam Khamis.
Bagaimanapun katanya, permohonan maaf berhubung kesilapan itu telah dibuat pada segmen berita di saluran TV yang sama semalam.

Sabtu lalu majlis perasmian KL2017 tercemar apabila bendera Indonesia dipaparkan secara terbalik dalam buku panduan.
Insiden itu mencetuskan rasa tidak puas hati Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi yang dinyatakan secara terbuka melalui Twitter.

Bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar segera meminta maaf dan bertemu Imam.
Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir begitu sahaja apabila NGO yang dikenali sebagai Laskar Merah Putih mengadakan demonstrasi di kedutaan besar Malaysia di Jakarta

Khairy: ‘Sukan SEA lebih penting banding mana-mana individu’

 | August 26, 2017
Menjawab pandangan dilontarkan Mariam Mokhtar dalam ruangan komen FMT hari ini, Khairy berkata, penganjuran Sukan SEA adalah tentang kehadiran bersama untuk mempamerkan apa yang negara ada di peringkat serantau.
Khairy-sukan-seaPETALING JAYA: Di sebalik kritikan pihak tertentu kononnya Khairy Jamaluddin menggunakan Sukan SEA 2017 untuk tujuan politik peribadi beliau, menteri belia dan sukan itu menegaskan, penganjuran sukan seperti itu adalah lebih penting daripada mana-mana individu.

Menjawab pandangan dilontarkan Mariam Mokhtar dalam ruangan komen FMT hari ini, Khairy berkata, penganjuran Sukan SEA adalah tentang kehadiran bersama semua pihak untuk mempamerkan apa yang negara ada di peringkat serantau.

Ini adalah Sukan SEA pertama diterajui Khairy selaku menteri belia dan sukan.
“Apa jua acara sukan yang pelbagai sudah pasti ada isu. Apa yang penting ialah bagaimana anda menguruskannya.

“Saya bangga untuk mengatakan yang kami telah memberi respons kepada kebanyakan isu dengan segera dan tegas.”
Dalam pandangannya, Mariam berkata, Khairy seharusnya memilih antara tugas sebagai seorang menteri atau pemain polo.

Katanya, Khairy mungkin berasa gembira apabila kemunculan beliau diterima ramai selain mendapat fokus lansa kamera yang menarik.
“(Tetapi) adakah beliau berfikir tentang PRU14 dan bagaimana kehebatannya sebagai pemain polo akan meningkatkan popularitinya sebagai seorang ahli politik?

“Tanggungjawab beliau sebagai menteri adalah untuk mempromosikan sukan dan kerja berpasukan. Beliau tidak boleh menggunakan kementerian (belia dan sukan) untuk mempromosi cita-cita politiknya,” tulis Mariam.
Malah kata Mariam, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29 dan “peranan utama menteri itu adalah untuk memastikan pengurusan sukan yang penting seperti ini.”

Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Malaysia berhadapan dengan ujian pertama apabila bendera Indonesia dalam buku cenderamata dicetak terbalik. Buku itu diedarkan semasa majlis perasmian pada 19 Ogos lalu.
Baru-baru ini, Khairy menjadi tumpuan susulan teguran Tuanku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Sultan Johor berhubung skuad polo Sukan SEA yang turut disertai Khairy.

Sultan Ibrahim bertitah pasukan yang bertanding untuk sukan polo di temasya Sukan SEA ibarat “hanya untuk cukupkan syarat pertandingan sahaja.”
“Ada yang datang dengan handicap rendah, jadi memanglah mudah untuk dikalahkan. Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor.”

Semalam Khairy menghadap Sultan Johor dan TMJ di Johor Bharu.
Mengulas lanjut tulisan Mariam, Khairu berkata, kejayaan penganjuran Sukan SEA atau KL2017 diakui di semua peringkat di mana bekas menteri sukan Indonesia memaklumkan yang Sukan SEA di Malaysia kali ini adalah terbaik yang pernah beliau alami.

“Banyak atlet dan pegawai berkongsi sentimen itu,” kata beliau.
Di peringkat tempatan, katanya, Sukan SEA telah meningkatkan nama negara dan ia dirasai di kebanyakan peringkat.
“Ia telah membawa orang ramai. Ia telah memberi inspirasi kepada orang ramai. Ia telah menetapkan tahap kejayaan sukan yang lebih tinggi.”

Khairy yang turut menggariskan beberapa pembaharuan dan kelainan diperkenalkan kali ini termasuk dianggap sebagai “sukan hijau” berkata, pihaknya melakukan kesemua itu pada separuh kos berbanding Sukan SEA Singapura 2 tahun lalu.

“Dan, itu bukan untuk bercakap tentang bagaimana kami lakukan di sukan itu sendiri. Malaysia kini mendahului, dengan 68 pingat emas (setakat pagi tadi). Kami masih mempunyai 5 hari untuk pergi,” kata beliau yang menyasarkan pingat emas sebanyak 111, sekali gus muncul juara kali ini.

Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional ini menambah, Sukan SEA kali dianjurkan dengan tema “Bangkit Bersama” dengan harapan agar sebuah rantau dan sebuah negara berkumpul dalam semangat persahabatan dan kesukanan.
“Saya ingin menjemput Mariam untuk Bangkit Bersama di atas kebebasan politik demi kepentingan bangsa dan melihat sendiri bagaimana sukan menyatukan”

Saturday, August 26, 2017

Tubuhnya jadi oren kerana dipaksa makan carrot setiap hari oleh keluarga angkatnya

26/8/17
Pasangan Brett dan Clarissa Tobiasson. (Foto: Daily Mail/Facebook)  
Pasangan Brett dan Clarissa Tobiasson. (Foto: Daily Mail/Facebook)
UTAH - Sepasang suami-isteri dari Amerika Syarikat (AS) didapati melakukan hal mengerikan kepada anak angkat mereka. Pasangan Brett Tobiasson (31) dan Clarissa Anne Tobiasson (27) diketahui dengan sengaja mengurung anak laki-laki mereka di basemen rumah yang kondisinya gelap gelita kerana tidak dimasuki cahaya.

Selain gelap, anak malang itu juga tidak memiliki akses untuk ke kamar mandi. Semakin keji kerana pasangan Tobiasson terus memberi makan anak itu dengan carrot  mentah hingga membuat kulit si anak berubah menjadi oren. Mereka juga dicurigai kerap memukul kanak-kanak yang tak disebutkan namanya itu.

Keduanya ditangkap setelah Polis Utah Divisyen Anak-Anak dan Layanan Keluarga melakukan penyiasatan mendalam dengan mewawancari mangsa  tanpa sepengetahuan Brett dan Clarissa. Berdasarkan hasil pemeriksaan polis, kanak-kanak itu diketahui hanya diberi sebuah tilam tipis dan selembar selimut selama tinggal di basemen.

Diwartakan Daily Mail, Sabtu (26/8/2017), kanak-kanak tersebut dikurung di basemen dalam  jangka waktu beberapa jam dalam sehari dengan pintu yang sengaja dikunci dari luar. Si anak akan dikurung mulai pukul 18.00 atau 19.00 malam hingga pukul 06.00 pagi keesokan harinya. Kanak-kanak  5 tahun itu dengan lancar bercerita pada polis bahwa dia terpaksa membuang hajat di ruangan tersebut.

"Sebahagian besar makanan yang diberikan adalah carrot. Ia akan dipaksa memakannya sebelum diberi makanan utama. Dan jika dia tak boleh menghabiskan carrot dalam waktu yang sudah ditentukan maka ia tidak akan diizinkan makan makanan utama yang biasanya adalah makanan sisa," ujar seorang petugas polis .

Pasangan Tobiasson mengaku pada awalnya memaksa si anak itu untuk memakan carrot sebagai bentuk hukuman kerana memang anak itu tidak menyukainya. Setelah terciduk polis , anak angkat pasangan kejam tersebut kemudian dikejarkan ke rumah sakit untuk diperiksa.

Doktor menduga kulit kanak-kanak itu menjadi oren lantaran memakan carrot yang berlebihan. Anak tersebut diketahui diadopsi pasangan Tobiasson bersama dengan adik kandung laki-lakinya yang berusia 2 tahun. Pasangan itu sendiri memiliki 1 anak kandung   perempuan yang baru berusia 2 bulan. Kini keduanya bersiap akan menghadapi perbicaraan atas kesnya.